Menyesal Kerana Miliki Alat Sulit Terbesar dan Terberat di Dunia









Seorang lelaki yang membesarkan zakar dengan kaedah suntikan silikon kini menyesal seumur hidup kerana dia tidak lagi mampu membuat hubungan seksual. Keadaan itu berlaku selepas alat sulitnya itu menjadi terlalu besar sehingga gagal berfungsi seperti normal.


Lebih malang lagi, dia sering malu berada di tempat awam dan sukar bergerak kerana saiz alat sulitnya yang terlalu berat.

Micha Stunz, 45, berkata, dia membesarkan zakarnya dengan suntikan silikon beberapa tahun lalu kerana tidak berpuas hati dengan saiz alat sulitnya itu.

Prosedur itu menyebabkan alat sulit menjadi terlalu besar sehingga mencecah seberat 4.3 kilogram.
“Kini, saya tidak mampu menjalani kehidupan seksual seperti lelaki normal dan tiada wanita yang mahu mendekati saya,” katanya.

Menurutnya, dia juga sering berasa malu ketika berada di tempat awam kerana sering menjadi perhatian orang ramai.







Kredit

0 comments:

Post a Comment

Keindahan Sungai Bawah Tanah Terpanjang di Dunia







Mungkin ramai yang tak tahu Puerto Princesa adalah merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang baru selain daripada hutan Amazon, Halong Bay, Air Terjun Iguazu, Pulau Komodo dan Table Mountain Africa. Menariknya Taman Negara Puerto Princesa ini menempatkan sungai bawah tanah terpanjang di dunia sepanjang 8.2km.




Fakta Ringkas:


  • Sungai bawah tanah terpanjang dan dikatakan sungai bawah tanah yang paling indah di dunia. Tarikan utamanya adalah 8.2 kilometer panjang sungai bawah tanah sebelum terus ke Laut China Selatan.
  • sungai bawah tanah Taman Negara Puerto Princesa, adalahsebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak kira-kira 50 kilometer ( 30 batu) ke utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan , Filipina.
  • Puerto Princesa Underground River National Park adalah kawasan biodiversiti yang paling penting Filipina. Ia mempunyai landskap kars dan batu kapur yang menakjubkan yang terdiri daripada 8.2 km sungai bawah tanah.
  • Aspek menakjubkan sungai ini adalah bahawa ia akan mengalir terus ke dalam laut dan bahagian bawah air sungai adala air masin dan tertakluk kepada pengaruh pasang surut.












Kredit


0 comments:

Post a Comment

5 Sikap Isteri Yang Boleh Membunuh Perasaan Sayang Suami Dan Meruntuhkan Rumah Tangga




Perselisihan faham dengan pasangan dan bergaduh kecil kerana pendapat yang berbeza merupakan antara asam garam rumah tangga.

Namun adakalanya apabila terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, wanita sebagai isteri adakala terlupa untuk memberikan perhatian dan menunjukkan kasih sayang kepada suami, terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin.

Di satu sudut yang lain, perkara kecil dan remeh-temeh juga boleh menjadi punca rumah tangga porak peranda dan kebahagiaan yang di bina musnah sekelip mata.

Kami senaraikan di sini 5 sikap isteri yang secara tidak sedar boleh melukakan hati suami dan menggoncang keharmonian rumah tangga seperti yang telah didedahkan oleh familyshare.com.

1. Berbelanja lebih dari kemampuan

Orang tua pernah berpesan, hidup biarlah bersederhana dan mengikut kemampuan pasangan. Bagaimana caranya? Berhemah bila berbelanja, berjimat cermat dan mensyukuri apa yang dimiliki.

Sentiasa merungut tentang kekurangan dan ketidak mampuan suami terutama dari segi kewangan sebenarnya bukanlah cara yang bijak. Malahan ini bakal menyebabkan suami rasa tertekan dan menggambarkan seolah-olah dia gagal menjadi ketua keluarga yang baik.

Ye, mungkin suami anda tak mampu belikan beg Gucci atau Prada, tapi jika anda mampu menahan diri dari boros berbelanja ia sebenarnya pasti membuatkan suami terharu dan rasa dihormati sebagai ketua keluarga.

2. Sentiasa berfikiran negatif

Benci dengan rambut serabai, rumah bersepah, tak bertegur sapa dengan jiran sebelah, rakan sekerja yang bengap, pinggan mangkuk kotor penuh dalam sinki, baju yang menimbun untuk dilipat dan segala masalah yang berlegar dalam diari hidup anda.

Sebaik saja suami melangkah keluar untuk bekerja, anda terus mencari sebab untuk serabutkan kepala dan merungut sendirian dengan semua perkara yang perlu anda hadapi seorang diri sepanjang hari.

Bolehkah anda bayangkan perasaan bengang sepanjang hari ini? Negatif di mana-mana. Merungut di setiap ketika. Tidak salah jika sesekali anda merungut dan meluahkan apa yang terbuku di hati kepada suami, tapi usah jadikan merungut dan membebel itu satu tabiat.

Lelaki tidak gemar dileteri. Mereka lebih gemar selesaikan masalah satu persatu. Tetapi jika mereka perlu menahan telinga mendengar rungutan isteri sepanjang waktu berada di rumah, ia boleh menyebabkan mereka sukar membantu menyelesaikan masalah anda.

Seorang suami yang baik dan mencintai isterinya pasti mahu membahagiakan pasangannya. Kegagalan membahagiakan isteri pasti membuat seorang suami itu berasa tidak bahagia.

3. Mengutamakan perkara lain lebih dari suami

Bila anak-anak, ibu bapa, BFF, kerjaya dan impian anda menjadi keutamaan berbanding suami, isteri sebenarnya telah memberi isyarat bahawa suami tidak penting. Bayangkan jika suami memberi isyarat yang sama kepada anda sebagai seorang isteri sejak dari awal berkahwin hingga kini, keyakinan diri anda sebagai seorang isteri juga pasti jatuh merudum.

Dahulukan suami. Inilah sebenarnya kunci kepada sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir usia.

Antara punca ramai pasangan suami isteri masa kini yang bercerai adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain. Jika isteri memilih untuk mengutamakan suami, pastinya akan ada titik kebahagiaan di sini.

4. Kurang sentuhan dan belaian

Lelaki gemar di sentuh dan dibelai. Jika ajakan untuk hubungan intim sering di tolak, ia sebenarnya melukakan hati mereka. Malahan dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya.

Selain dari itu, hubungan intim tidak sewajarnya dijadikan alat untuk mengongkong suami. Sebaliknya ia boleh dijadikan senjata untuk para isteri lebih dekat dengan suami.

Rasa diperlukan, disayangi dan dihargai oleh insan yang dicintai, suami yang romantis yang ingin berkongsi detik intimasi, sesuatu yang sangat peribadi dan penting hanya dengan anda, pastinya menusuk jauh ke dasar hati.

Walaupun ada kala penat dengan tugas harian dan bebanan kerja, hubungan intim sebenarnya mampu memberi kelegaan mental.

5. Tidak berterus terang

Wanita gemar memberi ‘hint’, bercakap dengan maksud tersirat yang sukar ditafsirkan oleh lelaki.

Usah buang masa anda dengan memberikan bahasa isyarat yang langsung suami tak faham. Berterus terang saja dan katakan apa yang anda mahu – straigt to the point. Jika di tanya apa yang tak kena? Usah sesekali menjawab “tak de apa-apa” dan kemudian mengharapkan suami anda dapat meneka kenapa anda merajuk. Memang dia akan ‘fail’. Berterus terang saja.

Inilah antara 5 punca yang boleh membunuh perasaan sayang suami anda dan menyebabkan rumah tangga goyah. Adakah anda setuju? Kami mahu dengar pandangan anda. Tinggalkan komen di bawah.


sumber



Baca juga di sini 6 Sikap Suami Yang Merobek Perasaan Isteri Dan Menggoncang Rumah Tangga

0 comments:

Post a Comment

9 Kawasan Pencemaran Radioaktif Paling Teruk Di Dunia




Apabila anda terfikir kawasan radioaktif, lokasi mana yang terlintas di fikiran anda? Chernobyl? Fukushima?

Anda pasti mahu elakkan lokasi ini dari senarai percutian tahunan anda. Jangan bazirkan duit perbelanjaan kerana kami akan bawa anda melancong secara maya ke sana. Anda mungkin tidak dapat merasa pengalaman di sana, tapi sekurang-kurangnya anda tidak dihantar masuk ke hospital kerana penyakit kanser.

1. Sellafield, United Kingdom


 Ini salah satu loji nuklear yang tidak mementingkan alam persekitaran. Sellafield, terletak di England, membuang lebih 8 juta liter sisa tercemar ke dalam laut setiap hari. Ini menjadikan Irish Sea salah satu laut paling tercemar di bumi



2. Mediterranean Sea


Dari sedekad yang lalu, kumpulan mafia dari Itali dikhabarkan telah menggunakan laut Mediterranean sebagai kawasan pelupusan sisa tercemar mereka. Ditambah lagi lebih 40 kapal yang membawa muatan radioaktif telah hilang tanpa kesan sejak 1994. Jadi anda boleh bayangkan, kalau terdapat ikan berkepala 10 di sana, tahulah puncanya.



3. Somalian Coast


Somalian Coast juga dikhabarkan digunakan oleh mafia Itali sebagai kawasan pelupusan sisa pepejal mereka. Kurang penguatkuasaan dari kerajaan pastinya tidak membantu rakyat somalia. Apabila tsunami melanda kawasan itu pada tahun 2004 , tong minyak yang bertarikh tahun 90-an dapat dilihat terdampar di persisiran pantai.



4. Siberian Chemical Combine, Russia


Walaupun kelihatan seperti winter wonderland, jangan terpedaya kerana kawasan ini adalah kawasan syurga sisa radioaktif. Dengan radioaktif berhayat lebih 4 dekad “four decades of radioactive waste”, dianggarkan sekitar 125,000 tan sisa radioaktif terdedah dan mudah tersebar melalui angin dan cuaca, tiada petanda keadaan semakin pulih di sana.



5. Semipalatinsk Test Site, Kazakhstan


Lokasi ini telah memegang rekod dunia sebagai kawasan paling tinggi kepekatan letupan bom nuklear. Sebanyak 456 ujian dilakukan selama 40 tahun dari 1949-1989. Untuk menambah keperitan, kawasan ini didiami lebih 700,000 penduduk, dianggarkan lebih satu pertiga penduduk di sana mengalami kompilasi kesihatan kerana pencemaran radioaktif.



6. Mayak, Russia


Sebelum kejadian Chernobyl, lokasi Mayak juga pernah berlaku satu letupan nuklear. Pada hari kejadian, lebih 100 tan radioaktif terbebas ke udara. Lebih parah, kejadian ini cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan Russia sehingga lewat 1980. Selama 20 tahun penduduk disekitar lokasi hidup bersama radiasi.



7. Hanford Site, United States of America


Terletak di Washington, tapak Handford merupakan tapak penghasilan plutonium untuk kegunaan projek bom nuklear dan Cold War. Kebanyakkan senjaya yang dibina tidak diggunakan, tetapi proses penghasilan senjata itu sendiri telah menjejaskan alam persekitaran. Sisa radiasi telah mencemari air bawah tanah, walaupun kerajaan telah melakukan dekontaminasi, masih terdapat bahan radiasi ditinggalkan.



8. Chernobyl, Ukraine


Ini adalah lokasi paling popular jika ditanya kawasan kemalangan loji nuklear. Kesan letupan loji nuklear menyebabkan pelepasan radiasi 100 kali lebih tinggi dari Serangan bom atom di Hiroshima. Lebih 6 juta penduduk terdedah dengan radiasi, dan dianggarkan kematian dari 4000-93,000.



9. Fukushima, Japan


Gempa bumi pada 2011 di Jepun telah menyebabkan berlaku bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl. Tiga daripada enam loji reaktor telah melebur, ini menyebabkan banyak radiasi terlepas ke dalam laut sekitar loji. Bahan radioaktif boleh dikesan sejauh 200 batu dari loji.


0 comments:

Post a Comment

Masjid Bawah Tanah Yang Unik di Abu Dhabi





Masjid Bawah Tanah Yang Unik di Abu Dhabi


Pernahkah anda melihat sebuah masjid yang dibina tanpa sebarang reka bentuk luaran, namun dibina di bawah tanah?


Masjid ini boleh ditemui di Abu Dhabi dan sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan melepaskan peluang untuk singgah bersolat. Masjid unik ini diberi nama Masjid Moschee Moschea Camii. Terlihat unik kerana lokasi tempat ibadah tersebut berada di bawah tanah, yang terlihat sejuk sekali untuk menunaikan solat.

















kredit

0 comments:

Post a Comment

6 Sikap Suami Yang Merobek Perasaan Isteri Dan Menggoncang Rumah Tangga





Tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami bukanlah semudah menyebutnya bagi mereka yang sedar apa yang perlu di pikul di bahu mereka sebagai ketua keluarga.

Tapi adakalanya kerana gelaran ‘ketua keluarga’ ini jugalah, lelaki bersikap sedikit ‘alien’ kepada wanita yang bergelar isteri mereka sama ada secara sedar atau tidak.

Kami bawakan kali ini 6 sikap suami yang boleh melukakan perasaan isteri dalam diam dan buat isteri memendam rasa.



1. Tidak menunjukkan empati

Menurut pakar psikologi Albert Maslow, PhD – empati adalah kebolehan untuk naluri / gerak hati dan keboleh untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Empati merupakan salah satu dari faktor penting dalam sebuah perkahwinan dan secara umumnya wanita mempunyai lebih empati berbanding lelaki.

Wanita mendambakan pasangan yang memahami perasaan dan mengambil berat tentang mereka. Tetapi inilah yang sering kali gagal dilakukan oleh lelaki.

Isteri sebenarnya mengharapkan suami menjadi pendengar setia kepada masalah mereka. Adakalanya mendengar saja sudah cukup, tanpa menawarkan penyelesaian.



2. Boros berbelanja

Aha, anda fikir kaum isteri saja yang boros? Tidak sebenarnya.

Wanita (dan isteri) kelihatan boros kerana kebanyakan barang yang dibeli nilainya (dari segi harga barangan tersebut) adalah kecil.

Tapi sekali lelaki berbelanja, sebuah kereta Ferrari jawabnya (gurau saja, haha). Tapi hakikatnya bagi isteri yang mempunyai suami yang gila kereta akan faham berapa banyak suaminya sanggup belanjakan untuk ‘make-up’ kereta mereka.

Ketahuilah wahai suami, membeli belah barang yang bernilai tinggi tanpa berbincang dengan isteri hingga menjejaskan aliran perbelanjaan bulanan keluarga boleh melukakan hati isteri. Terasa seperti isteri adalah orang kedua dan tidak penting dalam perkahwinan anda.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, ini bukanlah tiket untuk seorang suami membuat keputusan secara bersendirian dan membelakangkan isteri.

Hakikatnya perkahwinan adalah perkongsian hidup suami dan isteri. Seharusnya segala keputusan dibincangkan bersama apatah lagi jika ia melibatkan masa depan perkahwinan anda, sama ada dari sudut kewangan, pelaburan, pendidikan anak-anak dan masa depan rumah tangga anda.


3. Mementingkan diri sendiri dalam hubungan seksual

Oh, ini isu dalam kelambu. Memang sukar untuk dibincangkan secara terbuka. Tapi inilah kenyataan yang agak pahit.

Di bilik tidur, sesetengah lelaki lupa atau lebih teruk lagi, belum lagi dapat memahami bahawa seorang isteri sebenarnya memerlukan lebih dari sekadar hubungan intim. Isteri anda perlukan belaian dan kasih sayang.

Menurut Albert Maslow, “membuat isteri berasa disayangi, diperlukan dan dihargai – itulah asas untuk meransang isteri anda.”

Bagi pakar psikologi Gloria Vanderhorst, PhD pula, “lelaki menganggap hubungan intim di bilik tidur sebagai satu cara yang cukup untuk menjadikan mereka rasa rapat dengan seorang isteri, tetapi hakikatnya wanita medambakan belaian sebelum melakukan hubungan intim.”



4. Mendengar dengan cara yang salah

Mendengar tidak bermakna mengangguk-angguk setiap kali isteri anda menjelaskan apa yang mengganggu fikirannya sedangkan anda pula memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah. “Lelaki cenderung untuk menganalisis situasi dan mencari beberapa pilihan penyelesaian.

Apa yang seorang isteri perlukan adalah suaminya turut terlibat secara aktif dalam perbualan dengannya dan bukannya cuba untuk menjadi ‘a hero to save the day’. Menunjukkan anda prihatin dengan apa yang sedang dialami oleh isteri dan mengambil berat tentang emosinya merupakan antara perkara yang sangat memberi kesan mendalam dalam diri seorang isteri. Di waktu-waktu begini suami yang menjadi sahabat adalah sesuatu yang diperlukan oleh seorang isteri , ujar Vanderhorst.


5. Menyembunyi dan memendam perasaan

Mendengar luahan perasaan seorang isteri itu sangatlah penting. Tapi itu tidak bermakna sebagai suami anda perlu pendam perasaan anda pula dan tidak menyuarakan apa yang terbuku di hati kepada isteri anda.

Hakikatnya tidak ramai suami yang boleh berkongsi dan meluahkan masalah mereka kepada isteri dan ianya memerlukan dorongan yang kuat dan keberanian dari dalam diri bagi seorang lelaki.

Tidak berkongsi perasaan dengan isteri anda sebenarnya sesuatu yang agak menyecewakan bagi seorang isteri. Ramai lelaki bagaimanapun berfikir mereka perlu menyembunyikan perasaan mereka kerana itu akan menyebabkan mereka kelihatan lemah dimata isteri. Itu satu kesilapan.

Tidak berkongsi emosi dengan isteri sebenarnya boleh menyebabkan isteri anda terasa seperti kehilangan hubungan rapat dengan suaminya. Kata nak sehidup semati, tapi ada masalah tak nak cerita dengan isteri, gitu adanya.


6. Salah guna kuasa sebagai suami

Menjadi seorang suami tidak bermakna anda berhak menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya .

Menurut Albert Maslow, lelaki cuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dengan menjadi dominan dan dengan cara memerintah. Sebagai makhluk bernama isteri pastinya wanita akan terasa.

Pakar psikologi Gloria Vanderhorst juga bersetuju dengan ini. Beliau mengatakan bahawa “kedudukan kuasa” yang lelaki sering letakkan diri mereka pada dasarnya bukan membantu hubungan suami isteri menjadi lebih baik, tetapi yang penting adalah adalah sokongan, kasih sayang dan saling menghormati “kata beliau.

Jika ada antara para suami yang tidak dapat menerima hakikat ini ingin kami nyatakan bahawa lelaki dan wanita itu memang berbeza. Tapi percayalah adakala perkara remeh dan tabiat yang cuba anda tukar ini boleh memberi impak yang besar kepada pasangan anda, dan membuat mereka rasa lebih gembira.

Apatah lagi jika anda sebagai seorang suami yang menyedari dan mengakui kesilapan diri dan berusaha untuk membetulkannya. Ia bukan sahaja akan membantu perkahwinan anda ke arah yang lebih baik tetapi turut memberi impak positif dari segi kesihatan fizikal dan emosi anda dan pasangan.

Menurut pakar psikologi Gloria Vanderhorst, PhD – tekanan dan perasaan negatif berulang kali yang tidak ditangani dengan baik boleh memberi kesan secara fizikal dan psikologi kepada sesebuah perkahwinan, tidak kira sama ada ianya berpunca dari dalam perkahwinan atau dari aktiviti harian individu itu termasuk tekanan dari tempat kerja.


0 comments:

Post a Comment

Meriam Terbesar Dunia Zaman Hitler Gunakan Untuk Takluk Eropah






Dalam usaha untuk menakluk Eropah, Adolf Hitler perlu memikirkan strategi untuk memasuki negara jirannya terlebih dahulu iaitu Perancis. Beliau merancang untuk menyerang negara itu melalui sempadan yang dilindungi oleh kubu-kubu konkrit dan untuk menembusinya, Hilter memerlukan satu senjata yang sangat kuat.

Pada tahun 1941, seorang pembuat senjata bernama Krupp A.G. mencipta satu senjata gergasi yang dinamakan ‘Gustav Gun‘ khas buat Hilter bagi mencapai cita-citanya. Meriam besar ini diberikan secara percuma sebagai tanda kesetiaan beliau terhadap Jerman dibawah pimpinan Hitler.




Gustav Gun mempunyai saiz yang sangat besar dan beratnya mencecah 1,350 tan dengan laras penembak sepanjang 155 kaki panjang. Ianya merupakan senjata pemusnah paling besar di dunia pada zamannya dan menyumbang kepada kejayaan Nazi menembusi pertahanan Perancis dengan mudah ketika perang dunia ke-2.

Selepas digunakan dalam beberapa siri serangan oleh Hilter, akhirnya pihak Nazi menyedari disebalik kekuatan Gustav Gun, ianya juga mempunyai banyak kelemahan yang sangat ketara. Antaranya meriam gergasi ini memerlukan trek landasan keretapi sendiri untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat lain dan memerlukan tenaga askar yang ramai untuk dikendalikan. Menurut rekod, seramai 2000 orang askar dikerahkan untuk memastikan Gustav Gun beroperasi dengan baik. Selain itu, saiz mega meriam ini memudahkan pihak musuh untuk mengebomnya menggunakan serangan udara.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana meriam gergasi, Gustav Gun ini beroperasi dan tahap kekuatannya dalam sebuah video dokumentari yang dikeluarkan oleh Top Secret Weapons di YouTube d ibawah:




0 comments:

Post a Comment

Gambar ‘Rare’ Zaman Gemilang Empayar Uthmaniah

39 koleksi gambar di Istanbul pada sekitar tahun 1900, sewaktu Empayar Uthmaniah sedang menguasai negara penghubung antara benua Asia dan Eropah ini.

Jom layan.

1. Pelabuhan yang sibuk. Nampak Masjid Biru (Blue Mosque) tersergam nun di sana?



2. Bahagian dalam Hagia Sophia di zaman kegemilangan Empayar Uthmaniah



3. Ini pula dekorasi dalam Masjid Biru


4. Inilah lambang keunggulan senibina zaman silam



5. Tetap menarik walaupun hanya hitam dan putih



6. Lelaki dan wanita Istanbul. Lihat pakaian para wanitanya pada zaman dulu.



7. Begini rupanya orang Istanbul dulu. Macam dalam cerita P.Ramlie Tiga Abdul.



8. Masjid Biru lagi


9. Dan lagi


10. Anjingkah itu?



11. Selat Bosphorus


12. Bala tentera di zaman Empayar Uthmaniah



13. Mungkinkah Hagia Sophia juga ini? Di bahagian dalam? Atau bukan?



14. Perasan tak 2 wajah menjenguk di tingkap tu?



15. Tak dapat nak agak lokasinya



16. Tembok besar dan benteng pertahanan kota


17. Comel walaupun berkaki ayam!



18. Bandar Istanbul yang sibuk dan kereta kudanya


19. Selat Bosphorus lagi. Terserlah kesibukan selat ini.



20.Semuanya memakai tarbus. Teringat kisah penyamun tarbus. Haha!



21. Di celah lorong



22. Gambar ni Klasik sangat.



23. Terserlah pengaruh budaya Eropah di sini. Ye, sebahagian dari Istanbul adalah Eropah.



24. Tembok kota yang tinggi. Sama seperti kota-kota Eropah pada zaman dulu-dulu.



25. Oh ini pelik sikit. Kerbau kah itu? Yang pasti ada tarbus bermakna ini adalah Turki!



26. Hagia Sophia dari sudut lain pula



27. Tentera berkuda Empayar Uthmaniah



28. Kubur!



29. Begini rupanya pasar mereka



30. Oh! Tugu begini sudah ada sejak dulu rupanya.



31. Banyak juga anjing berkeliaran di Istanbul ni pada zaman dulu rupanya



32. Hagia Sophia lagi. Mungkin polis mereka yang bersama anjing itu.



33. Merenung jauh ke Selat Bosphorus



34. Wah wah! Ala-ala Venice pulak. Berperahu di belakang rumah.



35. Pengawal pintu masuk kota



36. Lagi pemandangan suasana pasar



37. Klasiknya!



38. Pengembala?



39. Tarbus merupakan songkok rasmi di zaman Empayar Uthmaniah. Namun apabila empayar ini ditumbangkan oleh Mustafa Kamal Attaturk, pemakaian tarbus diharamkan.




Kredit


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ