6 Sikap Suami Yang Merobek Perasaan Isteri Dan Menggoncang Rumah Tangga





Tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami bukanlah semudah menyebutnya bagi mereka yang sedar apa yang perlu di pikul di bahu mereka sebagai ketua keluarga.

Tapi adakalanya kerana gelaran ‘ketua keluarga’ ini jugalah, lelaki bersikap sedikit ‘alien’ kepada wanita yang bergelar isteri mereka sama ada secara sedar atau tidak.

Kami bawakan kali ini 6 sikap suami yang boleh melukakan perasaan isteri dalam diam dan buat isteri memendam rasa.



1. Tidak menunjukkan empati

Menurut pakar psikologi Albert Maslow, PhD – empati adalah kebolehan untuk naluri / gerak hati dan keboleh untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Empati merupakan salah satu dari faktor penting dalam sebuah perkahwinan dan secara umumnya wanita mempunyai lebih empati berbanding lelaki.

Wanita mendambakan pasangan yang memahami perasaan dan mengambil berat tentang mereka. Tetapi inilah yang sering kali gagal dilakukan oleh lelaki.

Isteri sebenarnya mengharapkan suami menjadi pendengar setia kepada masalah mereka. Adakalanya mendengar saja sudah cukup, tanpa menawarkan penyelesaian.



2. Boros berbelanja

Aha, anda fikir kaum isteri saja yang boros? Tidak sebenarnya.

Wanita (dan isteri) kelihatan boros kerana kebanyakan barang yang dibeli nilainya (dari segi harga barangan tersebut) adalah kecil.

Tapi sekali lelaki berbelanja, sebuah kereta Ferrari jawabnya (gurau saja, haha). Tapi hakikatnya bagi isteri yang mempunyai suami yang gila kereta akan faham berapa banyak suaminya sanggup belanjakan untuk ‘make-up’ kereta mereka.

Ketahuilah wahai suami, membeli belah barang yang bernilai tinggi tanpa berbincang dengan isteri hingga menjejaskan aliran perbelanjaan bulanan keluarga boleh melukakan hati isteri. Terasa seperti isteri adalah orang kedua dan tidak penting dalam perkahwinan anda.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, ini bukanlah tiket untuk seorang suami membuat keputusan secara bersendirian dan membelakangkan isteri.

Hakikatnya perkahwinan adalah perkongsian hidup suami dan isteri. Seharusnya segala keputusan dibincangkan bersama apatah lagi jika ia melibatkan masa depan perkahwinan anda, sama ada dari sudut kewangan, pelaburan, pendidikan anak-anak dan masa depan rumah tangga anda.


3. Mementingkan diri sendiri dalam hubungan seksual

Oh, ini isu dalam kelambu. Memang sukar untuk dibincangkan secara terbuka. Tapi inilah kenyataan yang agak pahit.

Di bilik tidur, sesetengah lelaki lupa atau lebih teruk lagi, belum lagi dapat memahami bahawa seorang isteri sebenarnya memerlukan lebih dari sekadar hubungan intim. Isteri anda perlukan belaian dan kasih sayang.

Menurut Albert Maslow, “membuat isteri berasa disayangi, diperlukan dan dihargai – itulah asas untuk meransang isteri anda.”

Bagi pakar psikologi Gloria Vanderhorst, PhD pula, “lelaki menganggap hubungan intim di bilik tidur sebagai satu cara yang cukup untuk menjadikan mereka rasa rapat dengan seorang isteri, tetapi hakikatnya wanita medambakan belaian sebelum melakukan hubungan intim.”



4. Mendengar dengan cara yang salah

Mendengar tidak bermakna mengangguk-angguk setiap kali isteri anda menjelaskan apa yang mengganggu fikirannya sedangkan anda pula memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah. “Lelaki cenderung untuk menganalisis situasi dan mencari beberapa pilihan penyelesaian.

Apa yang seorang isteri perlukan adalah suaminya turut terlibat secara aktif dalam perbualan dengannya dan bukannya cuba untuk menjadi ‘a hero to save the day’. Menunjukkan anda prihatin dengan apa yang sedang dialami oleh isteri dan mengambil berat tentang emosinya merupakan antara perkara yang sangat memberi kesan mendalam dalam diri seorang isteri. Di waktu-waktu begini suami yang menjadi sahabat adalah sesuatu yang diperlukan oleh seorang isteri , ujar Vanderhorst.


5. Menyembunyi dan memendam perasaan

Mendengar luahan perasaan seorang isteri itu sangatlah penting. Tapi itu tidak bermakna sebagai suami anda perlu pendam perasaan anda pula dan tidak menyuarakan apa yang terbuku di hati kepada isteri anda.

Hakikatnya tidak ramai suami yang boleh berkongsi dan meluahkan masalah mereka kepada isteri dan ianya memerlukan dorongan yang kuat dan keberanian dari dalam diri bagi seorang lelaki.

Tidak berkongsi perasaan dengan isteri anda sebenarnya sesuatu yang agak menyecewakan bagi seorang isteri. Ramai lelaki bagaimanapun berfikir mereka perlu menyembunyikan perasaan mereka kerana itu akan menyebabkan mereka kelihatan lemah dimata isteri. Itu satu kesilapan.

Tidak berkongsi emosi dengan isteri sebenarnya boleh menyebabkan isteri anda terasa seperti kehilangan hubungan rapat dengan suaminya. Kata nak sehidup semati, tapi ada masalah tak nak cerita dengan isteri, gitu adanya.


6. Salah guna kuasa sebagai suami

Menjadi seorang suami tidak bermakna anda berhak menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya .

Menurut Albert Maslow, lelaki cuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dengan menjadi dominan dan dengan cara memerintah. Sebagai makhluk bernama isteri pastinya wanita akan terasa.

Pakar psikologi Gloria Vanderhorst juga bersetuju dengan ini. Beliau mengatakan bahawa “kedudukan kuasa” yang lelaki sering letakkan diri mereka pada dasarnya bukan membantu hubungan suami isteri menjadi lebih baik, tetapi yang penting adalah adalah sokongan, kasih sayang dan saling menghormati “kata beliau.

Jika ada antara para suami yang tidak dapat menerima hakikat ini ingin kami nyatakan bahawa lelaki dan wanita itu memang berbeza. Tapi percayalah adakala perkara remeh dan tabiat yang cuba anda tukar ini boleh memberi impak yang besar kepada pasangan anda, dan membuat mereka rasa lebih gembira.

Apatah lagi jika anda sebagai seorang suami yang menyedari dan mengakui kesilapan diri dan berusaha untuk membetulkannya. Ia bukan sahaja akan membantu perkahwinan anda ke arah yang lebih baik tetapi turut memberi impak positif dari segi kesihatan fizikal dan emosi anda dan pasangan.

Menurut pakar psikologi Gloria Vanderhorst, PhD – tekanan dan perasaan negatif berulang kali yang tidak ditangani dengan baik boleh memberi kesan secara fizikal dan psikologi kepada sesebuah perkahwinan, tidak kira sama ada ianya berpunca dari dalam perkahwinan atau dari aktiviti harian individu itu termasuk tekanan dari tempat kerja.




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ