Gempa Bumi Nepal Tanda Kiamat Semakin Hampir!







Manusia tidak mampu meramal sesuatu yang akan berlaku begitu juga hari kiamat yang pasti akan tiba. Kejadian gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini telah mengorbankan banyak nyawa dan banyak harta benda yang musnah. Gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di Nepal pada sabtu yang lalu telah mengorbankan lebih 2500 nyawa yang terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari negara luar. Menurut rekod ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di Nepal. Sedangkan kejadian yang berlaku merupakan peringatan Allah kepada seluruh penduduk di muka bumi ini supaya tidak lalai dengan hiburan dunia.

Kita boleh lihat hampir tanda-tanda kiamat kecil telah berlaku pada dunia hari ini. Malah pelbagai bencana alam yang telah menimpa Malaysia khususnya iaitu banjir besar 2014 merupakan tanda Allah menguji kesabaran dan ketaqwaan umat manusia kepadaNya. Jadi haruskah kita kembali leka dengan dunia yang hanya bersifat sementara? Detik ini merupakan pilihan terbaik untuk kita semua tunduk kepada Allah Yang Maha Besar. Ya Allah, takutnya.

Tanda-tanda kiamat yang telah banyak muncul!

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi







Tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4) Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah

5) Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8) Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”


Tanda-tanda kiamat besar:

1) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

2) Lahirnya Dajjal.

3) Keluar asap tebal.

4) Turunnya Nabi Isa a.s.

5) Kemunculan Imam Mahdi.

6) Matahari terbit dari ufuk barat.

7) Keluarnya suku Ya’juj dan Ma’juj.

8) Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik

9) Runtuhnya Ka’abah.

10) Terdengar tiupan sangkakala pertama.

11) Ada azan tak di jawab

12) 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

*bertaubatlah selagi waktu masih ada..
*jangan ingat mati hanya datang pada usia tua kita..
*tingkatkanlah amalan dan istiqamahlah (berterusanlah) dengan amalan tersebut..

“Ya Allah jadikan aku seorang hambamu yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosa ku dan selamatkanlah semua kaum muslimin di muka bumi ini”





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ