Trend Selfie Gadis Remaja Dengan Tuala Wanita




Aduh, semakin popular perbuatan mengambil gambar sendiri atau selfie maka semakin banyak trend tidak masuk akal diperkenalkan.

Terbaru, gadis remaja di China dilihat gemar melakukan selfie sambil memegang tuala wanita sebelum memuatnaik gambar tersebut di media sosial Weibo.

Perangai tak senonoh begini membuatkan ramai ibu bapa melahirkan kebimbangan terhadap moral anak gadis negara tersebut pada zaman sekarang yang tampak kian hilang sifat malunya.

Harap-harap perangai bukan-bukan begini tidak merebak ke Malaysia hendaknya..

Trend Selfie Gadis Remaja Dengan Tuala Wanita

Trend Selfie Gadis Remaja Dengan Tuala Wanita

Trend Selfie Gadis Remaja Dengan Tuala Wanita


1 comments:

Post a Comment

Sticker DAP 'Hudud itu Kejam' Tersebar di Himpunan Bantah GST



KUALA LUMPUR 1 Mei - Himpunan Bantah GST dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping sticker 'Hudud Barbaric' (Hudud Kejam) yang tertera padanya logo DAP.

Sticker itu turut menggambarkan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.


Selain itu, terdapat juga sticker 'No to Hudud' (Tidak kepada Hudud) dengan turut memaparkan logo DAP.

Beberapa penyokong PAS yang menyertai Himpunan itu meminta pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.



Setakat ini, DAP masih belum memberi sebarang kenyataaan berhubung penyebaran sticker tersebut.

Gambar sticker ini yang turut disebarkan di laman sosial Facebook dikecam dari pelbagai pihak. Sumber - Facebook

2 comments:

Post a Comment

Dua Keping Syiling Tembaga Ditemui Di Pulau Nangka




MELAKA - 2/5/2014: Pemburuan harta di Pulau Nangka mungkin menemui kejayaan. Pekerja syarikat yang terlibat dalam operasi mencari itu menemui dua syiling medalion tembaga, yang dipercayai menjadi sebahagian daripada kekayaan berbilion ringgit dari zaman Kesultanan Melaka yang disimpan di pulau kecil itu.

Penemuan itu dibuat pada pukul 11 malam Rabu, hanya satu jam sebelum kontrak dianugerahkan kepada Perkongsian Pintar (M) Sdn Bhd, syarikat yang ditauliahkan sejak Januari untuk mengesan dan menyelamatkan khazanah itu tamat.

Peninggalan itu ditemui apabila pekerja menggerudi dinding gua untuk mencari khazanah yang masih ada, dipercayai disimpan di 20 peti di dalam gua.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, inskripsi mengenai peninggalan mendapati ia mempunyai huruf dan simbol yang berbeza.

Satu daripadanya mempunyai inskripsi dalam bahasa Arab atau Jawi manakala yang lain mengandungi bahasa Sanskrit atau purba Pallava Tamil, yang menunjukkan bahawa ia dari era pemerintahan Majapahit.

"Selepas melihat peninggalan yang awal itu, kami percaya barangan itu adalah medalion berdasarkan kepada saiz mereka tetapi kajian lanjut diperlukan sebelum kita benar-benar dapat mengesahkan medalion itu dari era mana," katanya pada Khamis.

Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya,Kemudahan Awam,Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Datuk Abdul Ghafar Atan mengumumkan bahawa Perkongsian Pintar International, yang telah diberikan kontrak empat bulan bermula Januari lepas, mempunyai masa sehingga tengah malam Rabu untuk mencari harta karun.

Kerajaan Melaka merancang untuk memberikan tugas itu kepada sebuah lagi syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Khazanah Legend Sdn Bhd, untuk meneruskan carian dan penggalian.

Pada Khamis, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan penemuan itu tetapi mahu pihak berkuasa berkenaan untuk menentukan kesahihan peninggalan itu dan adakah ia dengan sengaja ditanam di kawasan itu.

"Ujian karbon akan dijalankan untuk menentukan perincian peninggalan itu.

"Salah satu duit syiling (medalion) akan melalui ujian makmal oleh ahli arkeologi yang disahkan," katanya.

Idris berkata jika syiling itu didapati sahih, kontrak Perkongsian Pintar perlu dilanjutkan.

The Star, pada cerita muka depan eksklusifnya mengenai harta karun di pulau itu pada 14 April lalu, melaporkan bahawa kerajaan negeri memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perzim.


Baca juga di sini

Harta Karun Sultan Melaka: Hanya boleh Diambil Oleh Pewaris Sultan






1 comments:

Post a Comment

MH370: Tiada Apa Yang Ditemui Di Teluk Benggala!

Tiada Apa Yang Ditemui Di Teluk Benggala



KUALA LUMPUR –2/5/2014: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.

Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.

“Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis “handshake’ manual antara pesawat dan satelit. “Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi.

Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi,” katanya.

Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya. “Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama.

Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu.

Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang),” tambahnya. Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.- BERNAMA


Baca juga di sini

MH370 Di Teluk Bengal - Adakah Dakwaan Wanita Balik Umrah Benar?






1 comments:

Post a Comment

Di China, Daging Lembu Pun Palsu




Pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan.

Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu.

Daging babi kemudiannya dicampur dengan beberapa bahan peluntur kimia seperti paraffin wax dan garam industri untuk mengubah rupanya seakan-akan daging lembu.

Menurut laporan media tempatan, kilang itu telah berjaya menjual kira-kira 1.5 tan daging lembu palsu itu ke pasaran tempatan dengan harga 33 Yuan kira-kira RM17.11 sekilogram.

Enam premis yang dikenalpasti mengeluarkan daging lembu palsu ini kini ditutup operasinya serta merta.

Kes seperti itu bukanlah kali pertama terjadi di China.

Pada bulan Mei lalu, seramai 904 orang dilaporkan ditahan di China atas kesalahan berkaitan penjualan daging.





3 comments:

Post a Comment

Seorang Peliwat Terima Balasan Diliwat Oleh 20 Banduan



SEORANG jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.



Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.

“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.

Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.





1 comments:

Post a Comment

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium!

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium



Sudah menjadi kebiasaan sekiranya mempunyai hobi mengumpul setem, poskad mahupun syiling lama.

Namun, seorang lelaki warga emas di China, Chen Qingzu, 56, pula mempunyai hobi yang sebaliknya yang dianggap janggal bagi seorang lelaki.

Chen gemar mengumpul pelbagai jenis bra dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna sejak 20 tahun dahulu.

Hobinya itu telah berjaya membuatkan dirinya mengumpul sebanyak lebih kurang 5000 bra sehingga dia terfikir mahu menubuhkan muzium bra untuk mempersembahkan koleksinya itu.

Chen mengatakan tujuannya mengumpul bra-bra tersebut adalah untuk mendidik masyarakat setempat terutama wanita untuk sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap payudara mereka.

“Kebanyakan wanita gemar memakai bra ketat dan kecil untuk menunjukkan bentuk badan mereka, namun perkara ini secara tidak langsung boleh mendatangkan keburukan terhadap buah dada mereka,” katanya. – MYNEWSHUB.MY

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium

Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium



1 comments:

Post a Comment

GAMBAR: Cara Pramugari Bersolat Dalam Kapalterbang!




KERJAYA pramugari selalu dikaitkan dengan pemakaian seksi dan suka bersosial.

Hanya kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Tetapi ada satu perkara menarik yang ingin dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

Anda tengok dan nilaikanlah sendiri…







Nota: Haha jangan pandang orang sebelah mata... solat bukankah tiang agama?


Baca juga di sini:

Inikah Juruterbang Tercantik di Dunia?






2 comments:

Post a Comment

VIDEO: Bila Peserta Demo Sendiri Tak Faham Apa Itu GST!




Memalukan! Itu yang boleh dirumuskan selepas menonton video temu ramah di antara peserta demo membantah GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, pada kadar enam peratus.

Kesemua yang menghadiri perhimpunan itu semalam rupanya pergi membabi buta tanpa melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai GST.




Kan dah tergagap-gagap nak jawab apabila ditemu ramah wartawan.

Untuk pengetahuan anda, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

GST yang dikenakan kerajaan adalah yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Selain itu, GST juga tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung.

Lain kali sebelum berdemo, kasi faham dulu apa itu GST ya kakak-kakak dan abang-abang. – MYNEWSHUB.MY






Rasanya dorang ni hanya nak berseronok turun berhimpun ramai-ramai agaknya. Dekat internet ni berapa punya banyak penerangan pasal GST tetapi mereka tak pernah nak search dan ambil perduli yang mereka tahu hanyalah GST MENINDAS RAKYAT!..  Bila hati tertutup untuk mendengar penjelasan dari sebelah pihak yang lain... jadilah macam abang-abang dan kakak dalam video di atas ni hehehe. Jom dengar penjelasan paling simple pasal GST dalam video di bawah

(tunggu beberapa seketika untuk loading)














Selingan

"Kau sokong GST bermaksud kau mengkayakan kapitalis!" ujar Aiman (bukan nama sebenar) kepada teman-temannya seraya sendawa kekenyangan sebaik sahaja keluar dari restoran makanan segera MekDono sebelum menyertai perarakan bantah GST.

"Abes tu Aiman, yang kita makan tadi tu bukan ke menyumbangkan kekayaan pada kapitalis ke?" tanya Deraman.

"Ahh, pedulikan yang penting kita mesti bantah. Lawan tetap lawan!" Jerit Aiman dengan muka yang merah menahan malu.


0 comments:

Post a Comment

MH370: Berapa Ramai SEBENARNYA Warga Malaysia Dalam Pesawat Itu?




KUALA LUMPUR –2/5/2014:  Ketua Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahaya berkata, pihaknya akan mengkaji jumlah penumpang warga Malaysia yang menaiki pesawat penerbangan MH370.

“Saya akan kaji perkara itu. Saya juga tidak dapat jumlah yang tepat. Apa yang saya diberitahu adalah 38 penumpang warga Malaysia,” katanya pada sidang media MH370 di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan laporan awal pasukan penyiasatan antarabangsa yang didedahkan semalam mendapati hanya 34 penumpang warga Malaysia berada dalam senarai penumpang berbanding 38 orang yang dilaporkan pada 8 Mac, hari pertama pesawat berkenaan hilang. – Berita Harian


0 comments:

Post a Comment

Terkini! Ahli Arkeologi Marin British Pula Dakwa Temui Serpihan MH370


Gambaran satelit bangkai pesawat MH370.



AHLI arkeologi marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selepas mengesan serpihan Malaysia Airlines yang bewarna merah.

Beliau berkata, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Akers,56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yang hilang di negara ini-HMAS Sydney.

Operasi pencarian MH370 dilakukan secara menyeluruh melibatkan satelit, pesawat, kapal dan peralatan air canggih yang mampu melangkaui air dalam, namun tidak mendatangkan sebarang petunjuk dalam menemui Boeing 777 yang hilang 8 Mac lalu.



Imej kecil (kanan) dikatakan serpihan pesawat MH370.


Tetapi Akers dari North Yorkshire mula yakin beliau mungkin telah menemui pesawat hilang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Beliau mendakwa telah mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari mana pesawat itu berlepas.

Penemuannya itu sekaligus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada luar pantai Thailand.

Akers dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional berkata, beliau kini sedang mengenal pasti bahagian-bahagian pesawat tersebut di mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja minyak yang melihat pesawat yang terbakar keluar dari udara.

Beliau berkata adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di Lautan Selatan India. - mstar


Baca juga di sini

Terkini : Bangkai MH370 Di Temui Di Bawah Laut Barat Songkhla Thailand?


0 comments:

Post a Comment

Hadiah Misteri Buat Top Commentator April Di Blog Scripters

Assalamualaikum wbt... salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.

Ida pernah berjanji suatu masa dahulu di sini bahawa Ida akan memilih bulan secara rambang untuk menghadiahkan sedikit cenderahati misteri kepada pengomen tegar di blog Ida ini. Ini bukanlah segmen atau giveaway yang dianjurkan pada setiap bulan seperti yang sentiasa diwar-warkan di sesetengah blog. Ini hanyalah berupa penghargaan istimewa dari Ida buat rakan-rakan bloger yang tidak jemu-jemu datang berkunjung dan meninggalkan komen serta mengklik iklan-iklan yang terpapar di Scripters ini.





Alhamdulillah.. .berikut untuk bulan April ini Ida telah memilih seramai lima orang pengomen teratas paling banyak untuk menerima cenderahati penghargaan dari Ida iaitu




4). Nurul


Tahniah dan terima kasih buat mereka berlima. Ada dua muka baru yang menjadi pengomen tegar di Scripter ni iaitu Normi Nieza a.k.a Cik Nor dan Kak Nurul. Sementara itu En Muhammad Khairuddin Lim, En Azlan Strider dan En Wanariahamiza a.k.a Hanif memang tidak asing  lagi di Scripters ini kerana mereka memang pengomen tegar di sini dan pernah menerima penghargaan seperti ini pada akhir tahun 2013 yang lalu.

Di bawah ni pula adalah top 20 Pengomen Tegar di Scripters. Terima kasih tidak terhingga Ida ucapkan kepada anda semua. Mungkin kali ini bukan rezeki anda tetapi tidak mustahil jika bulan depan atau bulan2 berikutnya yang Ida pilih secara rambang, nama anda pula yang akan di umumkan so rajin-rajinlah datang singgah dan meninggalkan komen serta klik-klik mana yang patut di Scripters ini.



Untuk Cik Nor dan Kak Nurul bolehlah tinggalkan alamat serta no telefon di facebook Ida Syuhada  di sini atau pun  di emel Ida akulahidaitu@gmail.com atau iida_syuhada@yahoo.com.my

5 comments:

Post a Comment

MH370: Terkini! Komunikasi Yang Dirakamkan Antara 1.38 Pagi Dan 6.14 Pagi 8 Mac




KUALA LUMPUR - 2/5/2014: Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.

1. 01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.

2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.

3. 01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."

4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif".

5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.

6. 02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.

7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.

8. 02:11:37 pagi : HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.

9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara] :(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.

10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.

HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.

KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.

HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.

11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.

12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.

13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.

14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.

15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.

16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.

17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.

18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.

19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.

20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.

21. 05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".

22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.

23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.

24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.



1 comments:

Post a Comment

Terkini! Rakaman Audio Antara Kokpit Dan Pusat Kawalan Trafik Udara, KL Didedahkan Kepada Umum


KUALA LUMPUR - 2/5/2014 : Laporan awal tragedi MH370, yang antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan pada Khamis oleh Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata laporan itu dikeluarkan kerana selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan tidak menganggu proses penyiasatan atau proses pencarian untuk pesawat yang hilang itu, ia seharusnya didedahkan kepada orang ramai.

Laporan awal itu adalah hasil daripada siasatan sepasukan pakar dalaman, yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai kehilangan pesawat MH370.

Pesawat itu hilang pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.



Jom dengar Rakaman audio antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara, KL
Klik button berwarna merah untuk mendengar












Berikut adalah Peta laluan pesawat MH370





Berikut adalah Peta laluan MH 370

1 comments:

Post a Comment

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar

Lagi Gambar-Gambar Cantik Dihari Pernikahan Misha Omar



Baca juga di sini

Misha Omar Sah Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ