Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



31 Gambar Lawatan Rasmi Barack Obama Ke Malaysia

Menunggu ketibaan
Kakitangan keselamatan AS menunggu ketibaan Presiden Barack Obama yang menggunakan penerbangan Air Force One di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang. (AP Photo / Lai Seng Sin).



Air Force One tiba
Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada pukul 4.50 petang Sabtu.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA



Obama melambai
Barack Obama melambai sejurus ketibaannya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang petang tadi. (Foto AFP / MANAN VATSYAYANA)



Sambutan pertama
Presiden AS Barack Obama disambut oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun sejurus tiba untuk lawatan tiga hari di Malaysia. (AP Photo / Lai Seng Sin)



Obama dan KJ
Presiden Barack Obama berjalan sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. (AP Photo/Lai Seng Sin)



Ejen perkhidmatan rahsia
Seorang ejen perkhidmatan rahsia AS sebelum ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang. (AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA)



Selamat datang, Obama!
Presiden Obama melambai di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, sebelum bergegas ke Parlimen. Beliau diiringi Menteri Luar Negeri Anifah Aman.(AP Photo/Lai Seng Sin)



Tiba di parlimen
Presiden Barack Obama berjalan selepas upacara sambutan negara di Parlimen pada hari Sabtu.(AP Photo/Vincent Thian)



Sambutan di parlimen
Presiden Barack Obama tiba untuk sambutan rasmi di parlimen. Obama disambut Yang Dipertuan Agong yang kemudiannya mengiringi beliau ke Dataran Parlimen. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Memeriksa barisan
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeriksa perbarisan kehormat Batalion Pertama Askar Melayu Diraja sempena sambutan rasmi presiden itu di Dataran Parlimen di sini, hari ini.---fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA



"The Beast"
Kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat jenis Cadillac One "The Beast" menunggu di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, sebaik sahaja Barack Obama selamat mendarat bagi memulakan lawatan tiga hari di ibu negara bermula hari ini. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA



Pesawat rasmi
Seorang pegawai perkhidmatan rahsia sedang berkawal di hadapan pesawat rasmi presiden AS, Barack Obama. Obama memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula Sabtu. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA



Majlis Jamuan Negara
Dari kiri perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, presiden AS Barack Obama dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun di Majlis Jamuan Negara. Foto AFP



Sampaikan ucapan
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyampaikan ucapannya di Majlis Jamuan Negara pada Sabtu malam. Turut meraikannya, Yang Dipertuan Agong dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Hubungan dipererat
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia.--fotoBERNAMA (2014)



Lawatan ke Masjid Negara
Presiden AS barack Obama melawat Masjid Negara di Kuala Lumpur bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kedua dari kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri). (AP Photo/Carolyn Kaster)



Penghormatan untuk pahlawan Malaysia
Presiden AS Barack Obama memberikan penghormatan di Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri telah disemadikan. Beliau diiringi oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri). (AP Photo/Carolyn Kaster)



Iman Besar iringi Obama
Presiden AS Barack Obama, bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (Di belakang Obama) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri), mengunjungi Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri disemadikan. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Lawatan ke Makam Pahlawan
Presiden AS Barack Obama, bersama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (kanan) dan Abdul Rashid Md Isa (kiri) berjalan ke arah Makam Pahlawan dimana dua mantan Perdana menteri dan dua mantan timbalan Perdana Menteri telah disemadikan. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Persediaan untuk sidang akhbar
Suasana di Seri Perdana, Putrajaya menunggu ketibaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sidang akhbar. Gambar oleh @ rizalzulkapli



Suasana di Seri Perdana
Suasana di Seri Perdana, Cyberjaya di mana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar bersama tengah hari ini. Gambar oleh @ rizalzulkapli



Ketibaan POTUS
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Seri Perdana, Putrajaya untuk mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Gambar oleh @ rizalzulkapli



Pertemuan PM dan POTUS
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersalaman dengan presiden Barack Oboma sejurus tiba di kediaman perdana menteri di Putrajaya siang tadi. Pertemuan mereka disusuli mesyuarat dua hala. (AP Photo/Charles Dharapak)



Bersama pemimpin muda
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dalam rangka lawatan ke negara ini akan menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pemimpin belia ASEAN petang Ahad. (Twitter YSEALI)



Hadir untuk berdialog
Rombongan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Universiti Malaya bagi menyampaikan ucapan dan sesi bersama sekumpulan pemimpin belia ASEAN.(Astro AWANI / SHAHIR OMAR)



Memupuk semangat keusahawanan
Presiden AS Barack Obama bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia di Cyberjaya pada Ahad, 27 April. Foto oleh AP/Carolyn Kaster.



Senyuman generasi baru
Presiden Obama dan Najib Tun Razak bersama peserta yang terlibat dalam sesi bersama MaGIC, Cyberjaya. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Ya, kami boleh
Presiden Barack Obama berucap dalam satu town hall di Universiti Malaysia pada Ahad. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Bertemu generasi muda pemimpin ASEAN
Presiden Barack Obama tiba di Universiti Malaysia untuk berucap di hadapan pemimpin muda ASEAN. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Tenang menjawab soalan
Presiden Barack Obama mendengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan kepadanya sewaktu town hall bersama pemimpin muda ASEAN. (AP Photo/Carolyn Kaster)



Memberi semangat kepada generasi muda
Presiden Barack Obama bersemangat berucap di hadapan pemimpin muda ASEAN di Universiti Malaysia pada Ahad. (AP Photo/Carolyn Kaster)




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ