Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



VIDEO: Bila Peserta Demo Sendiri Tak Faham Apa Itu GST!




Memalukan! Itu yang boleh dirumuskan selepas menonton video temu ramah di antara peserta demo membantah GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, pada kadar enam peratus.

Kesemua yang menghadiri perhimpunan itu semalam rupanya pergi membabi buta tanpa melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai GST.




Kan dah tergagap-gagap nak jawab apabila ditemu ramah wartawan.

Untuk pengetahuan anda, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

GST yang dikenakan kerajaan adalah yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Selain itu, GST juga tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung.

Lain kali sebelum berdemo, kasi faham dulu apa itu GST ya kakak-kakak dan abang-abang. – MYNEWSHUB.MY






Rasanya dorang ni hanya nak berseronok turun berhimpun ramai-ramai agaknya. Dekat internet ni berapa punya banyak penerangan pasal GST tetapi mereka tak pernah nak search dan ambil perduli yang mereka tahu hanyalah GST MENINDAS RAKYAT!..  Bila hati tertutup untuk mendengar penjelasan dari sebelah pihak yang lain... jadilah macam abang-abang dan kakak dalam video di atas ni hehehe. Jom dengar penjelasan paling simple pasal GST dalam video di bawah

(tunggu beberapa seketika untuk loading)














Selingan

"Kau sokong GST bermaksud kau mengkayakan kapitalis!" ujar Aiman (bukan nama sebenar) kepada teman-temannya seraya sendawa kekenyangan sebaik sahaja keluar dari restoran makanan segera MekDono sebelum menyertai perarakan bantah GST.

"Abes tu Aiman, yang kita makan tadi tu bukan ke menyumbangkan kekayaan pada kapitalis ke?" tanya Deraman.

"Ahh, pedulikan yang penting kita mesti bantah. Lawan tetap lawan!" Jerit Aiman dengan muka yang merah menahan malu.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ