Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Australia Tolak Dakwaan Bangkai Pesawat Ditemui Di Teluk Benggala




SYDNEY - 30/4/2014: Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa bahan yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan media Malaysia dan Channel Seven Australia bahawa ia mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di loaksi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan mengesahkan maklumat itu dengan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia yangmengetuai operasi mencari itu.

“Lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia,” kata seorang jurucakap kerajaan Australia kepada AFP.

“Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu. Lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan.”

“Pasukan mencari antarabangsa berpuas hati bahawa lokasi pesawat itu berakhir ialah di bahagian selatan lengkung pencarian itu,” katanya.


Baca juga di sini

Gempar!! MH370 Dijumpai Di Teluk Benggala?





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ