GEMPAR!! KIRA UNDI DALAM BILIK HOTEL - PKR DAKWA ELEKTRIK TERPUTUS!
Jika selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu kira undi termasuk dakwaan kononnya berlaku ‘blackout’ di beberapa kawasan ketika proses kira undi PRU13 lalu.
Kini ‘paku buah keras’ sudah kena pada diri sendiri. Wat u give u get back!
Entah disengajakan atau tidak… tapi kejadian ‘blackout’ itu benar-benar berlaku.
Ini berikutan pengakuan Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak lalu mencetuskan kekecohan.
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan.
Ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pedalaman, tiada lokasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel bajet berkenaan.
“Sehabis waktu pilihan raya, petugas dan wakil daripada calon bawa undian ke dalam bilik untuk pengiraan, dan ketika itu tiba-tiba terputus bekalan elektrik,” kata Johari pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini.
Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dua wakil calon pergi ke bilik berkenaan dan mendapati kertas undi berselerakan.
“Ketika mereka sedang buka tong undi dan mengira, kebetulan bekalan elektrik terputus.
“Terdapat dua calon majlis pemilihan pusat yang datang untuk memastikan pengiraan, tetapi mereka terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu bilik dibuka,” katanya, dan menambah, insiden itu kemudiannya mencetuskan kekecohan.
“Mereka ambil gambar kertas undi berselerakan, lalu mereka mendakwa wujudnya unsur penipuan,” katanya.
Johari bagaimanapun berkata pihaknya akan melakukan penyiasatan segera berhubung perkara itu.
“Saya akan menyiasat perkara ini. Selepas ini saya terus ke Batang Sadong,” katanya. – Agendadaily.com
Nota: Apakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan Azmin Ali?
0 comments:
Post a Comment