Terkini! Rakaman Audio Antara Kokpit Dan Pusat Kawalan Trafik Udara, KL Didedahkan Kepada Umum
KUALA LUMPUR - 2/5/2014 : Laporan awal tragedi MH370, yang antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan pada Khamis oleh Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata laporan itu dikeluarkan kerana selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan tidak menganggu proses penyiasatan atau proses pencarian untuk pesawat yang hilang itu, ia seharusnya didedahkan kepada orang ramai.
Laporan awal itu adalah hasil daripada siasatan sepasukan pakar dalaman, yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai kehilangan pesawat MH370.
Pesawat itu hilang pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Jom dengar Rakaman audio antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara, KL
Berikut adalah Peta laluan pesawat MH370
Berikut adalah Peta laluan MH 370
1 comments:
nice sharing
Post a Comment