Harta Karun Sultan Melaka: Hanya boleh Diambil Oleh Pewaris Sultan
Pengerusi Pesawad tunjuk catatan sejarah keluarga tentang Pulau Nangka.
DI hujung talian seorang lelaki memperkenalkan diri. Katanya, dia Pengerusi Pengerusi Persatuan Sejarah Dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad). Awalnya, Khalid bercerita tentang Pesawad. Katanya, Pesawad mula ditubuhkan pada 2012 lalu dengan tujuan untuk mengumpul menyatupadukan orang Melayu.
Katanya, sehingga kini sudah terdapat 500 ahli Pesawad seluruh negara. Bukan bercerita tentang Pesawad yang mahu dikongsi, sebaliknya cerita lama tentang sejarah Pulau Nangka yang mungkin boleh membawa kepada penemuan harta nilai berbilion itu.
Tertarik dengan laporan Sinar Harian yang berterusan tentang Harta Karun Pulau Nangka, Khalid turut mahu memberi maklumat.
Katanya, dia memiliki sesuatu mahu ditunjukkan yang boleh menyokong wujudnya harta karun di Pulau Nangka. Khalid juga percaya apa yang heboh diperkatakan mengenai harta karun bernilai berbilion ringgit di itu, ada benarnya.
Saya percaya ada harta di pulau itu. Ia bersandarkan kepada buku Sejarah Hang Tuah milik keluarga saya. Buku itu sudah berada ditangan keluarga kami sejak turun-temurun. Hampir 500 tahun dahulu, ketika itu era Kesultanan Islam Melayu Melaka, di zaman Sultan Mansor Shah.
Mengikut salasilah yang dicatatkan keluarga, saya adalah generasi ke-13, daripada Tun Sedang. Beliau merupakan salah seorang bendahara kepada Sultan Mansor Shah.
Buku yang ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi lama itu kini ada tersimpan dengan baik di Perpustakaan Negara. Yang ada pada saya ini adalah salinannya.
Kalau kini pulau itu tidak ada manusia yang menghuni, tetapi bukan di zaman Kesultanan Melayu Islam Melaka dahulu.
Di dalam tulisan buku setebal 20 inci itu, ada menceritakan tentang makam ibu bapa Hang Tuah iaitu Tun Mahmud dan Dang Merdu Wati terdapat di Pulau Nangka.
Ini bermakna, memang sudah wujud penempatan sejak zaman tersebut di pulau berkenaan. Sudah tentu mereka menempat di sana, dan bila meninggal dunia dimakamkan di sana juga. Agak mustahil hidup di tanah besar, bila mati dibawa jauh ke tengah pulau untuk disemadikan di sana.
Malah menurut buku tersebut, Pulau Nangka adalah adalah salah satu lokasi terpenting sebagai pusat perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketika itu.
Jika sudah jadi pusat perbendaharaan, sudah pasti harta kerajaan tersimpan di situ juga.
Buku berkenaan ditulis oleh individu di zaman tersebut bernama Tun Kola iaitu sepupu kepada Hang Tuah.
Tun Kola ini adalah generasi keempat daripada Tun Sedang yang kemudiannya diikuti anaknya, Tun Perak, Tun Perpatih Putih, Tun Kudu sehinggalah salasilahnya berkait dengan Hang Tuah.
Buku ini kemudiannya dipegang oleh datuk saya bernama, Md Lajim Sellem yang kemudiannya sempat mengubah sebahagian daripada tulisan di dalam buku ini ke dalam tulisan rumi pada 1933.
Sebelum datuk saya meninggal, buku ini sempat diberikan kepada bapa saudara saya yang bernama Mohd Yaacob Abdullah, sebelum diserahkan kepada kerajaan menerusi Perpustakaan Negara oleh sepupu saya.
Saya cuba mendapatkannya semula tetapi pihak Perpustakaan Negara hanya memberikan kepada saya salinannya.
Di dalam buku berkenaan turut terkandung penulisan yang bermaksud apa-apa sahaja mengenai sejarah Hang Tuah selain di dalam buku berkenaan adalah dianggap sebagai fitnah termasuk dakwaan kononnya wujudnya makam Hang Tuah di Tanjung Kling, padahal di dalam buku berkenaan menceritakan di Palembang.
Bagaimanapun, harta berkenaan hanya boleh diambil oleh pewaris sahaja. Namun sekiranya ia muncul, ia bukanlah hak mutlak waris semata-mata tetapi ia perlu diinfakkan untuk pembangunan Islam keseluruhannya.
Pewaris yang dimaksudkan adalah daripada keturunan sultan Melaka, pembesar sehinggalah ulama. Menurut cerita datuk, Pulau Nangka ketika zaman kesultanan Melayu Melaka adalah kawasan larangan bagi rakyat biasa.
Hanya orang tertentu terutama pembesar negeri sahaja yang boleh masuk. Saya percaya, harta karun yang ditinggalkan oleh orang terdahulu adalah bukan untuk mereka tetapi memang untuk anak cucu keturunan akhir zaman. Sebab itulah mereka
simpan sehingga kini.
Saya turut menyimpan beberapa artifak lama termasuk batu seperti permata yang diserahkan oleh individu kepada saya yang mendakwa diperolehi dari Pulau Nangka sebelum ini.
Kami bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam misi mencari harta karun yang dimaksudkan itu. Selempang yang di dakwa oleh individu tertentu pernah di gunakan di zaman Sultan Mansor Shah. -SH.
Baca juga di sini
7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai
Mungkinkah Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud?
10 Lokasi Harta Karun Paling Menakjubkan di Dunia
Baca juga di sini
7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai
Mungkinkah Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud?
10 Lokasi Harta Karun Paling Menakjubkan di Dunia
1 comments:
askm tuan2 ta perlu lah nak tunjuk bijak dan pandai pewaris kesultanan melayu melaka maseh ada cuma belum diizinkan untuk tunjukan diri.selagi pewaris ada jangan nak memadai nanti sumpahan n daulat terkena baru anda baru nak sedar tidak berguna.
Post a Comment