Dirogol Selepas 'Check-In' Hotel Dengan Dua Lelaki?
DIROGOL secara rela? Mungkin ayat ini sesuai dengan kejadian yang dilaporkan oleh seorang gadis di Geylang, Singapura, Selasa lalu.
Menurut gadis berusia 18 tahun itu, dia telah mendaftar masuk sebuah hotel bersama-sama dua lelaki untuk tempoh lima jam, memetik The Real Singapore.
Kira-kira dua jam selepas itu, gadis itu turun ke kaunter dan memberitahu kepada pekerja di situ bahawa dia telah dirogol.
Pihak polis mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan tersebut dan masih menyiasat mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, mereka percaya bahawa gadis itu mendaftar masuk hotel tersebut secara sukarela dan bukan atas paksaan.
Secara logiknya, jika benar dakwaan dia dirogol, apakah tujuan asalnya mendaftar masuk bersama dua lelaki berkenaan?
Takkan mengulangkaji pelajaran kot…
Sumber:SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment