Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Barack Obama Meninggalkan Malaysia


Bersama pemimpin muda
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dalam rangka lawatan ke negara ini akan menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pemimpin belia ASEAN petang Ahad. (Twitter YSEALI)



Obama berucap di Universiti Malaya: Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama

Obama (dua, kiri) ketika melawat ruang solat utama Masjid Negara di Kuala Lumpur. Foto AFP




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) dan Barack Obama memberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia di Istana Negara. FOTO BERNAMA


Barack Obama bersalaman dengan para peserta yang membuat persembahan selepas Majlis Jamuan Negara Meraikan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia di Istana Negara. Foto BERNAMA


MoU RM4.91 bilion
AirAsia X mendantangani MoU bersama GE yang bernilai $1.5 bilion (RM4.91b), disaksikan Barack Obama dan Datuk Seri Najib Razak.




Presiden AS, Barack Obama menamatkan lawatan rasmi di Malaysia (Isnin) dan berlepas ke Filipina dari Pangkalan TUDM Subang Setelah majlis tertutup memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara firma Amerika Syarikat (AS), Sime Darby, Kumpulan Arab Malaysian dan AirAsia di sebuah hotel di Kuala Lumpur.





Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melambaikan tangan sebelum berlepas ke Filipina setelah melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada Isnin. -fotoBERNAMA


Obama Akhiri Lawatan Ke Malaysia, Berangkat Ke Filipina

SUBANG: Selepas tiga hari mengadakan lawatan ke Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kini meneruskan kunjungan rasminya ke Manila, Filipina.

Obama yang menaiki pesawat Boeing 747-200B berlepas dari pangakalan TUDM di sini kira-kira pukul 10.20 pagi, Isnin.

Sebelum itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut ketibaannya dan mengiringi beliau menerima tabik hormat daripada 28 anggota Rejimen Renjer DiRaja yang diketuai Kapten Mohd Fadjrin Mansor.

Hadir sama ialah Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Awang Adek Hussin.

Terdahulu Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) antara AS dengan syarikat Malaysia.


1 comments:

teringin nak tgk keta 'the beast' obama depan mata

29 April 2014 at 09:59 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ