BIODATA TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN




BIODATA TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN

Pendidikan

• Madrasah al-Islahiyah al-Wataniah, Bohor Mali

• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor

• Sijil Tertinggi Kolej – Kolej Islam Malaya (1962-1965)

• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah – Universiti Al-Azhar (1966-1968)

• Diploma Pendidikan – ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)

• PhD Syariah – Universiti Darul Ulum, Kaherah (1972-1974)

Pengenalan
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijriyah ini mengikut kiraan komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah. Ibu bapa beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran kepada masyarakat setempat pada ketika itu. Ia suatu peluang baik kepada beliau serta adik beradiknya yang lain untuk lebih mendalami bidang al-Quran.

Oleh kerana kealiman dan keilmuan ayahanda Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din, dia dikenali sebagai Lebai Din. Semasa zaman remaja Lebai Din telah merantau mencari ilmu dari Phatani sehingga sampai ke Perlis dan menetap di Kampong Bohor Mali kerana di situ adalah tempat pengajian ilmu. Beliau telah menetap dan berumahtangga di situ. Lebai Din dikenali umum sebagai seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan secara Islam. Selain daripada itu, Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani.

Namun, ilmu persilatan ini tidak diperturunkan kepada anak-anaknya. Akan tetapi, ilmu pengubatan Islam ini tidak terhenti setakatnya sahaja. Ilmu ini telah diperturunkan secara pengijazahan dengan menyerahkan buku catatan pengubatannya kepada Ustaz Haron Din. Memandang minat dan kecenderungan terhadap ilmu pengubatan Islam, Ustaz Haron Din sahaja terpilih untuk mewarisi ilmu pengubatan Islam daripada ayahandanya.

Kehidupan berumahtangga
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din telah mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 25 tahun dengan seorang wanita pilihannya Datin Khadijah binti Haji Salleh. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka telah dikurniakan lima orang cahayamata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan . Anak-anak mereka ialah Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana .

Pendidikan Awal
Tuan Guru Dato’ dan adik beradiknya yang lain diwajibkan mempelajari ilmu agama terutama pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, beliau menerima pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara formal pada ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok, rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan tenaga pengajar fardu ain kepada umum.

Ayahanda beliau seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Tidak pernah lekang di tangannya rotan untuk menghukum anak-anaknya apabila melakukan kesalahan. Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik sebagai seorang ibu, dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada tokoh ini. Ia menjadikan Tuan Guru Dato’ seorang yang amat tegas pendiriannya dalam membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Tambahan, sifat lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah lembut dalam tutur katanya serta mesra dengan mad’unya tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan.

Pendidikan Sekolah Rendah (Ibtidaii)
Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.

Suatu ketika, Tuan Guru Dato’ telah dihadiahkan seutas jam tangan berjenama Holok oleh bapa saudara kepada Almarhum Haji Zakaria. Hadiah tersebut diberikan kepada beliau sebagai satu anugerah kerana telah mendapat tempat pertama dalam kelas dua. Pemberian yang amat bernilai itu membuatkan beliau sangat gembira dan bersyukur kerana memilikinya.

Kecenderungan Tuan Guru Dato’ terhadap bahasa Arab mula berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.

Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah, beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.

Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa al-Quran.

Pendidikan Sekolah Menengah Rendah (I’dadiah)
Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.

Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah. Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar terbaik ketika itu.

Tuan Guru Dato’ hanya sempat menghabiskan pengajian pada tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.

Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat juang dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.

Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran daripada persekolahan.

Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan pada ketika itu.

Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan. Sudah tentulah hari ini sudah tidak dengan basikal tua lagi tapi dengan kenderaan yang moden.

Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
Dalam tempoh penggantungan beliau itu, orang-orang kampung telah memberi nasihat dan galakan supaya beliau menyambung pengajiannya yang tergendala itu. Mereka sanggup mengumpul dana bagi membantu beliau untuk meneruskan pengajiannya. Beliau menyedari yang dirinya belum menamatkan persekolahan sehingga lima thanawi ketika itu, sedangkan syarat utama penerimaan masuk kolej islam wajib dengan lima thanawi.

Beliau merasa dirinya seperti angan-angan mat jenin untuk merealisaikan hasrat masyarakat. Beliau merasa dirinya amat kerdil ketika itu. Semua orang yang mohon berbekalkan sijil lima thanawi sedangkan dirinya hanya sempat belajar dua thanawi. Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan dalam bahasa Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan baik. Akhirnya beliau diterima pada hari itu juga, sedangkan murid-murid lain pulang ke kampunng masing-masing menunggu surat jawapan temuduga.

Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah ‘Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.

Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu, beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.

Cerita menarik Tuan Guru Dato’ ketika di Kolej Islam Malaya
Semasa menuntut di Kolej ini, pada suatu hari dua orang pelawat Arab dari Palestin telah datang melawat Kolej Islam. Pelawat tersebut telah diundang untuk menyampaikan ucapan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kolej. Setelah selesai ceramah, beliau meminta Pengetua Kolej ketika itu Almarhum Dato’ Prof Abdul Raof Shalabi untuk mendengar ulasan dan komentar dari seorang pelajar tentang Palestin. Pengetua menanyakan pelajar-pelajar siapa yang boleh memberi ucapan. Maka ketika itu Ustaz Mahyuddin yang mengenali Tuan Guru Dato’ telah mencadangkan beliau. Pengetua bersetuju dengan pilihan tersebut dan dia telah mengingatkan kembali ketika mana Tuan Guru Dato’ yang dapat menjawab soalan temuduga dengan cemerlang dan diterima pada hari itu juga belajar di kolej. Akhirnya beliau dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab di majlis tersebut. Keupayaan dan keberanian beliau untuk berucap di khalayak di majlis itu mendapat sanjungan dari guru-guru dan rakan-rakan pelajar.

Cerita kedua ini berlaku pada tahun ketiga. Seorang pensyarah baru berbangsa Arab telah tiba berkhidmat di Kolej Islam iaitu Ustaz Abdul Wahab. Kebetulan bersempena dengan sambutan Maulid al-Rasul pihak Kolej telah menjemput beliau untuk meyampaikan ceramah. Pihak kolej telah melantik Ustaz Haron Din untuk menjadi penterjemah pada ketika itu.

Pada tahun ketiga di kolej, Guru beliau Ustaz Mahyudin Musa menugaskan beliau menggantikannya untuk menyampaikan ceramah di suatu tempat di Selangor iaitu di Sejangkang dalam satu majlis sambutan Isra’ Mikraj.

Semenjak dari itu, beliau sentiasa menerima undangan berceramah. Yang meneronokkannya setiap kali ceramah beliau akan mendapat wang saguhati RM50.00. Satu jumlah bayaran yang cukup tinggi di masa itu.

Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.

Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang.

Di Peringkat Pengajian Tinggi
Minat Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti ’Ain Shams, Kaherah. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.

Semasa di Kaherah, beliau memilih untuk tidak tinggal bersama pelajar-pelajar Malaysia di asrama Rumah Melayu kerana budaya pelajar Malaysia di Rumah Melayu hanya bergaul sesama mereka dan bercakap bahasa ibunda. Keadaan sedemikian tidak banyak membantu pelajar melayu mempraktik bercakap bahasa Arab. Beliau memilih untuk menyewa di luar bersama-sama dengan pelajar-pelajar Mesir. Ini memberi lebih banyak peluang baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur aslinya. Dua orang sahabat karibnya yang tinggal bersamanya di Kaherah ialah Lutfi Ali Omar dan Mahmud al-Kafif seorang yang buta. Banyak masa beliau belajar bersama-sama dengan kedua-dua rakannya ini. Dan mereka juga banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan pelajaran sehingga berjaya. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menggilap bahasa Arabnya dari aspek percakapan, penulisan dan juga qaedah bahasa arab.

Tuan Guru Dato’ tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu yang dimilikinya. Ini kerana, ilmu merupakan amanah Allah S.W.T. dan sepatutnya disebarkan kepada orang lain. Kesibukan beliau menelaah pelajaran tidak dijadikan penghalang untuk beliau berkongsi dan mencurahkan ilmu dengan pelajar-pelajar lain. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.

Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.

Kehidupan Sebagai Murabbi
Setelah menamatkan pengajian di luar negeri, beliau kembali semula ke tanah air sekitar tahun 1968 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan juga Diploma Pendidikan Universiti A’in Shams di Kaherah. Dengan ilmu yang diperolehi dari luar negeri, masyarakat meletakkan harapan tinggi agar dapat mengambil manfaatnya. Untuk tidak menghampakan harapan masyarakat, beliau telah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Beliau ditugaskan sebagai guru disiplin.

Bermula dari saat inilah, beliau mula aktif menyampaikan dakwah kepada umum sebagai memenuhi permintaan masyarakat. Beliau sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah melalui kelas-kelas pengajian agama dan tazkirah di masjid-masjid serta jemputan ke rumah-rumah perseorangan. Selain pada itu, warga guru sekolah juga dianjurkan kelas pengajian khas bersama beliau.

Pada waktu yang sama beliau juga telah bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau Pinang. Beliau mengajar matapelajaran art of teaching dan child development. Kebanyakan guru-guru agama ketika itu tidak memiliki ilmu pedagogi. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kolej Islam Malaya dan Universiti ‘Ain Syam, Mesir dalam bidang pendidikan, ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru pada ketika itu.

Rentetan dari itu, akhirnya beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (nama sekarang Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Dengan sifat rendah diri, beliau enggan menerima tawaran tersebut dengan alasan ingin memberi peluang kepada mereka yang lebih senior dan lebih layak untuk memegangnya. Beliau merasakan terlalu awal baginya untuk memegang amanah sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti. Dekan Fakulti Islam ketika itu telah datang sendiri ke rumahnya memujuk beliau untuk menerima jawatan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kecintaan Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu telah mendorong beliau menyambung kembali pengajiannya. Ketika itu, beliau masih berkhidmat di UKM. Maka pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai profesor penuh.

Hasil Sumbangan Beliau Dari Segi Penulisan.
Ketekunan dan kesungguhan beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja. Antaranya;

PENERBITAN BUKU
A. Buku Terbitan dalam Bahasa Arab

(Dissolution of Marriage and Related Problem: A Comparative Study of Schools of Law) I Watan Press, Kuala Lumpur. 1983.

(The Separation of Spouse Based on Legal Prohibition by Law and Court – Watan Press 1984.

( Some Family Cases : Maintenance, Breach of Marriage and Polygamy an Islamic Solution ) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

(Spread of Islamic Mission in Malaysia) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

B. Buku Terbitan dalam Bahasa Malaysia

1. Buku Teks untuk sekolah menengah – Pengetaahuan Agama Islam sebagai Ketua Editor – Obor Islam I, II, III, IV dan V.

2. Rawatan Pesakit Menurut al Quran dan as Sunnah. Percetakan Watan, terbitan bersama rakan. 1990

3. Buku tajuk “ Jawapan Kepada Hadith Satu Penilaian Semula – terbitan Dewan Pustaka Fajar 1988 Ketua Pengarang.

4. Masalah Pendidian Islam di Malaysia (bersama Dr Sabri Salamon) 1988.

5.Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan (bersama Ishak Din) 1989.

6. Rawatan Gangguan Makhluk Halus – Percetakan Watan 1989.

7. Taklik Talak Antara Hukum Fiqh dan Hukum Kanun – Watan 1989

8. Soal Jawab Agama – Fiqh Harian (bersama Ishak Din – Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn Bhd 1992.

9. Aqidah Tauhid (bersama Ishak Din) 1995.

10. Hudud dalam Perundangan Islam – Pakar Print 1978.

11. Manusia dan Islam – Edisi Pertama (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1991) Ketua Editor

12. Manusia dan Islam – Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor

13. Manusia dan Islam – Edisi Ketiga (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor

13. Tasawwur Islam – Percetakan Graphico Kajang 1404H.

14. Melihat Anak Bulan di Malaysia : Maslah dan Kemungkinan

15. Kewajipan Menegak Negara Islam –Indera Press.

16. Suami Isteri dan Rumahtangga Menurut Islam – Maju Press KL 1979.

17. Penyelenggaraan Jenazah – Unit Bimbingan Agama UPM 1981.

18. Methodologi Zikr – Watan 1988.

19. Pengurusan Jenazah – Percetakan Zizi Kajang 1989.

20. Hudud dalam Perundangan Islam – Dany Press 1993.

21. Muhammad Rasulullah : Anugerah Kejayaan – Bahagian Hal Ehwal Islam JPM 1993.

22. Ulama’ Bukan Cap Getah – Percetakan Watan 1993.

23. Islam : Keadilan Membebaskan Manusia 2007 (PTS Millenia)

24. Islam : Jihad Sebagai Survival Insan 2001 (PTS Millenia).

25. Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia 2007 (PTS Millenia)

26. Islam : Ada Apa Dengan Islam 2007 (PTS Millenia).

27. Islam : Agama, Bisnes dan Pengurusan 2007 (PTS Millenia).

28. Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia 2007 (PTS Millenia).

29. Islam : Rujukan Afektif Akhlak Mulia 2007 (PTS Millenia).

30. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab 2009 (Darussyifa’).

31. Fikh Harian 2009 (Edisi Kemaskini ) PTS Millenia.

32. Pengantar Pengubatan Islam – Jilid I 2011 (Darussyifa’).

33. Rawatan Penyakit Jasmani 1 – Jilid II 2011 (Darusyifa’).

34. Rawatan Penyakit Jasmani 2 – Jilid III 2011 (Darussyifa’).

35. Rawatan Penyakit Akibat Sihir – Jilid IV 2011 (Darusyifa’).

Kerjaya

1. Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)

2. Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)

3. Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara

4. Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB

5. Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia

6. Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti

7. Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor

8. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan

9. Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank.

10) Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd

11) Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis

12) Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik

1. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)

2. Ketua Penerangan PAS Pusat

3. Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

4. Timbalan Mursyidul Am PAS

Share this:
TwitterFacebook30

Tinggalkan Jawapan
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Komen
Nama *
E-mel *
Laman Web
Hantar Komen
Maklumkan komen balas melalui emel.

Cari
Pautan

UTAMA
Darussyifa’ Bangi
Darussyifa’ Kedah
Darussyifa’ Perak
Darussyifa’ Pulau Pinang
Darussyifa’ Mentakab
Darussyifa’ Sarawak
Darussyifa’ Sabah
Darussyifa’ Brunei
GALERI BERITA
Hubungi Kami

Alamat Kami: Kompleks PAS Perlis, Jalan Stadium Utama, Kg. Pondok Kangar, Perlis No. Tel : 017-4100230 012-4100988 019-4551494
Jadual Kelas Pengubatan DS PERLIS (KUMPULAN 2)

JUN
16 Jun 2013: Majlis Pendaftaran dan taklimat
30 Jun 2013: Majlis perasmian dan bacaan ruqyah pertama oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Solat Hajat Untuk Tuan Guru

Majlis Solat Hajat telah diadakan pada 3.4.2012 hari Isnin malam selepas solat Isyak di Masjid Teluk Jambu, Kangar Perlis. Majlis dihadiri oleh semua perawat Darussyifak Perlis dan ahli Jemaah Masjid.

Program Khidmat Masyarakat

1. 17.03.2012 Program Khidmat Masyarakat Darussyifa' Perlis Di Titi Chai Utan Aji Kangar Perlis.

2. 2.10.2012 Rawatan di Anjung Keli, Padang Behor Perlis.

3. 15.10.2012 Rawatan gangguan di SMK Tengku Suleiman, Perlis.

4. 20.10 2012 Khidmat Masyarakat Di Behor Mentalon, Tambun Tulang, Perlis.

5. 3.11.2012 Khidmat Masyarakat di Mengkuang Layar, Perlis.

6. 20.11.2012 Rawatan gangguan di Politeknik Pauh, Perlis.

7. 24.12.2012 Khidmat Masyarakat di Santan, Perlis.

8. 23, 24, 25, 26, Jan 2013 Program Khidmat Masyarakat di Belakang AGRO Bank, SImpang Empat, Perlis

9. 31.1.2013 Rawatan gangguan di Politeknik Pauh, Perlis.

10. 4.4.2013 Rawatan gangguan di SK Seri Perlis, Kangar, Perlis.

11. 25.4.2013 Program khidmat masyarakat di Kampung Alor Setar, Pauh, Perlis bersama tuan guru

12. 26.4.2013 Program Khidmat Masyarakat di Padang Benta, Perlis dan di Lat Seribu, Perlis bersama tuan guru.

13. 27.4.2013 Program Khidmat Masyarakat di Kampung Ujung, Jejawi, Perlis bersama tuan guru.

14. 28.4.2013 Khidmat masyarakat di Kampung Kenanga, Behor Mali bersama tuan guru.

15. 13.6.2013 Rawatan gangguan di Hotel Sri Mawarni Kangar, Perlis

Tahun 2013

SEPTEMBER 2016
M T W T F S S
« Mar
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
RSS BERITA DARUSSYIFA’ ONLINE

KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2016
Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut;Tarikh:2-Jan-2016 (Sabtu)Waktu:8:00 Pg ~ 10:00 Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)10:00 Pg ~ 1:00 Tgh (Taklimat)Perhatian:1. Yuran Kursus ialah RM700. Bayaran minima ketika pendaftaran ialah RM350.2. Bagi Muslimin - Sila berpakaian baju melayu atau kemeja berleng […]
KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2015
Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut; Tarikh:4-Jan-2015 (Ahad) Waktu:8:00 Pg ~ 10:00 Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)10:00 Pg ~ 1:00 Tgh (Taklimat) Perhatian:1. Sila berpakaian baju putih dan kopiah putih ketika hari pendaftaran bagi muslimin.2. Sila berjubah hitam atau berjubah putih bagi muslim […]
KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2014
Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut;Tarikh: 4-Jan-2014 (Sabtu)Waktu:8:00Pg ~ 10:00Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)10:00Pg ~ 1:00Tgh (Taklimat)Perhatian:1. Sila berpakaian baju putih dan kopiah putih ketika hari pendaftaran bagi muslimin.2. Sila berjubah hitam atau berjubah putih bagi muslimat.3. […]
Kiriman Terbaru

Majlis Tandatangan Surat Wakaf Pusat Rawatan Darussyifa’ Perlis Cawangan Santan Perlis.
Majlis Perasmian Pusat Perubatan Islam Baru Perlis
Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam Malaysia (Darusyyifa’ Perlis) Sesi Ke 2 Tahun 2013/2014
Tahniah Kepada Semua Pelajar Kursus Pengubatan Islam Negeri Perlis Kumpulan 1
Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Pertama Negeri Perlis Sesi 2012
Statistik

21,704 hits
MAKLUMAT PENTING

Ramai daripada kalangan pengunjung laman web ini yang bertanyakan tentang bayaran untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Darussyifa’. Ingin diperjelaskan di sini bahawa rawatan yang diberikan di Pusat Rawatan Darussyifa’ di seluruh Malaysia adalah PERCUMA.

Pihak Darussyifa’ tidak mengenakan atau menetapkan sebarang bayaran untuk sebarang khidmat rawatan yang diberikan. Bagaimanapun pihak Darussyifa’ tidak menolak sebarang sumbangan atau derma yang dihulurkan untuk tujuan pembangunan dan perkembangan Darussyifa’

Meninggal 16.9.2016 jam 10.05....

2 comments:

Post a Comment

Kosa Kata California Bermaksud 'Tanah Khalifah'

Nama California tiba-tiba menjadi gah apabila jenazah Murobbi ummat islam yang di segani serta dicintai oleh seluruh penghuni langit dan bumi iaitu Allahyarham Datok Dr Haron Din disemadikan disana. Semoga keberkahan Tuan Guru Harun Din al hafiz rahmatullahalaih rahmatan wasiah mengalir sepanjang hidup kita... amin.



Berbicara tentang California, tak banyak yang tahu kosa kata ‘California’ sebenarnya berasal dari istilah dalam Islam. California memiliki akar kata yang dapat diartikan sebagai ‘Tanah Khalifah’.

Keterangan itu bermula pada tahun 1500 saat seorang penulis Spanyol Garci Rodríguez de Montalvo menulis sebuah Novel berjudul Las Sergas de Esplandián yang tepatnya diterbitkan di Sevilla pada Juli 1510. Novel yang populer di masanya itu berkisah tentang Ratu pejuang Muslimah yang dikenal dengan nama Ratu Califia.

Nama Califia sendiri berasal dari kosakata Arab “Khalifah”, yang merupakan sebutan bagi pemimpin dalam sebuah pemerintahan Islam. Kata ‘Khalifah’ diucapkan dengan “Califa” dalam aksen bahasa Spanyol. Dalam novelnya itu, Montalvo menamai tempat sang Ratu memerintah itu dengan sebutan “California”, yang berarti “Tanah Califia”.

Suatu saat, ketika orang Spanyol menjelajahi pantai Baja California pada pertengahan tahun 1500-an, mereka menganggap tanah yang mereka kunjungi itu menyerupai mitos karakter tanah California yang disebutkan dalam novel Montalvo. Mereka menyebut tanah itu dengan California. Karena itulah kemudian nama California melekat sampai hari ini.

Saat ini, California merupakan sebuah negara bahagian yang terletak di pesisir barat Amerika Syarikat, dengan penduduk terbanyak di AS. Ibukota negara bahagian ini, Sacramento terletak di Central Valley. Andaikata California sebuah negara merdeka, ia akan berada dalam rangking ekonomi ke-9 di dunia pada tahun 2012. Kode singkatan pos di AS-nya adalah CA, sementara singkatan di Associated Press adalah Calif.

California juga pendorong dominan dari budaya Amerika dan juga ekonomi negara itu, menyumbangkan peningkatan teknologi dan hukum, sebagai tambahan juga membayar lebih ke sistem federal dari keuntungan yang dia terima. Negara bahagian ini juga memiliki kota-kota terbesar dan menarik di negara AS, termasuk Los Angeles, San Diego, dan San Francisco.

Di tengah dan timur negara bahagian ini ada Sierra Nevada, yang merupakan tempat dari gunung tertinggi di AS, Gunung Whitney dengan ketinggian 4.421m. Di Sierra juga ada Taman Nasional Yosemite yang terkenal di dunia. Di selatan terletak Transverse Ranges dan sebuah danau air masin terbesar iaitu Laut Salton. Gurun tengah-selatan disebut Mojave. Di timur laut Mojave terletak Death Valley, yang merupakan titik terpanas di Amerika Utara. Titik terendah Death Valley dan puncak Gunung Whitney terpisah kurang dari 200 mil. ... baru saja saya baca.. jadi ini lah tanah khalifah pilihanmu ya Allah...



Sumber ini admin terjumpa di dalam ruangan komen di facebook.

2 comments:

Post a Comment

ASAL USUL PENUBUHAN HOSPITAL DALAM DUNIA ISLAM DAN MODEN



ASAL USUL PENUBUHAN HOSPITAL DALAM DUNIA ISLAM DAN MODEN

Kebelakangan ini, terdapat trend membimbangkan dikalangan umat Islam yang menolak perubatan moden atas alasan perubatan moden adalah rekaan Barat semata-mata. Mereka telah mengecilkan ruang lingkup perubatan Islam pada aspek ruqyah atau pemakanan berjenama sunnah semata-mata, sedangkan sejarah membuktikan tamadun Islam mempunyai tahap kesihatan tertinggi jika dibandingkan dengan mana-mana tamadun dunia. Malah, golongan seperti ini lebih gemar mengunjungi pusat rawatan yang disangkanya lebih Islamik, dengan mengabaikan dan menganggap rawatan di hospital adalah salah satu bentuk rawatan yang bukan berasal daripada ilmuan dan tradisi Islam.

Tetapi, tahukah anda, institusi pertama di dunia yang ditubuhkan secara khusus untuk merawat orang sakit (atau hospital dalam erti kata moden) adalah diasaskan oleh orang Islam. Sebelum itu, di dalam tamadun terdahulu, kebanyakkan tempat untuk merawat pesakit adalah di biara-biara atau pusat keagamaan sahaja, kerana kepercayaan umum ketika itu adalah kebanyakkan penyakit dipercayai berkaitan dengan perbuatan dosa dan gangguan syaitan. Dengan ketinggian ilmu perubatan Islam, para doktor dan sarjana perubatan muslim ketika awal pemerintahan Islam telah berjaya membezakan pelbagai penyakit seperti perbezaan campak (measless) dan cacar (chicken pox), serta mempunyai kaedah diagnosis symptom dan punca-punca penyakit yang lain beserta preskripsi perubatan yang khusus untuk setiap penyakit yang berbeza.

Meskipun sejarah pusat rawatan bergerak yang khusus telah direkodkan pada zaman Nabi Muhammad saw, namun, Khalifah Al-Walid bin Abd Al Malik (86H-96H) daripada kerajaan Bani Umayyah adalah tokoh pertama yang dikaitkan dengan pembangunan dan pembentukkan sistem hospital moden. Beliau merupakan pemerintah kerajaan yang pertama didunia yang diketahui telah membina sebuah institusi khusus untuk merawat pesakit dikalangan rakyatnya. Institusi khusus atau hospital ini, dikenali sebagai Bimaristan, yang berasal dari perkataan Parsi. Perkataan bimar bermaksud penyakit dan stan bermaksud lokasi atau tempat.

Hospital yang diasaskan Al-Walid ini mempunyai doktor dan pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji untuk merawat pesakit-pesakit disini. Bagaimanapun, ada pandangan sarjana yang menyatakan hospital Al-Walid ini hanya untuk merawat penyakit kusta sahaja. Oleh itu, hospital atau Bimaristan yang berfungsi untuk merawat semua penyakit adalah hospital yang diasaskan di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid (170-193H). Khalifah Harun telah melantik seorang tokoh perubatan daripada Jundishapur iaitu Jibrail Bakhtisu sebagai ketua atau “pengarah” Bimaristan ini. Semenjak itu, kejayaan dan kegemilangan perkhidmatan Bimaristan ini telah menyumbang kepada pembentukan bimaristan-bimaristan lain di Baghdad dan kota-kota utama di seluruh empayar Islam.

Antara kaedah pemilihan lokasi terbaik untuk pembinaan bangunan Bimaristan ketika itu telah diperkenalkan oleh Ar-Razi, iaitu tokoh perubatan Islam yang terkenal. Beliau telah mengarahkan ketulan-ketulan daging digantung dibeberapa lokasi disekeliling kota. Kadar pereputan dan kebusukan daging di setiap lokasi yang berbeza itu akan diperhatikan. Lokasi terbaik akan dipilih daripada tempat dimana kadar pereputan dan kebusukan yang paling perlahan diantara kesemua ketulan-ketulan daging tersebut. Daripada pemerhatian dan keputusan ujikaji ini, beliau akan menasihati khalifah akan lokasi terbaik untuk dibangunkan sesebuah Bimaristan di sesuatu kawasan.

Rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan Empayar Islam ketika itu telah menerima pelbagai perkhidmatan kesihatan yang terbaik pada ketika itu, samada untuk warganegara Islam, mahupun bukan Islam. Terdapat bilangan hospital atau Bimaristan yang besar di setiap pelosok empayar Islam, meliputi Timur Tengah, Afrika Utara, Asia tengah dan benua kecil India. Bimaristan ini bukan sahaja berfungsi untuk merawat pesakit, tetapi ada juga yang berperanan menjadi sekolah perubatan untuk pelatih doktor dan pusat kajian ilmu perubatan.

Selain daripada Bimaristan utama yang berada di kota-kota besar, khalifah atau gabenor turut menyediakan beberapa jenis lagi perkhidmatan kesihatan melalui Bimaristan khusus iaitu:
- Bimaristan penyakit mental
- Bimaristan penyakit kusta
- Bimaristan penjara
- Bimaristan untuk rombongan haji
- Bimaristan bergerak yang bergerak ke kampong-kampung terpencil

Antara Bimaristan atau hospital yang terkenal ketika itu ialah Bimaristan Al-Nouri di Damascus; dibina pada 549H oleh Sultan Nuruddin Al-Zanki, Bimaristan Marrakesh di Maghribi, dibina pada 586H oleh Khalifah Al-Mansur Ya’kub Ibn Yusof. Bimaristan Al-Mansuri di Kaherah, dibina oleh Sultan Saifudin As-Salihi pada 646H, merupakan antara yang terbesar mempunyai kapasiti untuk menerima 8000 orang pesakit.

Kebanyakan Bimaristanl ketika pemerintahan Islam ketika itu diketahui dibuka untuk menerima pesakit sepanjang 24 jam sehari, mempunyai ratusan katil untuk pesakit tanpa mengira agama, bangsa atau latarbelakang pesakit. Malah, ada Bimaristan yang diketahui menyediakan pakaian pesakit yang berbeza untuk musim panas dan musim sejuk. Menurut Al-Maqrizi dalam tulisannya iaitu Khitat, pesakit yang dimasukkan ke Bimaristan akan diambil pakaian dan barang-barang yang berada bersamanya ketika itu untuk dijaga oleh seorang penjaga khusus, diberikan pakaian yang bersih, diberikan makanan dan ubat-ubatan dibawah pengawasan doktor tanpa sebarang bayaran sehinggalah mereka sembuh.

Setiap perkhidmatan Bimaristan yang disediakan kepada pesakit adalah percuma, malah ada Bimaristan yang turut memberikan wang kepada pesakit semasa mereka telah pulih dan dibenarkan keluar daripada Bimaristan, suatu konsep yang tidak pernah wujud dalam mana-mana hospital moden. Wang ini diberikan sebagai salah satu bentuk imbuhan ke atas kerugian daripada pendapatan pekerjaan yang dialami oleh seseorang pesakit semasa menjalani rawatan. Malah, ada juga pesakit yang turut diberikan pakaian baru semasa mereka keluar daripada Bimaristan.

Perkhidmatan Bimaristan atau hospital secara percuma ini, samada dibiayai oleh kerajaan, kerabat diraja, atau sumber waqaf. Setiap Bimaristan diketahui mempunyai pelbagai kemudahan dan setanding binaan istana pada masa itu. Ada Bimaristan yang mempunyai masjid, dewan kuliah, perpustakaan, malah, ada beberapa Bimaristan di kawasan yang mempunyai penduduk minoriti Kristian yang turut menyediakan gereja untuk mereka beribadat. Keunikan sistem Bimaristan ini, yang turut mempunyai Dokumen Waqaf, iaitu suatu pengisytiharan yang mirip kepada Piagam Pelanggan dalam konteks sekarang.

Dokumen Waqaf dengan jelas menyatakan:
“Bimaristan akan menerima kesemua pesakit, samada lelaki atau perempuan, sehingga mereka sembuh. Kesemua perbelanjaan rawatan akan ditanggung oleh Bimaristan, samada pesakit itu datang dari jauh atau dekat, warganegara atau bukan warganegara, kuat atau lemah, kaya atau miskin, bekerja atau penganggur, buta atau tidak, samada mempunyai kecacatan fizikal atau mental, berpendidikan atau tidak. Tidak ada sebarang syarat untuk menerima rawatan disini, dan tiada seorang pun yang akan dikenakan sebarang bayaran. Kesemua perkhidmatan hospital adalah semata-mata anugerah Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.”

Bimaristan pada era ini, turut mempunyai sistem pengurusan yang mirip kepada sebuah hospital moden pada masa ini. Para doktor muslim memahami keperluan pemisahan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Bimaristan ini telah dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu bahagian lelaki dan bahagian perempuan dengan sejumlah kakitangan yang tersendiri. Setiap Bimaristan mempunyai ruang khusus untuk penyakit-penyakit yang berbeza. Setiap ruang ini, mempunyai sejumlah doktor dengan dipimpin oleh seorang ketua doktor yang dilantik berdasarkan pengalamannya. Antara ruang-ruang khusus ini, ialah ruang pembedahan, ruang untuk penyakit organ dalaman, ruang untuk trauma dan patah tulang, ruang bersalin, serta ruang khusus untuk penyakit berjangkit. Menurut Ibn Abi Usaybi’a dalam bukunya ‘Uyun al-Anba’ fi tabaqat al-atibba’, setiap ruang ini mempunyai kemudahan dan peralatan perubatan yang lengkap untuk menjalankan rawatan dan pemeriksaan.

Ketua doktor dikenali sebagai Al-Saur, dan ada pekerja yang terlibat bahagian pentadbiran, doktor, pembantu doktor, jururawat, dan pekerja-pekerja khas yang akan membersihkan persekitaran Bimaristan. Kaedah operasi Bimaristan dalam merawat pesakit bermula dengan para doktor mendiagnosis dan mendefinasikan penyakit, seterusnya memberikan preskripsi ubat-ubatan. Menyedari kepentingan pemberian ubat-ubatan yang betul, Bimaristan juga mempunyai ruang dan petugas farmasi untuk menyediakan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi doktor yang dikenali sebagai Al Sharabkhana.

Menariknya, di dalam Bimaristan, setiap pesakit mempunyai sekeping kad atau kertas yang mempunyai catatan tahap kesihatan hasil daripada pemerhatian doktor. Para doktor juga mempunyai senarai khusus dari setiap pemerhatiannya terhadap pesakit. Mereka melakukan ujikaji dan ujian berdasarkan hasil pemerhatian mereka tadi. Sekiranya para doktor ini mengalami kesukaran dalam mendiagnosis pesakit, mereka akan mengajukan masalah itu kepada ketua doktor. Para doktor sentiasa mengadakan perbincangan sesama mereka secara teratur dan berkala. Sesi diskusi dan konsultasi ini merupakan suatu bentuk konferens ilmiah kecil dikalangan para doktor di Bimaristan yang masih dipraktikkan sehingga kini di dalam hospital moden.

Untuk menjadi seorang doktor di Bimaristan, mereka juga harus menjalani suatu ujian kelayakan yang ketat. Ibn Abi Usaybi’a menceritakan bahwa ‘Adhud al Dawla telah mengadakan ujian bagi ratusan calon doktor, ketika dia hendak membangunkan Bimaristan Adhudi di Baghdad Barat. Daripada ratusan calon yang menghadiri ujian, hanya 24 orang doktor sahaja yang layak untuk bekerja di Bimaristan itu.

Bimaristan ini juga mempunyai suatu sistem kawalan kualiti yang tinggi. Pemeriksaan secara berkala oleh pegawai yang diberikan kuasa oleh Khalifah atau gabenor, dilakukan pada sela masa tertentu. Mereka akan menilai adakah sesuatu Bimaristan itu memberikan perhatian sewajarnya kepada setiap pesakit. Mereka juga akan memeriksa tahap layanan, makanan, kemudahan yang disediakan dan adakah para doktor dan kakitangan perubatan telah menjalankan tugasnya dengan sempurna atau tidak. Sistem ini menjamin Bimaristan untuk tetap menjalankan fungsinya secara kompeten, samada secara teknikalnya, kelimuannya dan pengurusannya.

Menganggap bahawa perubatan moden dan hospital diasaskan oleh tamadun Barat adalah suatu salah faham yang besar. Perubatan Islam tidak harus disempitkan dengan amalan ruqyah dan pemakanan sunnah semata-mata kerana sejarah membuktikan ruang lingkup perubatan dalam dunia Islam adalah lebih meluas dan menyeluruh meliputi aspek fizikal dan spiritual. Seharusnya, umat Islam merasa Izzah atau mulia dengan sumbangan generasi terdahulu yang telah memberikan sumbangan kepada pembentukan bidang perubatan moden.



Rujukan:
1-The Origin of Bimaristans (Hospitals) in Islamic Medical History oleh Dr. Sharif Kaf Al-Ghazal
2- Islamic Medicine History and Current Practice- Prof Hussain – Journal of the International Society for The History of Islamic Medicine (ISHIM)
3- http://www.aquila-style.com/focus-points/muslimlifestyle/the-contributions-of-muslims-to-medicine/16873/

Kredit: fb saintis sekolah pondok
4- https://aminisme.wordpress.com/2013/01/11/bimaristan-rumah-sakit-dalam-sejarah-islam/

2 comments:

Post a Comment

Gambar Jenazah Datuk Dr Haron Din Selamat Dikebumikan Di California







Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di mana jenazah Allahyarham Datuk Dr Haron Din disemadikan - Foto ihsan Facebook Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)

Sabtu 17 Sept 2016 - KUALA LUMPUR: Jenazah Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS), pada jam 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi. Perkembangan itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Dr Huda Haron, menerusi catatan di akaun rasmi Facebook atas nama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Terdahulu, keluarga Allahyarham memutuskan untuk menyempurnakan urusan pengebumian di California, seperti mana pesanan Mursyidul Am PAS itu.












Terdahulu, jenazah disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara, kira-kira pukul 2.40 pagi waktu Malaysia.

Anak perempuan Dr Haron Din, Dr Huda Haron menerusi laman Facebook rasmi milik bapanya itu memaklumkan jenazah selamat disembahyangkan di Masjid Persatuan Komuniti Islam, California kira-kira pukul 4.25 pagi Sabtu.

“Selesai solat jenazah yang diimamkan oleh adinda tersayang Hamdi Haron selaku ketua keluarga. Ramai jemaah Maashaallah… jemaah solat jumaat 3 lapis ( kami sesi kedua). Alhamdulilaah.


“Berebut-rebut jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.Terpana!!!Tidak sangka.

“Tidak pernah bersua.. tidak pernah bersapa… tidak kenal siapa. Cumaa ukhuwwah fillah. Hangatnya persaudaraan disini,” tulisnya.

Dr Huda turut berkongsi beberapa keping gambar suasana di dalam masjid dan perjalanan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.



“Baa… Ini kali terakhir kita berjalan bersama baba dialam ini Baa.. Indah sungguh pemandangan dikiri kanan menuju ke tempat rehat baba. Allah pilih disini Baa.

“Persis memori tika menikmati keindahan bukit Uhud… seolah bukan di bumi California. Seakan kami di bumi anbiya,” tulis Dr Huda lapor The Star.







Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford di San Francisco, California pada pagi Jumaat selepas koma akibat komplikasi jantung.

Sementara itu, solat jenazah ghaib akan diadakan pada pukul 9 pagi Sabtu di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

2 comments:

Post a Comment

Datuk Dr Haron Din - Perginya Satu Lagi Permata



Perginya satu lagi permata

Al-Fatihah

Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.

Sumber:hmetro.com.my

2 comments:

Post a Comment

Istana Flinstone Milik DYMM Sultan Johor Di Mersing



Kerana amat meminati kartun flinstone... DYMM Sultan Johor telah membina sebuah istana bertemakan flinstone di Mersing johor...

Kisah ini telah disiarkan dalam History Channel...



Hiasan di pintu gerbang



















9 comments:

Post a Comment

Jenazah Syiah Dimandikan Berdiri




Pengalaman Ustaz Muhammad Abdul Latif mendalami bidang Syariah di Karachi, Pakistan telah memberi kesan mendalam ke atas dirinya tentang kekejaman Syiah yang telah membunuh mudir dan ilmuwan Islam di sana.

Oleh sebab itulah, Ustaz Muhammad amat bimbang penularan Syiah di negara kita yang kian serius akan turut sama mengundang konflik dan pertumpahan darah sesama orang Melayu dan agama Islam.

Bahkan sudah ada golongan berkenaan berkeras mahu jenazah pengikutnya dimandikan secara 'berdiri' sesuai dengan ajaran Syiah! Ikutilah temu bual eksklusif, Wartawan eksekutif Mastika, Mohd. Ali Atan bersama Ustaz Muhammad yang juga pemilik Safir Go Travel di Bandar Baru Bangi Seksyen 3, baru-baru ini...

Ada seorang kawan saya, namanya tidak perlu disebutkan, selama ini dia langsung tidak tahu yang jirannya adalah seorang penganut Syiah. Sampailah pada hari jirannya itu meninggal dunia.

Paling menghairankannya, penduduk kampung dilarang untuk memandikan jenazah tersebut. Ini kerana dalam wasiat, si mati mahu dimandi dan diuruskan mengikut amalan Syiah. Apa yang memelikkan penduduk, si mati ada menyatakan dalam wasiatnya beliau mahukan mayatnya dimandikan secara berdiri. Masya-Allah! Jadi bagaimana orang kampung hendak memandikan jenazahnya dalam keadaan begitu?

Mengikut amalan Ahli Sunnah Waljamaah, jenazah dimandikan secara berbaring dan duduk bagi menghormati mayat. Oleh sebab tiada siapa dibenarkan menyentuh mayat tersebut, maka tugas memandikan jenazah penganut Syiah ini diambil alih oleh sekumpulan anggota Syiah yang diutus khas entah dari mana.



Memang pelik. Jenazah itu didirikan betul-betul seperti orang hendak sembahyang. Mayat yang tadinya keras, kaku itu ditegakkan oleh sekumpulan jemaah Syiah tadi. Air dijirus dari kepala ke hujung kaki. Upacara memandikan mayat secara berdiri itu dilakukan seperti memandikan patung manusia.



Setelah upacara mandi berdiri selesai, mayat tadi dibalut dengan kain kapan khas yang dilakar dengan tulisan Parsi yang kononnya doa khusus dari Iran, sebuah negara majoriti penganutnya Syiah.

Apabila melihatkan keadaan mayat itu dimandikan secara berdiri itu imam kampung tidak membenarkan jenazah tersebut dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam. Imam itu berpendapat, oleh kerana cara pengurusannya tidak sempurna seperti mana mayat kaum Muslimin yang lain maka jenazah tersebut tidak seharusnya ditanam di Tanah Perkuburan Islam.

Akhirnya jenazah penganut Syiah itu ditanam di pinggir tanah perkuburan sahaja tidak bersama-sama kubur orang Islam yang lain. Sedih! Sampai begitu sekali taasubnya pengikut Syiah sehingga upacara memandikan mayat dibuat mengikut fahaman mereka.

Bayangkan kalau ada dua, tiga, sepuluh atau seribu lagi penganut Syiah meninggal? Siapa hendak memandikan mayat-mayat tadi secara berdiri kalau tiada pengikut Syiah yang datang?

Oleh sebab penganut Syiah mengamalkan taqiyyah yakni berselindung daripada diketahui bahawa dirinya Syiah, tidak mustahil situasi begini boleh menimbulkan konflik dalam menguruskan jenazahnya apabila seseorang itu meninggal.

Jika dibiarkan terus berkembang, orang Melayu yang jadi Syiah akan bertambah ramai. Maka rosaklah masyarakat kita. Katakanlah, sepasang suami dan isteri ini mula menganut Syiah. Maka mereka mula mengamalkan syahadah Syiah, solat Syiah, kefahaman Syiah dan amalan-amalan Syiah lainnya, apabila lahir zuriat dan tidak mustahil anak mereka dididik dengan ajaran Syiah.

Lihat. Sudah ada dua generasi. Nantinya anak itu membesar dan berkahwin lalu mendapat anak. Anaknya itu pula diterapkan ajaran Syiah. Jadi sudah tiga generasi. Begitulah seterusnya,

Bukan sekadar bertambahnya Melayu jadi Syiah. Bahkan nyawa kaum Muslimin yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran, Sunah dan para ulama AhIi Sunnah Waljamaah seluruh Malaysia terancam. Sudahlah begitu, penganut Syiah di Malaysia ramai membangkang pemerintah terutama selepas pihak berkuasa menyerbu markas Syiah di beberapa tempat.

Mereka, orang Syiah ini sangat emosional dan pendendam. Tidak hairanlah nanti mereka akan bertindak balas dengan cara yang kita semua tidak sangka sama sekali. Paling membimbangkan, pembunuhan kejam ke atas Sunni dan ulama Sunni seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam.

Orang Melayu dididik dari sekolah hingga ke ceramah agama daripada generasi ke generasi bahawa sahabat Nabi yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali adalah sahabat yang mulia dan di- jamin masuk syurga. la berdasarkan dalil sahih hadis dan disampaikan oleh ulama yang autoriti dalam bidangnya.

Pengorbanan dan akhlak mereka sering diperkatakan oleh ulama kita apabila membicarakan kisah tentang Rasulullah s.a.w, kemuliaan al-Quran, kemuliaan isteri Nabi dan keluarga Nabi sebagai contoh teladan dalam membina jati diri umat Melayu dari dahulu hingga kini.

Bahkan dalam tasawuf pun sahabat Nabi yang empat ini adalah seutama-utama insan yang sentiasa dihadiahkan al-Fatihah bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka bersama Rasulullah s.a.w dari awal hingga berkembang pesat sinar Islam ke seluruh dunia.

Sebaliknya orang Syiah mengkafirkan para sahabat. Orang Syiah memfitnah isteri Nabi yang mulia sebagai perempuan hina. Orang Syiah menghalalkan darah Ahli Sunnah Waljamaah yang kononnya menyokong kezaliman Muawiyah dan memfitnah para sahabat membunuh keluarga Nabi.

Orang Syiah juga mengatakan Allah tidak tahu apa yang akan berlaku. Takdir Allah berubah mengikut keadaan semasa. Hanya imam mereka yang dipuja sebagai maksum sahaja yang tahu. Orang Syiah tidak mempercayai al-Quran yang dibaca dan diterima oleh ulama dan umat Islam masa kini.

Kononnya banyak surah dalam al-Quran telah dihapuskan. Solat wajib pula sentiasa dijamakkan. Walhal Allah memberi kemudahan jamak dan qasar ketika kita bermusafir dalam jarak perjalanan tertentu. Sebaliknya Syiah menganggap seluruh kehidupan kita adalah musafir, jahatnya Syiah memesongkan makna kata 'musafir' mengikut hawa nafsu semata-mata!

Sedihnya ramai para pensyarah dan profesor universiti menganut Syiah sebagai pegangan baharu mereka. Kita perlu sedar orang Syiah dididik dengan cara berhujah sebagai dakwah menyebarkan Syiah kepada masyarakat awam.

Contoh hujah orang Syiah ialah malaikat Jibrail tersalah memberi wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang tidak tahu membaca dan menulis! Jadi kenapa Allah hendak beri wahyu kepada orang yang tidak tahu membaca?

Dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah, hikmah Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah yang ummi ialah bagi mengelakkan tuduhan bahawa al-Quran direka oleh Rasulullah s.a.w. Namun orang Syiah akan memanipulasikan hal itu dan menekankan bahawa sumber Ahli Sunnah Waljamaah telah rosak. Orang Syiah juga menyelewengkan banyak fakta sejarah.

Nikah mutaah sesama anggota keluarga...

Semasa saya sedang belajar di Madrasah jamiatul Ulum al-Islamiyyah di Karachi Pakistan, berlaku pertembungan antara orang Syiah dan Sunni. Kami selalu melakukan demonstrasi mengutuk Ayatollah Khomeini yang popular sebagai pemimpin Iran pada waktu itu.

Perlakuan orang Syiah amat pelik. Sama ada upacara keagamaan dan kebudayaan mereka dipenuhi dengan perkara bidaah bahkan bertentangan akidah Islam yang murni. Pada malam 10 Muharam merupakan saat yang tidak dapat saya lupakan. Pada malam tersebut, masjid Syiah mengumpulkan pengikut-pengikutnya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam satu tempat tanpa pembatas.

Kemudian, ketua Syiah akan berucap sedikit sebelum kesemua lampu dalam masjid dipadamkan. Dalam keadaan gelap gelita itu, pengikut Syiah samada lelaki dan peremuan akan meraba-raba tangan dan tubuh orang di sebelahnya.

Selepas itu lampu dihidupkan semula. Siapa sahaja yang dipegang itulah merupakan jodoh mutaah mereka walaupun sesama anggota keluarga. Seorang anak lelaki boleh berkahwin mutaah dengan ibunya sendiri. Seorang bapa boleh berkahwin mutaah dengan anak perempuannya sendiri. Begitulah jijiknya Syiah! Lebih hina daripada binatang!

Walau bagaimanapun insiden yang paling saya ingat ketika berlaku pertembungan antara kami penuntut madrasah dengan orang Syiah. Mudir kami telah melarang lebih awal orang Syiah daripada melakukan perarakan di hadapan madrasah kami.

Tetapi larangan itu dilanggar. Orang Syiah terus sahaja berarak dengan menunggang kuda putih. Kuda putih itu pula dibunuh dan diambil darahnya. Pada masa sama penganutnya memukul badan dengan benda tajam hingga berdarah-darah dan meraung seperti orang terkena histeria.

Mudir madrasah pun memesan tiga lori yang membawa batu-batu kecil. Apabila orang Syiah berarak melalui jalan depan madrasah kami, mudir dan kami semua membaling batu ke arah mereka. Keadaan jadi tidak terkawal. Orang Syiah menyerang balas hingga mengakibatkan kematian mudir kami.

Malahan ketika Mudir Dr. Habibur Rahman kelulusan Universiti Madinah dan Mufti Abdullah Sami' berada dalam kereta, mereka berdua ditembak oleh orang Syiah hingga mati. Jenazah mereka dikebumikan di pekarangan madrasah kami. Imam masjid turut dibunuh dengan kejam.

Jadi terbukti Syiah jauh sangat terpesong! Mengamalkan akidah batil dan amalan yang langsung tiada dalil yang sahih. Jadi kenapa Mastika memberi ruang kepada 104 orang Syiah di Malaysia menulis di Mastika? Mastika! tolonglah jangan bersimpati kepada mereka.

Kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mempelajari agama secara mendalam termasuk professor dan pensyarah yang lazimnya daripada bidang bukan agama. Tetapi jangan hairan ada pensyarah dalam bidang agama pun bersimpati dengan Syiah. Perlahan-lahan masuk ke jurang gelap Syiah.

Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan, setiap Muslim yang mengikut AhIi Sunnah Waljamaah wajib kafirkan Syiah. Mufti A'zom yang merupakan antara mufti Pakistan yang telah mengeluarkan fatwa: "Barang siapa yang tidak mengkafirkan Syiah maka orang itu adalah Syiah!" Orang Syiah bukannya saudara seagama yang harus dijaga silaturrahim.

Masalah utama Syiah ialah mengamalkan akidah batil, sesat dan merosakkan. Bukannya berbeza dari segi cabang atau perkara furuk. Menerima Syiah walau dengan apa cara sekalipun seumpama 'mencampurkan makanan yang elok dengan makanan yang basi'.

Tiada cara lain untuk cegah diri kita, keluarga, sanak saudara, kenalan dan jiran tetangga serta masyarakat luar daripada terpengaruh dengan Syiah melainkan wajib setiap daripada kita mempelajari akidah AhIi Sunnah Waljamaah daripada ulama yang berkelayakan. Mohon hidayah, taufik dan inayah ditunjukkan jalan haq. Dijauhi jalan batil yang antaranya ajaran Syiah.

Sumber : Mastika Okt. 2013

1 comments:

Post a Comment

Riwayat Dajjal Berakhir Di Pintu Kota Lod



Ribuan tahun dahulu, bandar ini juga dikenali dengan nama Lydda dan Diospolis. Terletak di daerah tengah Israel, bandar Lod berada lebih kurang 15 kilometer dari Populasi penduduknya lebih kurang 70 ribu pada penghujung tahun 2011. Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah Yahudi manakala selebihnya adalah bangsa Arab.

Perlu diketahui. awalnya dahulu kota ini dipenuhi bangsa Arab beragama Islam. Namun, kerana pencerobohan Israel pada 1943, ramai penduduk Islam telah diusir. Ditambah dengan projek peluasan tapak penempatan.

Sejarah Lod...


                Penunjuk arah ke kota Lod...

Kita singkap sedikit sejarah kota kecil ini. Mengikut kajian, kota ini mungkin sudah wujud sejak tahun 5,600 Sebelum Masihi berdasarkan usia tembikar dan beberapa barangan arkeologi yang ditemui. Sejarah menunjukkan beberapa kuasa pernah menakluki bandar kecil ini.

Pada abad ke-5 Sebelum Masihi, Lod berkembang sebagai pusat pemikir dan pedagang Yahudi sehinggalah kota ini ditakluki oleh penguasa Rom pada tahun 70 Masihi. Dalam peperangan itu, Rom turut menjual penduduk Lod sebagai hamba abdi. Kota itu turut mengalami kehancuran akibat perang.

Sewaktu dalam kekuasaan Rom, kebanyakan penduduk kota ini menganut agama Kristian. Tambahan pula penguasa Rom telah melakukan usaha untuk mengkristiankan penduduk di dalam daerah kekuasaannya.

Apabila kebangkitan tentera Islam yang dipimpin Amr Ibn al-As meluaskan kuasa, Lod berjaya ditawan pada tahun 636 Masihi. Namun pada tahun 1099, tentera salib berjaya merebut semula kota ini.

Di tangan tentera Saladdin, Lod berjaya direbut semula oleh Islam namun tidak lama. Kemasukan bangsa Eropah berfahaman Katolik telah menguasai kota itu dan bergiat hebat menyebarkan fahaman mereka. Malah, semasa pendudukan itu, sangat sukar menemui Yahudi dalam kota ini.



          Kedudukan bandar Lod yang telah              diceroboh dan kini menjadi milik Israel.

Seiring dengan peredaran zaman, Lod turut berkembang di bawah pemerintahan empayar Uthmaniah. Ada masjid dan gereja, stesen kereta api juga dibina. Tahun 1918, wakil Inggeris di Palestin diberi mandat untuk mentadbir kota Lod berikutan keputusan League of Nation, organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk mencapai keamanan.

Sehingga tahun 1948, kota Lod masih berada dalam kekuasaan Arab di bawah Palestin dengan populasi penduduk sekitar 20 ribu umat Islam dan hampir dua ribu penduduk Kristian.

Namun, setelah Israel mengisytiharkan merdeka dengan tanah yang telah dicerobohinya, pada Julai 1948, bangsa Yahudi itu telah menakluki kota Lod. Dalam satu serangan, lebih kurang 250 bangsa Arab termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila Israel mengarahkan tenteranya untuk menembak sesiapa saja yang kelihatan di jalanan kota tersebut.

Sejak dikuasai Israel, umat Islam di kota itu mula diasingkan. Beratus-ratus orang Arab telah diusir oleh komando Israel dengan dipaksa berjalan kaki sepanjang 17 kilometer memasuki sempadan daerah Arab. Ramai yang meninggal kerana dehidrasi.

Manakala ramai bangsa Arab di kota itu tidak diizinkan tinggal di rumah mereka. Malah, Israel segera 'mengimport' kemasukan Yahudi daripada pelbagai daerah menyebabkan populasi Yahudi terus bertambah di kota itu. Sebaliknya, populasi Islam kian mengecil. Teknik Israel berjaya. Kota itu akhirnya bertukar menjadi bandar Yahudi sehingga kini.

Di sini 'makam' Dajal...

Apa yang menariknya tentang kota Lod sehingga Yahudi begitu ingin menguasai kawasan itu?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajal si buta sebelah menebarkan kesesatan dari arah timur, pada zaman terjadinya perselisihan antara manusia. Lalu dia berangkat ke Hijaz, di antara Iraq dan Syam. Kemudian dia mendatangi Madinah dan Mekah, tetapi para malaikat menghalanginya. Dia pun pergi ke Palestin tempat Isa bin Maryam a.s membunuhnya yakni di kota Ludd, Palestin." (Hadis riwayat al-Bazzar).

Dalam hadis lain, kota Lod turut disebut sebagai 'bab Lud' atau gerbang Lod. Dikatakan, di kota inilah Dajal akan dikalahkan oleh Nabi Isa. Dalam sesetengah kajian lain, gerbang Lod yang disebut tempat kematian Dajal merujuk kepada kota yang berhampiran dengan Baitulmuqaddis di Palestin.

Di dalam kota Lod, ada sebuah dinding setinggi tiga meter yang dibina sebagai tanda sempadan yang memisahkan wilayah Yahudi dan Arab. Kedua-dua kawasan ini mengalami pembangunan yang berbeza. Wilayah Yahudi pesat membangun, tetap wilayah Arab jauh ketinggalan.

Dajal dibunuh di pintu kota Lod...

Seperti yang telah diriwayatkan, Nabi Isa akan turun di menara putih, bahagian timur kota Damsyik. Baginda akan sama-sama solat Subuh berimamkan Imam Mahdi dalam masjid di Baitulmuqaddis.

Setelah itu, Nabi Isa akan berdepan dengan Dajal yang di belakangnya sudah bersedia 70 ribu Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa di depan mata, Dajal tiba-tiba cair seperti garam disirami air. la lari ketakutan dan Nabi Isa terus mengejarnya hingga tiba di pintu Lod dan membunuh Dajal.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Ibnu Majah, Ibnu Huzaimah dan Hakim yang bermaksud:

"Dia (Dajal) pun dibunuhnya (oleh Isa). Lalu Allah berkenan menghancurkan orang Yahudi, maka tidak satu pun dari seluruh makhluk Allah yang tidak memberitahu tentang keberadaan Yahudi kerana Allah telah membuat mereka mampu berbicara, baik batu, pepohonan, tembok, pembatas mahupun binatang melata, kecuali Gharqad (nama pohon Yahudi) yang tidak mampu berbicara kerana ia termasuk pohon orang Yahudi. Semua makhluk Allah tadi akan mampu mengatakan, "Wahai hamba Allah, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah."

Jadi, tahulah kita mengapa kini Yahudi menguasai kota Lod dan menggiatkan usaha menanam pohon Gharqad.

Sumber:wwwaj601.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment

Sejarah Masjidil Aqsa & Jerusalem (Baitul Maqdis)



Sejarah Masjidil Aqsa Dan Jerusalem (Baitul Maqdis)



JERUSALEM:: KOTA YG MENYIMPAN BANYAK SEJARAH DAN RAHASIA ALLAH

Jerusalem dalam bahasa Yahudi (Hebrew) Yerushaláyim, juga dulu ada yg menyebut Tsiyown atau Zion, atau dalam masa Romawi disebut Ilya atau Aelia Capitolina, kemudian dalam bahasa Arab dikenal juga sebagai: al-Quds atau Baitul Maqdis [al-Sharif], "The Holy Sanctuary" merupakan kota tua penuh dengan cerita sejarah kontroversi dari sejak zaman purba hingga kini yang melibatkan 3 agama samawi besar di dunia yaitu: Islam, Yahudi dan Nasrani. Kontroversi ini berpusat pada satu titik di dalam kota Jerusalem yaitu: Kubah As Sakra atau Dome of Rock di dalam kawasan Masjidil Aqsa, yang mana di dalamnya terdapat batu besar.



Menurut agama Islam di Masjidil Aqsa inilah Rasulullah SAW melakukan Mi’raj ke Sidratul Muntaha. Menurut agama Nasrani, Jacob (Nabi Yakub) pernah tidur di batu besar, yg kini berada dalam Dome of Rock tsb, dan bermimpi melihat tangga menuju langit. Agama Nasrani pun meyakini bahwa di batu itulah tempat Abraham (Nabi Ibrahim) mengurbankan anaknya yaitu Ishak (yg kita yakini anak yg diqurbankan adalah Ismail dan tempatnya di Makah). Sementara menurut orang-orang Yahudi meyakini bahwa Luh-luh Nabi Musa (kitab Taurat yg asli), yg dulu pernah hilang, berada tepat di bawah Dome of Rock. Dan orang-orang Yahudi meyakini bahwa Jerusalem adalah tanah yang dijanjikan Tuhan untuk mereka yg dinyatakan melalui Nabi Musa, sehingga mereka meyakini bahwa mereka punya hak penuh atas tanah Jerusalem tersebut. Sementara bangsa Arab Palestina meyakini bahwa mereka adalah penduduk asli dari tanah ini sebelum Bani Israil (orang Yahudi) datang ke tanah ini. Hal inilah yang menjadikan pergolakan antara bangsa Arab Palestina dan bangsa Yahudi Israel hingga sekarang.



Dalam membicarakan kota Jerusalem atau Baitul Maqdis, tentu tak terlepas dari Masjidil Aqsa yang terdapat di dalamnya. Ada beberapa hadist dan ayat Al-Qur’an yang patut kita ketahui, seperti diantaranya adalah:


1. Dari Abu Dzar Radhiyallahu‘anhu beliau berkata “Aku bertanya, “Wahai, Rasulullah. Masjid manakah yang pertama kali dibangun?” Beliau menjawab, ‘Masjidil Haram”. Aku bertanya lagi : Kemudian (masjid) mana?” Beliau menjawab, “Kemudian Masjidil Aqsha”. ….[HR Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Dzar]. Sehingga dari hadist ini, kita bisa menyimpulkan bahwa Masjidil Aqsa adalah masjid atau rumah ibadah kedua yg dibangun di dunia setelah Masjidil Haram.



2. Baitul Maqdis telah dibangun Nabi Sulaiman pada masanya sebagai rumah ibadah kepada Allah SWT, sebagaimana dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda. “Sesungguhnya , ketika Sulaiman bin Dawud membangun Baitul Maqdis, (ia) meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tiga perkara. (Yaitu), meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar (diberi taufiq) dalam memutuskan hukum yang menepati hukumNya, lalu dikabulkan ; dan meminta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dianugerahi kerajaan yang tidak patut diberikan kepada seseorang setelahnya, lalu dikabulkan ; serta memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bila selesai membangun masjid, agar tidak ada seorangpun yang berkeinginan shalat disitu, kecuali agar dikeluarkan dari kesalahannya, seperti hari kelahirannya” (Dalam riwayat lain berbunyi : Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata : “Adapun yang dua, maka telah diberikan. Dan saya berharap, yang ketigapun dikabulkan)” [Hadits ini diriwayatkan An-Nasa’i, dan ini lafadz beliau, Ahmad dalam musnad-nya dengan lebih panjang lagi. Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Haakim dalam kitab Mustadrak dan Al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman, serta selain mereka]





3.Surat Al-Isra’, ayat 1:

Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya[*] agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.



[*] Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.Sementara kata “Aqsa” dalam Masjidil Aqsa berarti “jauh”. Jadi Masjidil Aqsa adalah masjid yang jauh.



Setelah peristiwa ini, umat Muslim shalat menghadap ke Masjidil Aqsa selama16-17 bulan, sebelum akhirnya turun surat Al Baqarah ayat 144.



4. Masjidil Aqsa adalah 1 diantara 3 masjid yang diminta Rasulullah kepada umatnya untuk dikunjungi. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.“Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda : “Tidak boleh bersusah-payah bepergian, kecuali ke tiga masjid, (yaitu) Masjidil Haram, Masjid Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Masjidil Aqsha” [HR Al-Bukhari dan Muslim].



5. Baitul Maqdis juga merupakan tempat dibangkitkan dan dikumpulkan setelah kiamat nanti, seperti diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya bahwa Maimunah, saudara perempuan Sa’ad dan pembantu Rasulullah SAW, berkata : Wahai Nabi, berikanlah kami sebuah pernyataan tentang Baitul Maqdis.’ Nabi menjawab, ‘Dia adalah tanah tempat manusia dibangkitkan dan dikumpulkan.” (HR. Ahmad)





SEJARAH SINGKAT KOTA JERUSALEM (Baitul Maqdis):



A. JERUSALEM SEBELUM ISLAM


Pendatang pertama ke Jerusalem, yang dahulu disebut sebagai tanah Kanaan ini, adalah dari bangsa Arab Canaanites, Jebusites dan Amorites yg beremigrasi dari jazirah Arab. Sementara nama “Palestine” sendiri diperkirakan dari daerah yang bernama “Baalist”, yaitu tempat dimana penduduk mediterania bermukim setelah diusir oleh raja Ramses dari Mesir. Penduduk yang tinggal di Baalist itu akhirnya dinamakan Balistiniyyun (Philistines), yg akhirnya kini disebut Palestine yg akhir hidup bersama-sama dengan bangsa Canaanites, Jebusites dan Amorites. Sehingga dengan berjalannya waktu, terjadi percampuran antar bangsa tersebut melalui hubungan perkawinan, sehingga jadilah bangsa Palestina yang sekarang kita lihat.



Kemudian barulah datang para pendatang yg lain termasuk keluarga Nabi Ibrahim, yg kemudian melalui Siti Sarah menurunkan Nabi Ishak, lalu Nabi Yakub (dikenal dgn nama Israil) yang kemudian pindah ke Mesir utk bergabung bersama anaknya, Nabi Yusuf. Anak-anak keturunan Nabi Yakub disebut Bani Israil yg kemudian berkembang di Mesir. Pada masa Nabi Musa, para Bani Israil dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Harun dari Mesir menyeberang Laut Merah ke daratan Sinai menuju Jordania. Saat masa Nabi Daud (dikenal sebagai King David), Bani Israil berhasil masuk tanah Jerusalem sampai masa Nabi Sulaiman di tahun 963 SM. Dengan izin Allah SWT, Nabi Sulaiman mendirikan Istana terbesar pada saat itu beserta Masjidil Aqsa di dalamnya. Namun bangsa Yahudi meyakini bahwa bangunan yg dibuat Nabi Sulaiman ini dikenal sebagai Kuil Pertama (rumah ibadah pertama bagi mereka).

Namun begitu setelah wafatnya Nabi Sulaiman as, kerajaan ini terbelah menjadi 2, yaitu Kerajaan Israel dg ibu kota Sikhem dan Kerajaan Yehuda dg ibu kota Jerusalem. Kedua kerajaan ini sempat diserang kerajaan Assyria pd abad ke 7, sehingga kota Sikhem hancur.

Pada masa Raja Babylonia, Nebukatnezar, tahun 587 SM, Istana Nabi Sulaiman ini dihancurkan dan Bani Israil terdesak keluar Jerusalem. Pada masa Raja Persia, Cyrus, tahun 539 SM, sebagian bangsa Yahudi tersebut dapat kembali ke Jerusalem. Kemudian dg izin Darius Agung, penguasa dari Persia saat itu, mereka membangun bangunan yang disebut sebagai Kuil Kedua, beserta kota Jerusalem dan temboknya, dipimpin oleh Nehemia sekitar 515 SM - 444 SM di tempat yg sama dimana dulu terdapat Istana Nabi Sulaiman. Lalu haikal jni sempat dijarah pasukan Raja Syria, Antiokus Epipanes pd 170 SM. Pada 63 SM Romawi kembali menyerbu, dipimpin oleh Pompei. Pada tahun 37 SM, saat masih pendudukan Kerajaan Romawi di Jerusalem, Raja Herod (yg berasal dari bangsa Yahudi) merenovasi Kuil Kedua tersebut.

Pada tahun 6 M, Jerusalem dijadikan propinsi Yudea oleh pemerintahan Romawi. Lalu di tahun 33 M, masa pemerintahan Kaisar Romawi, Pontius Pilatus, di Jerusalem terjadi penyaliban nabi Isa as. Kemudian pemberontakan bangsa Yahudi terjadi pd tahun 66.

Kuil Kedua akhirnya dihancurkan oleh Kaisar Romawi,Titus di tahun 70 setelah Masehi, yang akhirnya Kuil Kedua tersebut diganti menjadi Kuil Dewa Yupiter dan Nama Yerusalem diganti jadi Aelia Capitolina.


B. JERUSALEM MASA PERIODE ISLAM

Kerajaan Romawi (sampai Byzantium) berkuasa di Jerusalem dari tahun 63 SM s/d tahun 636 M, yaitu sampai datangnya Khalifah Umar Bin Khatab. Sementara peristiwa Isra’ Mi’raj Rasullullah SAW terjadi tahun 620 M.

Umar Bin Khatab merebut kota Jerusalem pada tahun 638 dari tangan Romawi Byzantium dan dengan mengadakan perjanjian dengan kaum Nasrani agar tidak menghancurkan Gereja-gereja yg ada di dalamnya. Setelah menandatangani perjanjian yg disebut “Omariya Treaty”. Umar minta Uskup Sophronius utk diantar ke tempat suci umat Kristiani, yaitu ke Gereja Makam Suci atau"Church of Holy Sepulchre". Kemudian saat Dzuhur tiba, Sophronius mempersilakan Sang Khalifah utk shalat Dzuhur di dalam gereja tersebut. Lalu dengan sopan Umar menolak, krn dikuatirkan jika ia melakukan itu, kelak umat muslim akan mendirikan masjid di atas tanah tersebut. Sehingga Umar keluar gereja tsb, tidak jauh dari situ, Umar mendirikan shalat Dzuhur. Tak lama kemudian, umat muslim pun mendirikan masjid di tempat Umar shalat tersebut, yg dipersembahkan sebagai penghormatan kepada sang Khalifah yg berhati mulia ini.




kemudian sang Khalifah meninjau batu tempat Mi’rajnya Rasulullah SAW (kini ada di dalam Dome of Rock – bangunan berkubah warna emas) kemudian mendirikan masjid Umar untuk shalat, yang kini menjadi Masjid Al Aqsa (berkubah warna abu-abu) yg terletak lebih ke depan menghadap arah kiblat (Ka’bah).



Pada masa periode Khalifah Umayyah, tahun 691-692 Abdul Malik bin Marwan membangun bangunan yang sekarang dikenal dengan Dome of Rock atau Kubbah As Sakra dan 2 tahun kemudian memperluas Masjid Umar menjadi Masjid Al Aqsa. Pembangunan diteruskan oleh anaknya, Walid bin Abdul Malik.


Perang Salib I terjadi pada masa periode Dinasti Fatimiyah, tentara Salib (Crusaders) yg dipimpin oleh Godfrey of Boullon, setelah mengepung selama hampir 5 minggu, akhirnya berhasil merebut Jerusalem pd 15 Juli 1099, dengan melakukan pembunuhan brutal termasuk kepada rakyat sipil sehingga menjadikan Jerusalem penuh dg darah saat itu.

Pada Perang Salib ke-3, akhirnya Jerusalem berhasil direbut kembali oleh tentara muslim yg dipimpin oleh Salaudin Al Ayubi pada 2 Oktober 1187 dengan memberi keringanan kepada tentara Salib (setelah dikepung tentara muslim) agar keluar Jerusalem tanpa diserang asalkan mereka keluar tanpa senjata. Tak ada satu orang Kristen pun yg dibunuh dan tidak ada perampasan.

Pada tahun 1306, Jerusalem dikuasai Dinasti Mameluk dari Mesir, kemudian berpindah tangan ke Dinasti Ottoman Turkey pada tahun 1517, yaitu dimulai masa Sultan Salim I, sampai Sultan Hamid II, dimana Jerusalem memasuki era masa Islam yang panjang dimana berbagai suku bangsa hidup di dalam kota tersebut dan tembok Jerusalem diperbaharui.


C. JERUSALEM MASA PERIODE ISRAEL


Pada tahun 1917, akhirnya Jerusalem jatuh ke tangan Inggris, dan menjadikan Jerusalem di bawah Mandat Inggris. Kemudian pada 15 Mei 1948 berdirilah Negara Israel, yang saat itu juga Jerusalem Barat dijadikan ibu kota Negara Israel. Sementara Jerusalem Timur masih dikuasai Jordan. Akhirnya pada 26 Juni 1967, Israel juga merebut Jerusalem Timur dari tangan pemerintahan Jordan, sehingga lengkaplah Jerusalem menjadi daerah kekuasaan Negara Israel.



DOME OF ROCK DAN MASJID AL AQSA

Sementara Masjid Al Aqsa dibangun pertama kali oleh Khalifah Umar bin Khatab, Dome of Rock didirikan pada tahun 689-691, oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan di masa Dinasti Umayyah untuk melindungi batu besar tempat Rasulullah SAW Mi’raj. Kemudian Dome of Rock direnovasi dengan menambahkan kramik Iznik yang bertuliskan Surat Yaasin dan Al Isra’ pada masa Turky Ottoman. Setelah itu terjadi renovasi besar-besaran pada masa pendudukan Jordan yg menggantikan kubah Dome of Rock dengan aluminium dan bronze alloy dari Italia pada tahun 1963-1964. Bangunan Dome of Rock akhirnya dipercantik lagi oleh Raja Husein dari Jordan dengan menambahkan lapisan emas seberat 80kg pada kubahnya, sehingga terlihat indah seperti yang kita lihat sekarang ini. Lalu yang mana yang dimaksud Masjidil Aqsa yang disebut dalam Surat Al Isra’ ayat 1 di dalam Al Qur’an? Yaitu daerah yang membentang dari sekitar Dome of Rock sampai Masjid Al Aqsa yg sekarang. Karena bangunan Masjid Al Aqsa yg sekarang sendiri baru dibangun pertama kali oleh Umar bin Khatab yg awalnya dikenal sebagai Masjid Umar.

Yang perlu kita renungkan tentang Jerusalem atau Baitul Maqdis adalah, mengapa Rumah Allah kedua didirikan di sini? Mengapa Nabi Musa diperintahkan Allah membawa Bani Israil ke tanah ini? Mengapa Nabi Muhammad SAW dibawa dulu ke sini baru di’Mi’rajkan’ ke Sidratul Muntaha utk bertemua Sang Maha Pencipta? Kenapa tidak dari Makkah langsung ke Sidratul Muntaha? Mengapa Rasul meminta umatnya agar mengutamakan pergi ke Masjidil Aqsa ini (selain Masjidil Haram & Masjid Nabawi) sebelum pergi ke tempat lain? Mengapa sejak dahulu, berbagai bangsa datang untuk berperang memperebutkan tempat ini? Mengapa semua manusia akan dikumpulkan di tempat ini datangnya hari Kiamat? Tentu semua ini adalah rahasia Allah yang logika kita masih sangat terbatas dalam menjawabnya.


Sumber: www.carakawisata.com

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ