Kisah Benar! Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat.





Kisah Benar! Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat.
Nukilan..Seorang Insan Yang Menyesal

“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan dipejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”

0 comments:

Post a Comment

Warden Penjara Sungai Buloh Serik Jaga Anwar?






AIDCNews – 11/2/15 – Seorang warden Penjara Sungai Buloh menceritakan pengalamannya yang sukar menjaga Anwar Ibrahim ketika dipenjara pada tahun 1999-2004.

“Semoga dia (Anwar) bertaubat hendaknya selepas ini..”kata seorang rakan warden itu yang tidak mahu disiarkan namanya, didedahkan laman sebastianphiu.com.

“Mana dia mahu bertaubat, bebas nanti, dia buat lagi le…memang dah perangai rupa tu..”jawab warden itu.

Pendedahan sebastianphiu.com dipetik dari facebook ‘budaksrikinta‘ yang merupakan perbualan di WhatsApp di antara bekas-bekas pelajar sekolahnya.

“Kawan aku bekerja sebagai warden di Penjara Sungai Buloh dan sekarang telah bertugas di Penjara Melaka.
Terpulang pada anda semua ini adalah pengalaman kawan sekelas aku sendiri yang pernah menjaga Anwar dari tahun 1999 hingga 2004,” kata Boodak Sri Kinta.










0 comments:

Post a Comment

BETUL KE MAHKAMAH MALAYSIA NI TAK ADIL???





Seperti yang kita ketahui sebentar tadi, keputusan kes #LiwatII Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara ke atas DS Anwar Ibrahim. Sudah pasti ramai yang menganggap serta menuduh bahawa Mahkamah kita sudah tidak adil, ada campurtangan eksekutive dan sebagainya... Oleh itu jom baca artikel di bawah. 

Mungkin ramai akan terkejut kerana banyak betul keputusan kes memihak kepada mereka sebenarnya. Berikut adalah senarai keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang dari tahun 2009 hingga 2014



Tahun 2009

7 Sept 2009 – Polis dan Kerajaan Malaysia kalah kepada Mustafa Ali, SU PAS :
Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di bangunan Parlimen.
Kerajaan bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000.

Tahun 2010

19 Januari 2010- FELDA kalah kepada peneroka Kemahang :
Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.

Felda diarah membayar RM11 juta kepada sekumpulan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.

14 Disember 2011 : Lim Guan Eng menang lawan Utusan Malaysia :
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menang dalam dua saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia menerima ganti rugi berjumlah RM450,000.


Tahun 2012


24 Mei 2012: Khalid Samad menang lawan Utusan Malaysia :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ‘ Zulkifli bidas Pak Janggut’.

Berita itu melaporkan ‘Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.

19 Jun 2012 : DS Anwar menang lawan Nalla :
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.


22 Jun 2012- Lim Guan Eng menang lawan Utusan :
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan berhubung satu laporan mengenai dakwaan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru


24 Julai 2012: BERSIH 3.0 menang lawan Kerajaan :
Mahkamah Rayuan memutuskan BERSIH 3.0 tidak haram.
Mahkamah Rayuan memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.


31 Julai 2012 : Zunar menang lawan Kerajaan :
SM Anwar atau Zunar, menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010.


30 Ogos 2012 : Nizar Jamaluddin menang lawan Utusan :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan membayar ganti rugi kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin


Tahun 2013


16 Jan 2013 : Anwar menang lawan Khairy :
Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

18 Januari 2013 : Khalid menang lawan Utusan :
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad


21 Jan. 2013 : Anwar menang lawan Utusan Malaysia :
Anwar menang dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun 2012.


4 Februari 2013 : Lim Guan Eng menang lawam Utusan Malaysia :
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah


18 Februari 2013 : Azan Ismail menang lawan Utusan :
Mahkamah perintah Utusan membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana menerbitkan artikel fitnah.


21 Mac 2013 : Pemimpin PAS menang lawan RTM :
Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan RTM bersalah memfitnah YB Nasir Mustafa dari PAS kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan.
Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO membayar sebanyak 120 ribu dan kos sebanyak 30 ribu.


4 Julai 2013 : Nizar menang lawan Utusan :
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada beliau berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.


10 Julai 2013 : Majlis Peguam menang lawan Kerajaan :
Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis menang saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.

Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.


23 Oktober 2013 : ANAK menang lawan Kerajaan dan PDRM :
Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.

Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman.
2014


Tahun 2014

17 FEB 2014: Husam menang lawan NST :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana didakwa memfitnahnya.

28 Februari 2014 : Anwar menang lawan Papa Gomo :
Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam kes samannya terhadap blogger, Papa Gomo (ganti rugi sebanyak RM800.000)


29 april 2014 : Majlis Peguam menang lawan DBKL :
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007.


4 sep 2014: Pemimpin PKR menang lawan FELDA :

Felda kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.




SUMBER: klxpress.com.my

1 comments:

Post a Comment

Polis Tahan Kartunis Zunar Bawah Akta Hasutan








Kartunis Zulkiflee SM Anwar UlHaque berkata sepasukan polis muncul di kediamannya di Bangi malam ini untuk menahan beliau mengikut Akta Hasutan.

Zulkiflee yang lebih popular dengan nama Zunar berkata, pasukan tersebut tiba ke kediamannya di Pantai Dalam kira-kira jam 9 malam ini.

“Saya percaya akan terpaksa tidur di lokap pada malam ini,” kata ketika dihubungi Malaysiakini.

Operasi itu dijalankan susulan satu arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukannya untuk menyiasat Zunar dan juga dua orang MP.

Ia ekoran kenyatan kartunis dan MP berkenaan berhubung kenyataan mereka berhubung pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, kartunis itu dalam tulisannya di Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”






0 comments:

Post a Comment

Ya Allah KepadaMu Ku Bersujud - Saiful Bukhari



Ya Allah, kepadaMu ku bersujud..

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN
Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara
Tuesday, February 10, 2015

0 comments:

Post a Comment

Justice For DS Anwar Ibrahim


Biar gambar berbicara....





















0 comments:

Post a Comment

Liwat II: Anwar Bersalah Liwat Saiful, Penjara Lima Tahun Kekal






PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Keputusan rayuan Anwar itu diumumkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, yang mendengar rayuan Anwar pada November tahun lepas.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan Anwar lucut kelayakkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.





Terdahulu:
Liwat II: Anwar Gagal Rayuan Terakhir

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim-hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 November tahun lepas, Arifin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Pendengaran kes rayuan Anwar, yang pada mulanya ditetapkan untuk dua hari dari 28 Oktober 2014, berlarutan selama lapan hari apabila pihak pembelaan dan pendakwaan membentangkan penghujahan secara panjang lebar dan memetik banyak kes undang-undang.

Anwar, didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang menyatakan bahawa sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah dihukum penjara bagi tempoh sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, di bawah undang-undang, orang yang berumur lebih daripada 50 tahun dikecualikan daripada sebatan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada meliwat Mohd Saiful, atas alasan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin tentang integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada mangsa.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel mungkin terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam memutuskan tentang sampel DNA.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 September, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1.

Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku. -- Bernama




Liwat II: Anwar Masuk Penjara Sungai Buloh

PUTRAJAYA: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih enggan menyerah kalah apabila melaungkan 'reformasi' sebaik kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan Istana Kehakiman di sini untuk ke Penjara Sungai Buloh.

Kenderaan dengan pasukan pengiring itu keluar pada pukul 2.59 petang menerusi pintu belakang kompleks mahkamah itu.



Konvoi pasukan keselamatan bersiap sedia untuk mengiringi kenderaan yang membawa Anwar ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail ke penjara susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya.

Mahkamah sama juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap ketua pembangkang itu sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Berikutan keputusan itu, berlaku kekecohan di kawasan berkenaan apabila penyokong Anwar mencetuskan provokasi terutama apabila kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan mahkamah.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki yang dipercayai penyokong pakatan pembangkang itu ditahan polis untuk siasatan lanjut.



Sumber : www.mstar.com.my


Fakta Kes















KEMASKINI ULASAN HAKIM

YA, Hakim sahkah penetrasi berlaku pada dubur Saiful Bukhari. 377B terpakai sama sekali jika penetrasi sudah dibuktikan.

YA Hakim mengesahkan bahawa @SaifulBukhari merupakan saksi yang boleh dipercayai dan keterangan beliau adalah relevan dan konsisten.

YA Hakim menerima bukti permaidani adalah yang sama sewaktu kejadian liwat berlaku. ‪

YA Hakim juga kata keterangan pakar mengenai sakit tulang belakang Anwar (tertuduh) tidak menghalang tertuduh melakukan seks. 

YA Hakim kata sampel DNA yang diambil dari objek objek sewaktu tertuduh ditahan adalah kukuh dan kuat dan ada bukti kukuh tertuduh gunakan.

YA Hakim, tidak berlaku pemutusan penjagaan sampel DNA dan DNA tak tercemar. Terima kata pakar kimia sampel DNA konsisten. 

Rayuan tertuduh (Anwar Ibrahim) ditolak dan hukuman dikekalkan. Sabitan hukuman atas kesalahan jenayah 377B 

YA Hakim, teori konspirasi politik yang didakwa tertuduh gagal dibuktikan menyamai sampel DNA tertuduh dalam rektum mangsa. 


0 comments:

Post a Comment

Doktor Terkejut Akan Keajaiban Semasa TG Nik Aziz Dirawat




Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam proses rawatan.

Demikian tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya petang tadi.
Menurutnya, Prof Dr berkenaan menyatakan keadaan ayahanda itu di luar daripada buku yang ditulis, itu kuasa Allah.
Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Hari ini kami gembira kerana ayahanda lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, ayahanda telah mampu duduk walaupun agak bersusah payah.

Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya.

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Kata prof dr, "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah".

Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan ciptaan-Nya dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda. Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini. - Harakah Daily

0 comments:

Post a Comment

TANDA TANDA MALAIKAT MAUT MEMBERITAHU AJAL KITA AKAN TIBA

Gambar Hiasan



Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "

Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya.

Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )

Beginilah cara kerja Malaikat Maut.

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "

Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab.

Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian betul- betul ada?

Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "

Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim).

Wallahua'lam.


0 comments:

Post a Comment

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT - GADIS ISLAM JANGANLAH IKUT!!!!








 Gambar asal (atas)


Gambar setelah di ubahsuai dengan melakukan pembedahan (bawah)














1 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ