Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pekerja Rumah Mayat Mengaku Selalu Seks Dengan Mayat




ACCRA - Seorang pekerja sebuah rumah mayat di Ghana membuat pengakuan mengejutkan dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung di sebuah stesyen televisyen, apabila mendakwa dirinya menjalinkan hubungan intim dengan mayat.

Lebih memeranjatkan, Sharkur Lucas dalam temubual itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan mayat wanita selepas diarahkan oleh pegawainya, kononnya sebagai latihan supaya dia tidak lagi takut dengan mayat.

Katanya, dia melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mayat Hospital Pelatih Perubatan Korle Bu di ibu negara Ghana selepas pekerjaannya itu membuatkan wanita menjauhkan diri daripadanya.

Ketika pengacara rancangan televisyen vibeghana.com meminta Lucas menjelaskan maksud tidur dengan mayat, lelaki itu dengan bersahaja menjawab dia melakukan hubungan seks dengan mayat.

“Apabila anda pertama kali belajar tentang pekerjaan di rumah mayat, pegawai atasan akan meminta anda melakukan perkara-perkara sedemikian kerana dengan perbuatan itu anda tidak lagi akan takut,’’ kata Lucas sebagaimana lapor Mail Online.

Dalam temubual kedua dengan stesen televisyen Adom TV, Lucas mendakwa dia sukar untuk mendapat teman wanita selepas pekerjaannya itu membuatkan golongan berkenaan menjauhinya.

“Saya ingin berkahwin, tetapi wanita sering menjauhi saya kerana saya bekerja di rumah mayat. Saya boleh memuaskan diri saya di rumah mayat kerana gadis-gadis tidak mahu membuat janji temu dengan saya,’’ katanya.

Sementara itu, Lucas dilaporkan telah dipecat oleh majikannya dan mendakwa dia juga turut diburu oleh polis. - Utusan


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ