Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Insiden Masjid Nabawi: Saudi bongkar identiti dalang




RIYADH - ARAB SAUDI. Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, kelmarin mendedahkan identiti dalang di sebalik insiden pengeboman berhampiran Masjid Nabawi di Madinah yang telah meragut empat nyawa anggota keselamatan.

Saudi Press Agency memetik kenyataan kementerian itu melaporkan suspek, Naer Musllam Hammad al-Nijaidi, 26, dipercayai mendalangi serangan, Isnin lalu selain mempunyai rekod salah guna dadah.

Selain itu, kementerian itu turut menamakan tiga individu di sebalik kejadian pengeboman di bandar Qatif termasuk Abdulrahman Saleh Mohammed al-Amer, 23, yang pernah diberkas dua tahun lalu kerana terlibat dalam rusuhan mendesak pembebasan tahanan dikaitkan dengan insiden keganasan.

Dua suspek lain adalah Ibrhaim Saleh Mohammed al-Amer dan Abdulkareem Ibrahim Mohammed al-Hasini, masing-masing berumur 20 tahun.

Kesemua suspek didakwa bukan warga negara terbabit.

Difahamkan, siasatan pihak berkuasa telah membawa kepada penahanan 19 suspek termasuk 12 warga Pakistan dan tujuh rakyat tempatan yang dipercayai terlibat dalam siri serangan di Madinah, Qatif dan Jeddah, awal minggu lalu.

Hasil pemeriksaan autopsi menunjukkan penggunaan bahan letupan nitrogliserin yang didakwa sama seperti sebatian ditemui di lokasi pengeboman di parkir kenderaan Hospital Sulaiman Faqih di Jeddah.

Selasa lalu, pihak berkuasa mengenal pasti pengebom di Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Jeddah sebagai warga Pakistan, Abdullah Qalzar Khan, 34.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi ketiga-tiga serangan tersebut. - al-Arabiya


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ