Jom Melawat Bandar 100,000 Khemah di Mina




Melawat Bandar 100,000 Khemah di Mina



Mina adalah sebuah bandar kecil yang terletak di dalam lembah yang rendah di wilayah Makkh, di barat Arab Saudi, kira-kira 8 km ke timur kota suci Mekah. Meliputi kawasan seluas 20 km persegi lembah, khemah meliputi setiap kawasan lapang - sejauh mata memandang, tersusun, baris demi baris. Ia adalah khemah untuk para jemaah haji bermalam dalam tempoh 5 hari setiap musim haji. Pada hari-hari lain disepanjang tahun, Mina hampir ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti.



Terdapat lebih daripada 100,000 khemah berhawa dingin di Mina menyediakan tempat tinggal sementara kepada 3 juta jemaah haji. Khemah-khemah berukuran 8 meter x 8 meter dan dibina daripada gentian kaca yang disalut dengan Teflon untuk memastikan rintangan yang tinggi kepada api.

Pada asalnya jemaah membawa khemah mereka sendiri yang akan didirikan di dataran rata Mina. Selepas haji berakhir, khemah akan dibongkar, segala-galanya dibungkus dan dibawa balik. Kemudian sekitar tahun 1990-an, kerajaan Saudi mengambil inisiatif memasang khemah tetap bagi meringankan jemaah daripada beban perlu membawa peralatan perkhemahan sendiri. Tetapi selepas kebakaran besar yang melanda bandar khemah ini yang membunuh hampir 350 jemaah pada tahun 1997, 'bandar kalis api' sementara telah dibina.



Khemah-khemah dibahagikan kepada beberapa kem, setiap satu mempunyai dinding sendiri, dan disambungkan ke kem-kem lain dengan laluan. Setiap kem dilengkapi dengan dapur, bilik mandi dan kemudahan wuduk. Setiap khemah berkod warna mengikut negara dan nombor, dan semua jemaah sepatutnya mempunyai lencana dengan warna dan bilangan mereka di atasnya.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, bandar ini mengalami perubahan besar-besaran dengan pelaburan kerajaan berbilion-bilion riyal ke dalam banyak projek infrastruktur bagi meringankan ritual fizikal yang memenatkan pada setiap tahun. Rangkaian keselamatan kebakaran yang komprehensif yang terdiri daripada material sensitif haba air pemercik dikaitkan dengan sistem penggera telah dilaksanakan untuk mengelakkan tragedi 1997 daripada berulang.














Sumber: billyinfo.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

SIAPA KULSOOM ABDULLAH??





Warga Amerika kelahiran Pakistan, Kulsoom Abdullah, telah menjadi Weightlifting di kedua-dua negara dan peringkat antarabangsa sejak 2010 tambahan kepada Crossfitting.

Seorang atlet angkat besi Amerika Syarikat, Kulsoom Abdullah adalah satu-satunya atlet wanita Amerika yang berjilbab. Akibat penampilannya ini, ia  kerap mendapatkan kritikan. Berbangsa Pakistan dan dibesarkan di Amerika Syarikat, ibu bapa Abdullah (dilahirkan di Pakistan; bapanya dari Tangi dan ibunya dari Charsadda). PADA 2005, bapa Abdullah meninggal dunia dalam Pakistan, meninggalkan isterinya dan lima anak di mana Kulsoom ialah yang sulung.

Namun berkat kegigihannya dan prestasinya di bidang angkat besi, Ia akhirnya berhasil menjadi atlet angkat besi wanita Amerika Syarikat yang terkenal.

Beberapa pihak pun telah menyokong keputusan Kulsoom untuk mengenakan jilbab saat bertanding. Di samping itu Kulsoom adalah wanita dengan pendidikan tinggi yang bergelar PhD untuk teknik komputer dari Universiti Georgia.


Di peringkat kebangsaan, Kulsoom Abdullah menghadiri National Competition AS pada 2011 , dan pada tahun yang sama dia mewakili Pakistan (di peringkat antarabangsa) di World Weightlifting Championships 2011. Untuk itu Kulsoon bukan sahaja wanita pertama bersaing, tetapi dia juga wanita pertama memakai tudung. Dan tahun ini, Kulsoom mewakili Pakistan di Korea Selatan, di Weightlifting Championships Asia 2012.

Bagaimanapun , pada 2010 selepas berkelayakan untuk bersaing di Open Amerika, Weightlifting Committee AS melarang Kulsoom dari bertanding dalam pertandingan itu disebabkan pengubahsuaian pakaian dan dia  tidak dibenarkan. Peserta terpaksa berpegang teguh pada memakai pakaian tertentu seperti singlet kepada atlet yang mana agak seolah-olah sehelai baju mandi dengan seluar pendek.









*****

Dia mampu mengangkat berat 240 paun dan boleh melakukannya lebih 100 kali. Bagaimanapun, sebagaimana disedari Kulsoom Abdullah sendiri baru-baru ini, dia tidak boleh melakukannya lagi kecuali atlit itu sanggup tidak lagi menutup bahagian kaki dan tangan. Kulsoom, 35, seorang Muslim Amerika berkata mematuhi peraturan sedemikian bermakna dia terpaksa melanggar keperluan prinsip agamanya. Sebaliknya, daripada berputus asa dalam mencapai impiannya bersaing kejohanan mengangkat berat, Kulsoom mahu memperjuangkan dan bertarung agar peraturan antarabangsa sukan dapat dipinda. Kulsoom dilihat satu-satunya wanita di dunia yang mahu bersaing dengan mengenakan hijab — yang menutup bahagian kepala, tangan dan kaki.

Dilema Kulsoom adalah satu daripada antara isu yang tercetus dalam dunia sukan ini, membabitkan wanita Islam yang mahu bertanding, kemungkinan di kalangan mereka buat kali pertama bertanding. “Saya merasakan manis jika dalam mana-mana sukan, seorang wanita yang menutup kaki dan tangannya... (tetapi) masih boleh melibatkan diri (mengambil bahagian),” kata Kulsoom lagi. “Dengan kod pakaian ini, wanita Islam kemungkinan merasakan ia bukan sesuatu yang seharusnya mereka harus lakukan,” katanya dipetik laporan msnbc.com. Kulsoom, yang ibu bapanya berhijrah dari Pakistan, lahir serta dibesarkan di Georgia. Dia mengenakan hijab sejak dari kecil lagi. Pakaian Kulsoom tidak menjejaskan semangatnya. Ketika mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah jurusan rangkaian komputer di Georgia Tech, dia memperoleh tali pinggang kategori hitam dalam tae kwan do. Dia mula menyertai sukan mengangkat berat empat tahun lalu, sebahagian daripada rejimen latihannya. 


Minatnya berterusan sehingga kini. “Saya sudah ketagi h... bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga secara psikologi,” tambah Kulsoom. “Saya telah mencapai tahap yang secukupnya untuk melayakan diri saya ke kelas angkat berat di peringkat kebangsaan pada Oktober 2010,” kata Kulsoom, yang lazimnya menjalani latihan menggunakan pakaian longgar dan lengan panjang. “Itu kali pertama (isu) pakaian muncul,” katanya. Buat masa sekarang, peraturan memerlukan bahagian kaki dan tangan tidak ditutup bagi membolehkan hakim melihat kedudukan siku dan lutut “terkunci” dalam menentukan sama ada angkat berat berjaya ataupun sebaliknya. Kebanyakan pesaing mengenakan pakaian khas dengan lengan pendek dan seluar pendek, dikenali sebagai singlet. Kulsoom berhujah bahawa ada pakaian alternatif — kelengkapan sukan dengan lengan panjang dan seluar ketat — yang boleh memenuhi syarat kesederhanaan dan yang adil kepada semua.

Dia berhujah bahawa mereka juga akan memenuhi keperluan pertandingan. Tetapi apabila dia memohon untuk bersaing dalam kejohanan angkat berat kebangsaan AS tahun ini, yang dijadual diadakan bulan depan Council Bluffs, Iowa, menggunakan pakaian yang sudah diubahsuai, USA Weightlifting, badan penyelia kebangsaan sukan, mempertikaikan tindakan Kulsoom. “Oleh kerana USA Weightlifting ditadbir oleh peraturan International Weightlifting Federation, kita mesti mematuhi peraturan-peraturan itu dan oleh itu, permintaan anda ditolak iaitu mengubahsuai pakaian kejohanan,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif John Duff dalam satu e-mel kepada Kulsoom. Kini, Kulsoom membawa kesnya kepada International Weightlifting Federation. Kulsoom telah menyediakan hujah 43 halaman, memperincikkan opsyen-opsyen pakaian yang menurutnya akan memerlukan keperluan kesederhanaan sebagai seorang Muslim dan seterusnya dibenarkan menyertai pertandingan.


0 comments:

Post a Comment

Kisah Jutawan Yang Membina Semula Kampung Halamannya





CHINA: Seorang Jutawan dari China bukan sahaja kaya tetapi amat baik hati apabila telah membina rumah baru kepada penduduk kampungnya dengan percuma.


Xiong Shuihua dikatankan telah merobohkan semua rumah-rumah kayu yang ada di kampung nya dan membina rumah mewah kepada 18 keluarga secara percuma di kampung Xiongkeng di Xinyu sebagai tanda menghargai mereka sebagai jiran tetangganya yang baik semasa beliau membesar di situ.

Beliau sekarang sudah berjaya dan kaya dan berfikir cara yang terbaik untuk membalas budi dan menolong orang-orang kampungnya dengan cara ini kerana rumah-rumah asal dilihat terlalu daif.

Pembinaan rumah-rumah tersebut telah melibatkan kos kira-kira £4 juta. Selain membina rumah tersebut beliau juga menyediakan makanan secara percuma tiga kali kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usul saya,’’ katanya

Menurut seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata, bukan setakat Xiong Shuihua sahaja yang baik hati, kebaikan yang datang dari beliau ini sebenarnya diwarisi oleh ibu bapanya yang memang terkenal dengan kebaikan mereka menolong orang.











0 comments:

Post a Comment

LUKISAN HIDUP OLEH MERUZHAN KHACHATRYAN















0 comments:

Post a Comment

Bedah Punggung Paling Popular Di England???




Untuk mendapatkan punggung yang indah wanita Inggeris saat ini banyak menempuh cara cepat, yakni dengan implan punggung. Pembesaran tersebut kini menjadi operasi kecantikan paling popular di Negeri Ratu Elizabeth itu.

Jika beberapa waktu lalu, operasi pembesaran payudara sangat popular, kini para wanita Inggeris beralih ke pembesaran punggung. Seperti dilapor dari Female First, alasan wanita membesarkan punggung kerana mereka ingin lebih percaya diri dan menarik secara seksual.

Padahal di balik keseksian punggung kerana implan itu, ada efek yang membahayakan. Penyanyi hip-hop Inggeris Claudia Aderotimi meninggal setelah doktor ilegal memasukkan silikon ke bahagian punggungnya.




Sejak kes Claudia tersebut belum ada penelitian lebih lanjut tentang efek buruk dari implan punggung. Namun para dokter menyarankan agar memilih ahli yang profesional dan berkelayakan ketika memutuskan untuk mengoperasi punggung.

Dr Dai Davies, ahli bedah kosmetik menanggapi tentang implan punggung. Menurut doktor Inggeris itu, pembesaran punggung semakin popular, sayangnya ramai orang yang melakukannya dengan doktor tak berkelayakan.

"Implan punggung di Inggeris belum pernah sepopular seperti sekarang ini. Akan tetapi banyak orang yang mengunjungi alternatif doktor yang lebih murah. Kita melihat ada konsekuensi yang mengerikan ketika memilih doktor ilegal," ujar Davies.

Daripada menempuh jalur berisiko, sebaiknya pilih cara alami untuk memperbesar punggung.

0 comments:

Post a Comment

Fakta SAINS Tentang KAABAH Yang BARAT Sembunyikan!!





Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang mungkin ramai tak tahu. 

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Rekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



0 comments:

Post a Comment

Baobab Kisah Pokok Terbalik





Adansonia Digitata atau Pokok Baobab merupakan pokok aneh yang boleh ditemui di Afrika dan Australia. Baobab dikenali sebagai pokok terbalik kerana memiliki daun yang sedikit dan memiliki ranting yang kelihatan seperti akar kayu.

Menurut cerita dongeng yang kononnya dijadikan lagenda, ianya menceritakan bahawa Dewa Thora tidak menyukai Baobab yang tumbuh di kebunnya lalu mencampakkan pokok itu dari syurga ke bumi. Walaubagaimana pun, pokok tersebut mendarat dan tumbuh dalam posisi terbalik.

Versi dongeng lain pula menyatakan bahawa pokok tersebut ditanam oleh dewa tapi pokok tersebut terus berjalan, lalu tuhan menarik pokok tersebut ke atas dan menanamnya secara terbalik bagi mengelakkannya dari terus bergerak.

Pokok ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 5 hingga 30 meter dan memiliki diameter 7 hingga 11 meter. Ia juga boleh hidup selama ribuan tahun. Penduduk setempat menggunakan pokok Baobab untuk membuat jaring ikan, tali, karung dan pakaian.






0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ