Gambar Viral Kanak2 Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis



Gambar Viral Kanak-Kanak Fasih Berbahasa Malaysia Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis




KOTA BHARU: Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kelantan hari ini menafikan dakwaan yang menjadi viral di laman sosial kononnya seorang kanak-kanak fasih berbahasa Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.


Memetik laporan BERNAMA, Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan berkenaan pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014.




"Perkara ini telah di viralkan pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi bernama turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu.

"Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini," katanya


Sumber: astro awani


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ