Lelaki Maut Akibat Terkena Mercun Di Johor

Lelaki Maut Akibat Terkena Mercun Di Johor

Rasanya baru pertama kali mendapat berita bangsa cina maut terkena mercun di musim perayaan mereka

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja am sebuah kilang maut akibat bermain mercun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Permas Jaya di sini.

Mercun yang dibakar Sze Joon Choon, 36, ketika tengah malam tadi dilaporkan terkena mukanya sehingga cedera teruk.

Dia dikejarkan anggota keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah dan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

2 comments:

Post a Comment

Rahsia Berjalan Atas Api

Rahsia Berjalan Atas Api


Api sebagai satu kuasa telah wujud sejak zaman dinosaur lagi. Malah kepercayaan manusia terhadap kuasa alam meletakkan api, tanah, air dan angin sebagai elemen kehidupan.

Di antara empat elemen itu, kuasa api sangat mendalam hingga ia dijadikan simbolik dalam sesebuah kebudayaan masyarakat di dunia. Ia juga cukup berkuasa malah digunakan sebagai alat medium menyembuhkan penyakit, menguji ketentuan nasib seseorang serta menentukan kebenaran.

Di benua Asia, api memang satu punca kuasa yang agung. Kepentingannya sebagai alat spiritual telah lama dipercayai mengandungi kuasa-kuasa magis. Malah ia juga turut dikaitkan dengan kuasa paranormal yang ghaib.

Rahsia Berjalan Atas Api

Masyarakat Asia juga menggunakan api sebagai prosesi penyembuhan, upacara keagamaan, cara mendapatkan restu dan sebagainya. Ada di antaranya memerlukan seseorang itu berjalan atas api.

                                                                                                     Klik read more untuk bacaan selanjutnya

7 comments:

Post a Comment

Derita Kemaluan Mereka Dipotong

Derita Kemaluan Mereka Dipotong


Dalam sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai tradisi aneh dan ngeri yang pernah dicatatkan. Salah satu daripadanya ialah kembiri iaitu memotong kemaluan.

Catatan paling awal menunjukkan tradisi kembiri sebenarnya berasal dari kota Lagash, Sumeria pada abad ke-21 sebelum Masihi lagi. Selepas itu, tradisi ini terus berkembang merentasi benua yang berfungsi di dalam pelbagai kebudayaan dan tamadun manusia.

Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk hukuman. Pelaksanaan hukuman ini bertujuan untuk menghukum pesalah yang melakukan perkara sumbang, sekali gus untuk menjaga maruah pihak keluarga wanita yang dirogol. Bagaimanapun, tujuan asal ini berubah dari semasa ke semasa mengikut kepentingannya dalam sesuatu tamadun.

Klik read more untuk bacaan selanjutnya

3 comments:

Post a Comment

Hebat!! Video Melukis Menggunakan Zakar

Video Melukis Menggunakan Zakar

 Pricasso dari Maxico seorang artis yang mempunyai bakat yang amat luar biasa memukau ramai orang dengan aksi bersahajanya iaitu melukis menggunakan zakarnya.

Jom layan video di bawah



1 comments:

Post a Comment

Sawah Padi Lereng Bukit Yang Menakjubkan Di Filipina

Bukan hanya di Filipina, pemandangan indah seperti ini juga boleh ditemui di negara China dan Jepun.

Sawah Padi Lereng Bukit Yang Menakjubkan Di Filipina


Sawah Padi Lereng Bukit Yang Menakjubkan Di Filipina

Sawah Padi Lereng Bukit Yang Menakjubkan Di Filipina

3 comments:

Post a Comment

Maybank Nafi Mesin ATMnya Tidak Berfungsi Hingga Isnin ini

Maybank Nafi Mesin ATMnya Tidak Berfungsi Hingga Isnin ini



KUALA LUMPUR 31 Jan. – Maybank hari ini menjelaskan bahawa semua mesin juruwang automatik (ATM) miliknya beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh cuti ini.

Jurucakap Maybank berkata demikian sebagai membetulkan kesilapan laporan Berita Harian hari ini dan menegaskan bahawa tiada gangguan dengan perkhidmatan ATM Maybank.

“ATM kami dan semua sistem perbankan lain beroperasi sepenuhnya dan adalah tidak benar (dalam laporan itu) bahawa akan berlaku gangguan pada sistem perbankan kami sehingga tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan tiga para di sini hari ini. – BERNAMA

1 comments:

Post a Comment

Transport in Australia Really Amazing



Transport in Australia Really Amazing

Transport in Australia Really Amazing

Transport in Australia Really Amazing


3 comments:

Post a Comment

Khasiat Telur Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Telur Yang Anda Perlu Tahu

Bila bercakap pasal telur, ramai yang membayangkan serta mengaitkan dengan keberkesanannya memulihkan kesihatan terutamanya tenaga batin bagi kaum Adam.


Namun begitu tahukah anda bahawa telur yang biasa anda makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.

Ini kerana menurut pakar gizi, Amanda Ursell, memberi sarapan telur rebus kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah dapat membantu mereka memberi tenaga dan meningkatkan daya pemikiran mereka.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat telur yang harus anda tahu.

Telur menghilangkan jerawat
Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

Baik untuk mata
Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit 'age-related degeneration' dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.

Menjaga berat badan agar tetap sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Telur baik untuk rambut dan kuku
Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral. - Sumber

0 comments:

Post a Comment

Kaki Terasa Disambar Api Di Masjidil Haram

Kaki Terasa Disambar Api Di Masjidil Haram


Dua kisah yang akan saya ceritakan ini agak aneh. Kisah pertama mengenai seorang jemaah bernama Mansor berusia 30-an yang sebaya dengan saya. Mansor bekerja di Brunei dan bergaji besar. Ini terjadi ketika saya menjadi mutawif membawa jemaah umrah ke Tanah Suci pada tahun 1992. Ketika itu, saya bertugas di sebuah agensi haji & umrah di Brunei. Waktu ibadah umrah pada bulan Desember dalam keadaan tidak terlalu panas dan kami berada di Tanah Suci selama sembilan hari.

Selama berada di Mekah, saya melihat ada keanehan dengan cara Mansor berjalan ketika memasuki kawasan Masjidilharam. Kenapa saya katakan ganjil, kerana saya lihat Mansor berjalan di lantai Masjid dengan berjingkat-jingkat. Lucu juga bila saya lihat keadaan Mansor. Bila telapak kakinya menempel di lantai, cepat-cepat dia angkat kembali. Bayangkan, gaya Mansor berjalan ketika itu seperti sedang berjalan di atas kaca atau duri. Takut betul Mansor hendak menginjak lantai marmar Masjidilharam.

1 comments:

Post a Comment

Kenapa Wanita Dan Lelaki Perlu Cukur Bulu Kemaluan?

Kenapa Wanita Dan Lelaki Perlu Cukur Bulu Kemaluan?


Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5.

“Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!”

Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM 5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.

Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.

“Nah Jah, ambil 50 sen ni!”…tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50 sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. “Ambil duit ini beli pisau cukur!”… Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun…?%$.

“Moral of the story”…kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .

Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah ??? (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata:
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan. - Sumber facebook


0 comments:

Post a Comment

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com






Assalamualaikum.


Mama membuka peluang anda untuk menempatkan blog anda dalam senarai bloglist mama. Semua yang sedia ada akan dibubarkan demi memberi peluang kepada anda. Jika berminat, boleh meletakkan banner ini dalam blog anda dan backlinkkan terus ke blog mama.

Pastikan anda follow blog mama ye. Tamat 31 Januari 2014.

Jangan lupa, sertakan link URL anda dalam kotak komen mama. Pemilihan akan dibuat berdasarkan random dan hanya mereka yang aktif berblog sahaja diterima penyertaannya. Blog yang hanya mengandungi segmen atau GA semata tidak digalakkan.


Selamat bercuti semua.

Harap-harap terpilih lah

7 comments:

Post a Comment

Mengenali Sifat Wanita Melalui Cara Berjalan

Mengenali Sifat Wanita Melalui Cara Berjalan


Tahukah anda bahawa dengan memandang cara seseorang wanita berjalan sahaja sudah terungkap rahsia pada dirinya? Jadi kepada semua wanita, berjaga-jagalah ketika berjalan, mungkin ada orang memerhati tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua. Kalau anda hendak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai cara wanita berjalan cubalah baca artikel ini hingga habis yang Ida copy paste dari group WhatsApp.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. 

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. 

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluki hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. 

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. 

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika korang tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. 

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. 

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. 

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki , badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika korang berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Ini hanyalah berdasarkan kajian sahaja. Tak semestinya semua betul. 

2 comments:

Post a Comment

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam


Kebenaran A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi asal Jepun yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka.

Mereka memeluk Islam bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang sedikit.

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam


Zat methalonids sangat penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan sistem pernafasan.

Zat methalonids akan dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak selepas umur 15 tahun hingga 35 tahun. Selepas usia ini hingga usia 60 tahun, pengeluaran bahan-bahan ini akan berkurang kembali. Dengan demikian, zat methalonids termasuk zat jarang ditemui dalam tubuh manusia. Dalam tubuh haiwan, bahan ini juga didapati sangat sedikit.

Oleh itu, para penyelidik Jepun berusaha mencari bahan methalonids dalam buah-buahan dan mereka hanya mencari dalam dua jenis buah iaitu dari buah tin dan zaitun yang sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak berabad-abad lalu.

Dari penyelidikan, jika mengambil salah satu dari dua buah tersebut tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan. Menurut mereka, jika satu biji buah tin dicampur menjadi satu dengan enam biji buah zaitun, maka hasil yang diharapkan dapat tercapai dengan baik .

Pada suatu masa lalu, para penyelidik Jepun ini berhubung dengan seorang doktor berbangsa Arab Saudi. Doktor Saudi ini meneliti penggunaan kata tin dan zaitun dalam Al-Quran. Dia mencari kata " tin " disebutkan sebanyak satu kali dan kata " zaitun " secara tegas sebanyak enam kali dan satu kali secara tersirat. Akhirnya, doktor ini menghantar seluruh maklumat dari Al-Quran kepada mereka dan setelah yakin atas ketepatan maklumat, mereka pun menyatakan memeluk Islam.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

1 comments:

Post a Comment

Cara-Cara Buat Tattoo

Cara-Cara Buat Tattoo

Cara-Cara Buat Tattoo

2 comments:

Post a Comment

Cara-Cara BerKhatan Anak Perempuan

Cara-Cara BerKhatan Anak Perempuan

Berkhatan dikalangan lelaki tidak asing lagi bagi masyarakat kita bila umur lelaki itu menjangkau 7 tahun..

Sebaliknya khatan bagi perempuan lain pula. Sejak lahir terus di khatankan dan sudah mengikut tradisi orang melayu khatan bayi perempuan setelah melahir bayi perempuan itu..

Tapi sesetengah negara di asia barat anak perempuan dikhatan pada umur 7 tahun seperti kanak-kanak lelaki, tidak sama seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat melayu di Malaysia.

Bagaimana cara kanak-kanak perempuan di khatan kan..Bawah Ini adalah kaedah Khatan anak perempuan secara pembedahan moden...

Cara-Cara BerKhatan Anak Perempuan

5 comments:

Post a Comment

12 Perkara Untuk Buatkan Suami Terkulai

12 Perkara Untuk Buatkan Suami Terkulai


Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

Berani Berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yang baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum. Contoh pakaian adalah seperti ini.

Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan
anda.

Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

Penuhi Kehendaknya
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.

Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.

Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dalam menikmati percintaan.

Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah semangat suami dalam bercinta.

Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

3 comments:

Post a Comment

Entry Blog Sering Di Rompak Oleh Blog ISU PANAZ


Assalamualaikum wbt....
Ermmm anda mungkin pernah mengalami situasi yang Ida alami ini. Memang banyak artikel-artikel menarik dari blog Ida yang di curi oleh blog ISU PANAZ. Ini bukan pertama kali tapi sudah acapkali.

Sebenarnya Ida takde lah marah sangat cuma rasa terkilan apabila entry baru publish orang dah curi hehehe...memang hebat aminahsanusi89 dari blog ISU PANAS ni... belum sempat kita ping di laman perkongsian dia dah ping dulu dan menjadi hits hehehe....

Dunia blog ni bukanlah luas sangat...akan bertemu juga nak-nak kalau ping artikel di tempat yang sama,  seminit kemudian orang dah dapat kesan dan tangkap si perompak! Kecualilah kalau ping artikel di bulan ke... planet Marikh ke...memang susah nak jumpa. ISU PANAZ ni adalah jenis blog dan blogger yang tidak beretika. 

Merompak hukumnya apa yer? Halal ke pendapatan yang dia dapat melalui iklan-iklan yang dia pasang di blog dia tu? Kalau hukum hudud dah potong tangan ni!!! hahahaha

8 comments:

Post a Comment

Video Postmortem... Yang Lemah Semangat Jangan Tengok!

Video Postmortem... Yang Lemah Semangat Jangan Tengok!


Jom layan Video ngeri di bawah...sedang melakukan kerja-kerja postmortem... Yang lemah semangat jangan tengok



2 comments:

Post a Comment

Gadis Mati Kerana Gugurkan Janin

Gadis Mati Kerana Gugurkan Janin


Gadis ini dipercayai mati kerana menggugurkan janin. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Jika gadis ini Islam, semoga Allah masih mengampunkannya kerana Dia Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang. Itu cerita dia dan bagaimana dengan cerita kita pula??? Jadikan ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran buat diri kita sendiri dan JANGAN HUKUMI DIA...bukan urusan kita untuk menghukumnya...

Gadis Mati Kerana Gugurkan Janin


Gadis Mati Kerana Gugurkan Janin

Gadis Mati Kerana Gugurkan Janin

5 comments:

Post a Comment

Azmin: Bersyukurlah Pemimpin Bertaraf Dunia Bertanding Di Kajang




Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.

"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.

"Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang.

Sementara itu, Azmin juga mencabar Umno mencalonkan pemimpin tertingginya Datuk Seri Najib Razak bersaing merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh itu

“Umno kalau berani mari turun di Kajang, jangan letak MCA jangan letak MIC.

"Kalau berani letak Najib sebab dalam Utusan kata bukan main hebat (dia), lagi pemimpin hebat, pemimpin besar.

"Besar tak besar, mari turun Kajang," katanya dalam taklimat pilihan raya kecil DUN itu kepada lebih 100 jentera pilihan raya PKR.

Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.


Tapi gambar bawah ni memang kelakar!!!!



2 comments:

Post a Comment

Tips Mudah Kempiskan Perut

Tips Mudah Kempiskan Perut


Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.

Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!

5 comments:

Post a Comment

7 Bahagian Tubuh Wanita Menjadikan Suami Hangat

7 Bahagian Tubuh Wanita Menjadikan Suami Hangat


Sesetengah wanita beranggapan rupa paras yang cantik serta bentuk tubuh yang seksi merupakan aset utama untuk memikat hati suami. Sebenarnya daya tarikan pada seorang wanita bukan saja pada wajah atau bentuk tubuh yang menggiurkan. Menurut Medialove.allwomenstalk.com, selain rupa wajah, ada tujuh bahagian tubuh wanita yang membuat kaum lelaki pasangan anda berasa hangat, ghairah dan bangga dengan anda.

1. Kulit Lembut
Lelaki cinta dengan kulit lembut pasangannya. Fikirkan tentang hal ini, kulit lelaki biasanya kasar sehingga mereka sepertinya mahu merasakan sesuatu yang lembut di sekitar mereka ketika berpelukan.

2. Perut
Percaya atau tidak, salah satu bahagian yang disukai kaum lelaki dari tubuh pasangannya adalah bahagian perut. Ramai wanita berusaha melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan lemak perut supaya perut mereka kelihatan lembut dan mungil. Fakta membuktikan laki-laki benar-benar cinta akan perut wanitanya yang lembut kerana perut itu memiliki kemampuan untuk membawa anak mereka nantinya.

3. Belakang Tubuh dan Belakang Leher
Lelaki suka saat mencium pasangannya di bahagian belakang dan leher serta benar-benar merasa cinta untuk menyentuh di wilayah tersebut. Bahagian belakang leher adalah seksi dan unik dari tubuh wanita.

4. Lengan
Laki-laki suka tentang kekuatan lengan pasangannya tetapi dari sisi lain mereka mahu lengan pasangannya kelihatan begitu lembut.

5. Punggung
Itu fakta yang sudah diketahui umum bahawa lelaki mencintai punggung pasangannya. Punggung adalah bahagian tubuh wanita yang terlihat seksi.

6. Betis
Semua orang cinta kaki, namun secara khusus mereka mencintai betis. Lelaki begitu prihatin melihat bagaimana pasangannya berjalan, meskipun kekasihnya tidak memiliki kaki jenjang bak model Kris Jenner.

7. Tulang Selangka [bahu]
Akhirnya, bahagian terakhir tubuh wanita yang mungkin tanpa disedari begitu dicintai para pria ialah tulang selangka, tulang yang membentuk bahu dan menghubungkan lengan atas pada batang tubuh. Hal itu kerana bahagian tubuh yang terlihat sedikit misterius dan sangat indah apabila dipakaikan baju atau gaun apapun. Mereka mudah teringin untuk menciumnya, serta benar-benar dapat menarik semua perhatian!





3 comments:

Post a Comment

Peristiwa di Mesir Sebagai Fitnah Akhir Zaman?

Kumulakan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Junjungan kemuliaan dan sanjungan buat Padukan Baginda Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda saw.

Wahai Allah yang Maha Mengetahui, Wahai Rasul yang mulia lagi terpuji. Hamba berharap tulisan ini tidak lari dari kebenaran. Moga-moga hamba dilindungi dari melakukan fitnah ke atas Allah dan rasulNya jika hamba tersilap. Sesungguhnya kebenaran milik Allah yang Maha Agung serta RasulNya yang dikasihi.

Assalamualaikum buat para pembaca sekaliannya.

Peristiwa di Mesir Sebagai Fitnah Akhir Zaman

Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan tragedi berdarah di Mesir. Pertelingkahan politik yang membawa kepada pertumpahan darah. Pertelingkahan antara penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammad Morsi dan pihak berkuasa Mesir yang diketuai Jeneral Tentera Abdul Fattah Al-Sisi

Berlaku pembunuhan demi pembunuhan yang menggerunkan bagi siapa yang melihatnya. Tragedi yang berlaku di Syria kini berjangkit di Mesir.


Saya tidak menyokong kedua-dua baik Kerajaan Mesir mahupun pihak Ikhwanul Muslimin.

Saya tidak mahu melihat tragedi ini menurut perspektif manusia tapi saya mahu melihat tragedi ini dari perpektif Rasulullah saw, insan teragung yang diutuskan Allah ke dunia.

Adakah kita utamakan pendapat manusia lebih dari Paduka Baginda Rasulullah saw

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah banyak peristiwa haraj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah haraj itu? Beliau menjawab: Pembunuhan, pembunuhan. (Shahih Muslim No.5143)

Klik read more untuk baca selanjutnya

1 comments:

Post a Comment

Maksud Tersirat Hadiah Pemberian Pasangan

Maksud Tersirat Hadiah Pemberian Pasangan


Kepada pasangan yang bercinta...jom layan seketika...

1). JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu.

2). CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.

3). GELANG TANGAN - Tanda mesra

4). RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.

5). SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

6). KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.

7). PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

8). PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

9). MINYAK WANGI - Tanda cinta

10). BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

11). BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

12). BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang

13). COKLAT - Semanis cintamu.

14). LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan

15). SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

16). HANDPHONE - Tandanya…kau jangan lari dari ku!!!!…akan ku mencari mu walau dimanapun…(melainkan kalau handphone itu ditutup)

Tetapi…hadiah yang paling berharga dan di nanti-nanti…adalah

Maksud Tersirat Hadiah Pemberian Pasangan


17). MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai…!


Sumber facebook

3 comments:

Post a Comment

Anak Minta Ziana Zain Berhijab

Anak Minta Ziana Zain Berhijab


Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46 mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat.

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.

“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu.

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.

“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi.

Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.

Dalam perkembangan lain, Ziana kini dalam proses untuk menerbitkan album terbaru yang memuatkan lapan hingga ke 10 buah lagu. Masih mengekalkan melodi yang sama, penyanyi ini bakal bergandingan dengan adiknya sendiri, Anuar Zain bagi menerbitkan album itu.

“InsyaAllah, album itu nanti akan dilancarkan pada tahun ini. Tetapi saya masih belum tetapkan tarikhnya. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Setakat ini saya sudah punya beberapa buah lagu yang sesuai. Anuar akan jadi penerbit bersama untuk album terbaru ini. Dia yang menawarkan diri untuk membantu saya memandangkan sudah agak lama saya tidak muncul dengan album. Kali ini album saya akan tampilkan sedikit kelainan dari segi susunan muzik dan cara penyampaiannnya,” ujar Ziana. - Sumber

Jom layan gambar-gambar Ziana Zain berhijab di sini (klik)

4 comments:

Post a Comment

Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita Sedang Datang Bulan

Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita Sedang Datang Bulan


Hadiahkan coklat kepadanya. Pasti si dia gembira menerimanya . Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu.

Buktikan peranan lelaki perlu untuk memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang minggu itu.

Lelaki sering kena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanitanya bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujian cantik lebih –lebih

Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

Bila si keksaih mula bertanyakan badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit apa yang dia makan semalam.

Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaanya.

Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meniggikan suara.

Adakah lebih baik jika kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan serasi hidup.

Bagi suami belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

4 comments:

Post a Comment

10 Perkara Yang Lelaki Perlu Rahsiakan Dari Pasangannya

10 Perkara Yang Lelaki Perlu Di Rahsiakan Dari Pasangannya


1. Dia tidak disukai keluarga anda
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

2. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

3. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”
Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.

4. Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

5. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.

6. Jangan jadi ‘anak emak’
Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.

10 Perkara Yang Lelaki Perlu Di Rahsiakan Dari Pasangannya

7. Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

8. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”
Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.

9. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini
Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

10. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.

Sumber Facebook

1 comments:

Post a Comment

10 Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki

10 Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki


Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar perempuan. Fakta oleh Fox News.


10. Nombor Telefon
Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia. 

9. Kedai percuma
Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan tahap ‘HOT’ baik punya kerana apabila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabila keluar, dia akan mula menunjukkan sifat manja berlebihan semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma

8. Parasit
Perempuan jenis parasit ini adalah seseorang yang merasakan diriya tidak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, dia akan terus menghisap segala-galanya daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada dan mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata-katanya adalah murahan semata-mata.

10 Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki


7. Ratu Putar Emosi
Menangis…Menangis…Menangis…. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tetapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula gelabah dan cari jalan untuk buat perempuan berhenti menangis. Kalau kena yang jenis kuat menangis lepas tu manja, sengsara….

6. Fizikal
Kadangkala susah jugak kalau perempuan ni terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tetapi apabila lelaki mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.
“Lelaki tak elok pukul pompuan tau…Dayus...”


5. Kritik
Perempuan tahu malu kalau kena kritik di khalayak umum tapi perempuan tak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan dia telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tak berhari perut sehingga menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.


4. Available
Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tetapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkan bermain cinta dengan lelaki lain dan bagi dia, ianya satu kepuasan!


3. Seks
Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apabila seorang suami mengajak isterinya untuk ehem…ehem.. dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yang memang kejam! Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa…


2. Kawan Vs Awek
Si dia tahu anda akan keluar untuk tengok bola final ‘Liga Juara-Juara’ dengan kawan-kawan, tetapi dia dengan ‘slumber dog’ telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tak datang, putus hubungan. Lepas tu kalau nak join tengok bola tak apalah jugak. Ini cuma hanya sebab nak katakan dia cinta anda dan rindukan anda…


1. Mengurat
Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam apabila dia tahu anda cinta dan sayangkan anda tapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang tidak pernah anda sendiri rasakan..

3 comments:

Post a Comment

KERAJAAN KELANTAN DISAMAN RM230 JUTA

KERAJAAN  KELANTAN DISAMAN RM230 JUTA



KOTA BHARU 26 Januari 2014 - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama

5 comments:

Post a Comment

Gambar Fasha Sanda Bersama Anak

Gambar Fasha Sanda Bersama Anak


Gambar Fasha Sanda Bersama Anak

7 comments:

Post a Comment

Tiang-Tiang Misteri Kelihatan Di Langit

Tiang-Tiang Misteri Kelihatan Di Langit


Imej-imej menakjubkan ini menunjukkan tiang-tiang misteri aliran ringan kelihatan jelas di langit  yang berjaya dirakam di daerah Sigulda di Latvia, Finland pada akhir bulan lepas.

Diambil oleh pereka Aigar Truhins dengan taraf kamera digital, gambar-gambar tersebut dikatakan telah mendorong perbincangan di dalam group di antara ahli-ahli falak amatur di seluruh internet dunia.

Sebahagian pakar bersetuju mungkin ini adalah  hablur ais di air dan memancar ke udara yang berlaku terutamanya ketika cuaca sejuk lalu membentuk tiang-tiang misteri akibat dari pemantulan cahaya dari lampu jalan yang cerah nampak berseri-seri di langit. Di seluruh Eropah telah dipenuhi dengan fenomena alam sedemikian semasa musim sejuk kebelakangan ini.

Atau apakah tiang-tiang misteri ini sama dengan fenomena Aurora yang mana pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh matahari (angin matahari).

9 comments:

Post a Comment

Gambar Peluncur Terhebat Menawan Ombak Setinggi 40 Kaki

Saksikan gambar-gambar peluncur terhebat menawan ombak setinggi 40 kaki di Half Moon Bay Competition, San Francisco. Jom layannnnn

Gambar Peluncur Terhebat Menawan Ombak Setinggi 40 Kaki

Gambar Peluncur Terhebat Menawan Ombak Setinggi 40 Kaki

Gambar Peluncur Terhebat Menawan Ombak Setinggi 40 Kaki

3 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ