Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Rahsia Berjalan Atas Api

Rahsia Berjalan Atas Api


Api sebagai satu kuasa telah wujud sejak zaman dinosaur lagi. Malah kepercayaan manusia terhadap kuasa alam meletakkan api, tanah, air dan angin sebagai elemen kehidupan.

Di antara empat elemen itu, kuasa api sangat mendalam hingga ia dijadikan simbolik dalam sesebuah kebudayaan masyarakat di dunia. Ia juga cukup berkuasa malah digunakan sebagai alat medium menyembuhkan penyakit, menguji ketentuan nasib seseorang serta menentukan kebenaran.

Di benua Asia, api memang satu punca kuasa yang agung. Kepentingannya sebagai alat spiritual telah lama dipercayai mengandungi kuasa-kuasa magis. Malah ia juga turut dikaitkan dengan kuasa paranormal yang ghaib.

Rahsia Berjalan Atas Api

Masyarakat Asia juga menggunakan api sebagai prosesi penyembuhan, upacara keagamaan, cara mendapatkan restu dan sebagainya. Ada di antaranya memerlukan seseorang itu berjalan atas api.

                                                                                                     Klik read more untuk bacaan selanjutnya


Bagi puak Kahuna, Hawai, remaja yang sudah baligh perlu berjalan atas api sebagai menandakan mereka sudah matang untuk menempuhi alam dewasa. Di Jepun pula, perayaan Nagatoro (berjalan atas api) dipersembahkan untuk menyambut ketibaan musim panas. Masyarakat Bushmen Kung pula akan berjalan atas api sebagai lambang keperwiraan sebelum memulakan perburuan.

Bagi masyarakat Melayu, berjalan atas api berkait rapat dengan seni persilatan. Pesilat berjalan atas api sebagai syarat untuk menamatkan sesuatu peringkat persilatan. Ia berupa satu tahap untuk memperkuatkan tenaga dalaman dengan tenaga fizikal.
Rahsia Berjalan Atas Api

Bagaimanapun, di sebuah pusat latihan motivasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), Hopatcong, New Jersey, Amerika Syarikat berjaya melatih pesertanya berjalan atas api. Caranya adalah mudah saja. Mereka hanya mengubah kepercayaan peserta terhadap api dengan menanamkan rasa berani dan yakin. Pihak NLP juga menggunakan khidmat kumpulan sorak bagi menghilangkan tumpuan peserta terhadap rasa sakit.

Menurut Profesor Fizik dari Universiti Pittsburgh, David Willey, perbuatan berjalan atas api tidak pernah ada kaitan dengan kuasa-kuasa ghaib. Ia bukanlah satu magis yang menunjukkan seseorang itu kebal. Malah tidak wujud langsung sebarang unsur supernature yang dapat memberikan kuasa paranormal pada seseorang yang melakukannya.

Semua ini sebenarnya berkait rapat dengan cabang sains yang dipanggil termodinamik. Persoalannya, jika tiada sebarang unsur super, bagaimana pula seseorang yang berjalan atas api tidak melecur. Tidakkah suhu api itu mampu mencecah tahap menghancurkan sel-sel tubuh?

Rahsia Berjalan Atas Api

Jelas Willey, sepanjang dia melakukan persembahan berjalan atas api sewaktu menganjurkan kem-kem motivasi, kulit bawah tapak kakinya tidak pernah melecur. Ini kerana, apabila sampai pada sesuatu tahap, suhu haba daripada api dapat dialihkan dan disejukkan menggunakan beberapa cara. Salah satunya adalah melalui air dalam udara.

Sebenarnya, bahan bakar seperti kayu merupakan penebat yang tidak mengalirkan haba. Jadi penyebaran haba berlaku dalam keadaan yang sangat lemah. Malah perpindahan haba ini tidak berlaku dengan cepat. Ini menyebabkan haba terperangkap di dalam bara. Haba yang terperangkap ini sebenarnya disejukkan oleh abu kayu. Jadi suhunya kekal statik hinggalah tiba masa ia dipijak.

Rahsia Berjalan Atas Api

Haba sebenarnya boleh dipindahkan dari satu medium ke ruang lain. Malah melalui proses pemindahan ini jugalah ia dapat disejukkan. Bagi kes berjalan atas api, tapak kaki merupakan medium pemindahan haba. Haba panas ini dialirkan melalui ke darah lalu di sejukkan. Air peluh juga memainkan peranan dalam memastikan kulit tapak kaki seseorang itu tidak melecur. Lagi pula, seseorang yang berjalan atas api tidak mengambil masa yang lama memijak haba.

Sewaktu kaki diangkat untuk melangkah, haba telah dipindahkan ke udara lalu tapak kaki disejukkan oleh udara lembap. Inilah sebenarnya rahsia kebolehan berjalan atas api.

Bagaimanapun, jelas Willey, dia juga melengkapkan dirinya dengan kekuatan mental dan mencari masa yang sesuai untuk memulakan langkah. Dua persediaan ini penting untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Ini kerana kemalangan boleh berlaku jika kita mula mengelabah.

Sumber - Dark of Mystery


7 comments:

Fuhhh!!!

1 February 2014 at 15:40 comment-delete

isk...isk...macam2

1 February 2014 at 16:01 comment-delete

perghh panjang giler teori dia... apa pun ce kita yg amatur nie try.. hehehe... tak dapek larr... :D

1 February 2014 at 17:36 comment-delete

Entri yang menarik

Jom singgah awksweetgitu.blogspot.com :)

1 February 2014 at 21:17 comment-delete

kuat ketahanan mental dia ni. nak kena twist mind baru dapat buat gamaknya.

1 February 2014 at 22:01 comment-delete

Fuhhhhh. Panjang entrinya. Tapi menarik.

1 February 2014 at 22:36 comment-delete

Macam2....

5 February 2014 at 17:09 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ