Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Klim Tepi Karipap Cara Baru



Sesiapa yang tak pandai nak klim tepi karipap.. boleh cuba cara ini... Jom tengok video di bawah


0 comments:

Post a Comment

Remaja Yang Akan Dibunuh Oleh Dajjal Telah Lahir Di Palestin

Gambar hiasan


Ustaz kata remaja yg bakal dibunuh oleh Dajjal telah pun lahir di Palestin tetapi identitinya di sembunyikan...Ini menandakan bahawa Imam Mahadi akan mumcul. Jom dengar penjelasan ustaz dalam video di bawah.. wallahualam..


0 comments:

Post a Comment

Video Kemaluan Lelaki Berulat




Kemaluan lelaki berulat. Jadi lelaki jagalah aset anda.... jaga kebersihan... jaga pergaulan... menyesal kemudian tidak berguna.

0 comments:

Post a Comment

Video Ira Kaza Gelek Maut Kembali Muncul Di Internet



Belum pun reda isu video tarian gelek , anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Ira Kaza sekali lagi menggemparkan laman sosial apabila muncul satu lagi video.


Tidak diketahui bila video berkenaan dirakam tetapi ia mula tersebar kembali di media-media sosial sejak semalam.

Kali ini, dia dilihat lebih ekstrim apabila menari seolah tanpa seluar dan hanya memakai baju labuh tidur, berbanding sebelum ini yang menggenakan seluar legging.







Video yang berdurasi 28 saat itu dikesan dimuat naik pada semalam dan mula tersebar di aplikasi Whatsapp dan turut dikongsikan di laman perbualan wechat.

Kazar dalam responnya mengenai video pertama dahulu, menyifatkan sebagai ia perlakuan biasa bagi seorang remaja yang meningkat dewasa namun turut meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tomohan yang dilemparkan terhadap dirinya yang dianggap seolah-olah tidak tegas dalam mendidik anak. -MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Peluang Bekerja Dengan Kerabat Diraja Britain, Gaji RM88,665 Setahun



PERHATIAN kepada mereka yang sedang atau berhasrat untuk menukar kerjaya dan mengimpikan untuk bekerja di istana, kini anda berpeluang untuk merealisasikan cita-cita anda!

Pihak Istana Buckingham, London kini mencari pekerja bagi mengisi beberapa jawatan khas antaranya termasuklah mencari pencuci pinggan Diraja dengan menawarkan gaji yang cukup lumayan iaitu sebanyak £ 17,000 (RM88,665) setahun.

Selain berpeluang bekerja dengan Ratu Elizabeth II, pemohon yang diterima bekerja akan menikmati pelbagai faedah seperti mendapat cuti tahunan sebanyak 33 hari, 15 peratus sumbangan pelan persaraan serta dibenarkan tinggal di Istana Buckingham, selain makanan dan minuman akan turut disediakan.

Memetik laporan portal Mail Online, iklan jawatan kosong tersebut telah dimuat naik di laman sesawang Istana Buckingham, dimana tarikh tutup permohonan bagi jawatan pencuci pinggan Diraja adalah pada 20 Julai 2016.










Menariknya, pemohon tidak perlu memiliki sebarang pengalaman kerana latihan intensif akan disediakan oleh pihak istana selepas pemohon berjaya melepasi proses tapisan dan sah diterima bekerja.

Antara syarat lain yang dinyatakan adalah pemohon perlu mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, menepati masa, mempunyai minat mendalam terhadap karier, sanggup bekerja keras dan bersifat agresif.

Iklan tersebut menambah: “Anda akan membantu pasukan dengan mengekalkan persekitaran yang bersih, memastikan tukang masak dan pembantu mempunyai semua keperluan yang diperlukan dalam menyediakan beratus-ratus hidangan kepada pekerja setiap hari.

“Anda akan membersihkan peralatan dan perkakas dapur yang digunakan setiap hari serta membantu dalam penyediaan makanan.”

Menurut iklan tersebut lagi, pemohon yang berjaya akan berkhidmat untuk kediaman milik kerabat Diraja lain apabila diperlukan.

Jadi, kepada mereka yang berminat, selamat mencuba!


Sumber: www.malaysiandigest.com


1 comments:

Post a Comment

Lim Guan Eng telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.



Lim Guan Eng telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.

---------------------------------------
Satu ayat yang biasa digunakan DAP (dan yang terbaru oleh Mat Sabu di luar pejabat SPRM Pulau Pinang) adalah “Lim Guan Eng telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.”

Malangnya, ianya tidak berapa tepat, separuh pun tidak. Mungkin 10% daripadanya adalah tepat.
Tahukah anda, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cukup membenci kesungguhan Gopal Sri Ram, ketua pembelaan Anwar di dalam rayuan Kes Liwat II?

Ini apa yang sebenarnya berlaku.
Pada 1997, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana dengan sengaja dan berniat jahat mencetak berita palsu di bawah Akta Penerbitan Dan Pencetakan 1984 dan di bawah Akta Hasutan 1948.

Lim Guan Eng telah didapati bersalah menyebarkan tuduhan yang Ketua Menteri Melaka ketika itu, Rahim Tamby Chik telah merogol seorang gadis bawah umur.

Hukuman asal beliau hanyalah denda maksimum RM5,000 untuk dakwaan hasutan dan RM10,000 untuk ‘berita palsu’ tetapi tiada hukuman penjara.
Kes itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Pada 1998, Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu Gopal Sri Ram berkata, “Sudah tiba masanya mahkamah ini menghantar mesej yang jelas yang ia tidak lagi boleh bertolak ansur ke atas serangan terhadap badan kehakiman.”
http://www.limkitsiang.com/archive/1998/April98/sg985.htm

(Menariknya, bertahun kemudian, Gopal Sri Ram menjadi ketua pembelaan Anwar untuk kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan pada awal tahun 2015 - yang beliau kalah dan Anwar ke penjara)
Kemungkinan kerana tidak gembira dengan serangan terus-terusan oleh Lim Guan Eng dan peguamnya terhadap Mahkamah, Gopal telah menaikkan hukuman dari denda RM15,000 kepada penjara 36 bulan.
Dan Lim Guan Eng pun ke penjara. Tetapi bukan untuk 36 bulan.

Selepas beberapa siri rayuan, Lim dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Beliau, bagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.

Maka, Lim Guan Eng masuk penjara kerana mengedarkan berita palsu dan menghasut dan menggunakan kes Rahim Tamby Chik ini untuk menaikkan kemarahan orang ramai.
Tetapi adakah kes rogol itu benar-benar terjadi dan patutkah Lim Guan Eng mempertahankannya?

DAP berterusan berkata Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan gadis melayu yang telah dirogol.

Kemudian Rahim Tamby Chik telah menyaman DAP dan beliau menang dan ini yang sebenarnya terjadi, seperti yang dijelaskan DAP di dalam kenyataan mereka bertarikh 21 Oktober 2003. http://dapmalaysia.org/all-arc…/…/2003/oct03/bul/bul2287.htm
-------
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada pagi ini menarik balik saman fitnah beliau terhadap DAP yang berkaitan dengan buku yang diterbitkan oleh DAP “Lim Guan Eng - MP In Jail” dan poster 'Sympathy, Support and Solidarity with Lim Guan Eng' selepas Peguam Bela DAP Karpal Singh membacakan kenyataan berikut oleh dan bagi pihak DAP. Tiada arahan untuk penyelesaian bersama.

Kenyataan oleh Parti Tindakan Demokratik:
Kami, Parti Tindakan Demokratik , dengan ini merujuk kepada buku yang diterbitkan oleh kami yang bertajuk “Lim Guan Eng - MP di dalam Penjara” dan juga poster kempen yang dimulakan oleh kami yang berkaitan dengan plaintif, Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik, dan kami di sini ingin membuat kenyataan berikut:

1) Kami mesti menekankan bahawa tuduhan yang kami buat yang berkaitan dengan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terkandung di dalam buku dan poster kerana kami mempercayai ianya benar pada ketika itu berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Pendek Binti Ahmad kepada Lim Guan Eng dan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop dan ACP Mok di Mahkamah Tinggi Melaka untuk perbicaraan jenayah Nos: 45-2-1995 and 45-3-1995 (Pendakwa Raya Lawan Lim Guan Eng)

2) Walaubagaimanapun, apabila melihat perkara yang terjadi selepas itu, terutamanya
(a) penarikan semula dakwaan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop yang telah tertakluk kepada pengakuan bersumpah; dan
(b) fakta bahawa tuduhan yang sama dibuat oleh Majalah Time dan Majalah Asiaweek telah ditarik balik dan permohonan maaf telah diberikan kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik;
Kami kini menyedari asas dakwaan yang telah kami buat terhadap Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam buku dan poster tersebut tidak lagi wujud dan berdasarkan ini, tuduhan yang disebutkan kini adalah tidak berasas.

3) Kini, kami telah kesal di atas perkara-perkara yang telah terjadi yang melibatkan kesemua pihak, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Thamby Chik dan keluarga, yang mengalami keperitan dan tekanan disebabkan oleh peristiwa ini.
(21st October 2003)
-------
Adalah jelas majalah Asiaweek dan Time telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik.
DAP juga menarik balik dakwaan rogol dan membaca kenyataan tersebut di dalam mahkamah.

Maka, apa yang berlaku lepas itu adalah Lim Guan Eng terbukti bersalah menyebarkan berita palsu dan mencetuskan kemarahan rakyat dengan dakwaan rogol (yang telah ditarik balik dan permohonan maaf oleh pelbagai pihak telah diterima) - maka penghakiman mahkamah pada waktu itu terbukti tepat.

Walaubagaimanapun, sama ada perkara ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan atau hanya sekadar denda adalah perkara yang lain tetapi itu hanya boleh ditentukan oleh hakim dan mahkamah.

Lim Guan Eng tidak masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis melayu yang telah dirogol (memandangkan dakwaan ini tidak lagi wujud) tetapi kerana menyebarkan berita yang palsu dan cuba menghasut rakyat berdasarkan dakwaan yang tidak benar.

Sudah tentu, Lim Guan Eng sebagai ahli politik DAP, akan menggunakan apa sahaja isu untuk menentang kerajaan - tetapi malangnya bagi mereka isu ini terbukti tidak berasas pada mata undang-undang dan telah diakui oleh DAP sendiri di dalam kenyataan terbuka mereka di dalam mahkamah.

Tetapi sudah semestinya, DAP akan menyambung menyebarkan dakwaan yang mereka banggakan ini iaitu Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan gadis melayu yang telah dirogol walaupun ianya tidak benar.

Source - Lim Sian See

0 comments:

Post a Comment

Akhirnya Rakyat Iraq Akui Negaranya Lebih Baik Ketika Di Bawah Pemerin­tahan Saddam



Individu yang musnahkan patung Saddam lahir rasa kesal

KADHIM HASSAN AL-JABOURI ketika memecahkan tugu patung Saddam

Individu yang musnahkan patung Saddam lahir rasa kesal


BAGHDAD 9 Julai – Seorang lelaki Iraq yang bertanggungjawab ‘meruntuhkan’ patung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ketika tentera penceroboh dike-tuai Amerika Syarikat (AS) menyerang negara itu pada 2003 kini mengakui rasa menyesal dengan tindakan tersebut.

Lelaki terbabit, Kadhim Hassan Al-Jabouri, 58, turut menegaskan Iraq sememangnya berada dalam keadaan yang lebih baik ketika di bawah pemerin­tahan Saddam.

Malah beliau mahu bekas Presiden AS, George W. Bush serta bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dibicarakan kerana telah ‘merosakkan’ Iraq.

“Saya menyesal kerana me-runtuhkan patung itu. Saya mahu Saddam Hussein kembali. Walaupun beliau membunuh ramai ahli keluarga saya, tetapi beliau jauh lebih baik berban­ding ahli politik yang menguasai Iraq selepas pencerobohan AS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas seorang bekas penjawat awam Britain, John Chilcot me­ngeluarkan laporan yang mengkritik peranan Britain dalam pencerobohan Iraq.

Laporan itu antara lain menyebut pencerobohan ke atas Iraq dilakukan berdasarkan maklumat yang silap.

Patung Saddam setinggi 12 meter ditarik jatuh oleh tentera AS selepas Kadhim dan beberapa penduduk Iraq mengetuk patung berkenaan dengan tukul besi pada 9 April 2003.

Imej mengenai kejadian itu disiarkan secara langsung sebagai lambang menggulingkan pentadbiran Saddam.

Jelas Kadhim, Blair dan Bush perlu dihukum kerana telah menghancurkan Iraq dengan pembohongan mereka.

“Rupa-rupanya memang tidak ada senjata pemusnah besar-besaran di Iraq seperti didakwa mereka,” tambahnya. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ