Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Peluang Bekerja Dengan Kerabat Diraja Britain, Gaji RM88,665 Setahun



PERHATIAN kepada mereka yang sedang atau berhasrat untuk menukar kerjaya dan mengimpikan untuk bekerja di istana, kini anda berpeluang untuk merealisasikan cita-cita anda!

Pihak Istana Buckingham, London kini mencari pekerja bagi mengisi beberapa jawatan khas antaranya termasuklah mencari pencuci pinggan Diraja dengan menawarkan gaji yang cukup lumayan iaitu sebanyak £ 17,000 (RM88,665) setahun.

Selain berpeluang bekerja dengan Ratu Elizabeth II, pemohon yang diterima bekerja akan menikmati pelbagai faedah seperti mendapat cuti tahunan sebanyak 33 hari, 15 peratus sumbangan pelan persaraan serta dibenarkan tinggal di Istana Buckingham, selain makanan dan minuman akan turut disediakan.

Memetik laporan portal Mail Online, iklan jawatan kosong tersebut telah dimuat naik di laman sesawang Istana Buckingham, dimana tarikh tutup permohonan bagi jawatan pencuci pinggan Diraja adalah pada 20 Julai 2016.










Menariknya, pemohon tidak perlu memiliki sebarang pengalaman kerana latihan intensif akan disediakan oleh pihak istana selepas pemohon berjaya melepasi proses tapisan dan sah diterima bekerja.

Antara syarat lain yang dinyatakan adalah pemohon perlu mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, menepati masa, mempunyai minat mendalam terhadap karier, sanggup bekerja keras dan bersifat agresif.

Iklan tersebut menambah: “Anda akan membantu pasukan dengan mengekalkan persekitaran yang bersih, memastikan tukang masak dan pembantu mempunyai semua keperluan yang diperlukan dalam menyediakan beratus-ratus hidangan kepada pekerja setiap hari.

“Anda akan membersihkan peralatan dan perkakas dapur yang digunakan setiap hari serta membantu dalam penyediaan makanan.”

Menurut iklan tersebut lagi, pemohon yang berjaya akan berkhidmat untuk kediaman milik kerabat Diraja lain apabila diperlukan.

Jadi, kepada mereka yang berminat, selamat mencuba!


Sumber: www.malaysiandigest.com




1 comments:

wah...selamat hari raya

13 July 2016 at 19:36 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ