Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Akhirnya Rakyat Iraq Akui Negaranya Lebih Baik Ketika Di Bawah Pemerin­tahan Saddam



Individu yang musnahkan patung Saddam lahir rasa kesal

KADHIM HASSAN AL-JABOURI ketika memecahkan tugu patung Saddam

Individu yang musnahkan patung Saddam lahir rasa kesal


BAGHDAD 9 Julai – Seorang lelaki Iraq yang bertanggungjawab ‘meruntuhkan’ patung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ketika tentera penceroboh dike-tuai Amerika Syarikat (AS) menyerang negara itu pada 2003 kini mengakui rasa menyesal dengan tindakan tersebut.

Lelaki terbabit, Kadhim Hassan Al-Jabouri, 58, turut menegaskan Iraq sememangnya berada dalam keadaan yang lebih baik ketika di bawah pemerin­tahan Saddam.

Malah beliau mahu bekas Presiden AS, George W. Bush serta bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dibicarakan kerana telah ‘merosakkan’ Iraq.

“Saya menyesal kerana me-runtuhkan patung itu. Saya mahu Saddam Hussein kembali. Walaupun beliau membunuh ramai ahli keluarga saya, tetapi beliau jauh lebih baik berban­ding ahli politik yang menguasai Iraq selepas pencerobohan AS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas seorang bekas penjawat awam Britain, John Chilcot me­ngeluarkan laporan yang mengkritik peranan Britain dalam pencerobohan Iraq.

Laporan itu antara lain menyebut pencerobohan ke atas Iraq dilakukan berdasarkan maklumat yang silap.

Patung Saddam setinggi 12 meter ditarik jatuh oleh tentera AS selepas Kadhim dan beberapa penduduk Iraq mengetuk patung berkenaan dengan tukul besi pada 9 April 2003.

Imej mengenai kejadian itu disiarkan secara langsung sebagai lambang menggulingkan pentadbiran Saddam.

Jelas Kadhim, Blair dan Bush perlu dihukum kerana telah menghancurkan Iraq dengan pembohongan mereka.

“Rupa-rupanya memang tidak ada senjata pemusnah besar-besaran di Iraq seperti didakwa mereka,” tambahnya. – REUTERS



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ