Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lim Guan Eng telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.



Lim Guan Eng telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.

---------------------------------------
Satu ayat yang biasa digunakan DAP (dan yang terbaru oleh Mat Sabu di luar pejabat SPRM Pulau Pinang) adalah “Lim Guan Eng telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.”

Malangnya, ianya tidak berapa tepat, separuh pun tidak. Mungkin 10% daripadanya adalah tepat.
Tahukah anda, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cukup membenci kesungguhan Gopal Sri Ram, ketua pembelaan Anwar di dalam rayuan Kes Liwat II?

Ini apa yang sebenarnya berlaku.
Pada 1997, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana dengan sengaja dan berniat jahat mencetak berita palsu di bawah Akta Penerbitan Dan Pencetakan 1984 dan di bawah Akta Hasutan 1948.

Lim Guan Eng telah didapati bersalah menyebarkan tuduhan yang Ketua Menteri Melaka ketika itu, Rahim Tamby Chik telah merogol seorang gadis bawah umur.

Hukuman asal beliau hanyalah denda maksimum RM5,000 untuk dakwaan hasutan dan RM10,000 untuk ‘berita palsu’ tetapi tiada hukuman penjara.
Kes itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Pada 1998, Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu Gopal Sri Ram berkata, “Sudah tiba masanya mahkamah ini menghantar mesej yang jelas yang ia tidak lagi boleh bertolak ansur ke atas serangan terhadap badan kehakiman.”
http://www.limkitsiang.com/archive/1998/April98/sg985.htm

(Menariknya, bertahun kemudian, Gopal Sri Ram menjadi ketua pembelaan Anwar untuk kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan pada awal tahun 2015 - yang beliau kalah dan Anwar ke penjara)
Kemungkinan kerana tidak gembira dengan serangan terus-terusan oleh Lim Guan Eng dan peguamnya terhadap Mahkamah, Gopal telah menaikkan hukuman dari denda RM15,000 kepada penjara 36 bulan.
Dan Lim Guan Eng pun ke penjara. Tetapi bukan untuk 36 bulan.

Selepas beberapa siri rayuan, Lim dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Beliau, bagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.

Maka, Lim Guan Eng masuk penjara kerana mengedarkan berita palsu dan menghasut dan menggunakan kes Rahim Tamby Chik ini untuk menaikkan kemarahan orang ramai.
Tetapi adakah kes rogol itu benar-benar terjadi dan patutkah Lim Guan Eng mempertahankannya?

DAP berterusan berkata Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan gadis melayu yang telah dirogol.

Kemudian Rahim Tamby Chik telah menyaman DAP dan beliau menang dan ini yang sebenarnya terjadi, seperti yang dijelaskan DAP di dalam kenyataan mereka bertarikh 21 Oktober 2003. http://dapmalaysia.org/all-arc…/…/2003/oct03/bul/bul2287.htm
-------
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada pagi ini menarik balik saman fitnah beliau terhadap DAP yang berkaitan dengan buku yang diterbitkan oleh DAP “Lim Guan Eng - MP In Jail” dan poster 'Sympathy, Support and Solidarity with Lim Guan Eng' selepas Peguam Bela DAP Karpal Singh membacakan kenyataan berikut oleh dan bagi pihak DAP. Tiada arahan untuk penyelesaian bersama.

Kenyataan oleh Parti Tindakan Demokratik:
Kami, Parti Tindakan Demokratik , dengan ini merujuk kepada buku yang diterbitkan oleh kami yang bertajuk “Lim Guan Eng - MP di dalam Penjara” dan juga poster kempen yang dimulakan oleh kami yang berkaitan dengan plaintif, Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik, dan kami di sini ingin membuat kenyataan berikut:

1) Kami mesti menekankan bahawa tuduhan yang kami buat yang berkaitan dengan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terkandung di dalam buku dan poster kerana kami mempercayai ianya benar pada ketika itu berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Pendek Binti Ahmad kepada Lim Guan Eng dan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop dan ACP Mok di Mahkamah Tinggi Melaka untuk perbicaraan jenayah Nos: 45-2-1995 and 45-3-1995 (Pendakwa Raya Lawan Lim Guan Eng)

2) Walaubagaimanapun, apabila melihat perkara yang terjadi selepas itu, terutamanya
(a) penarikan semula dakwaan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop yang telah tertakluk kepada pengakuan bersumpah; dan
(b) fakta bahawa tuduhan yang sama dibuat oleh Majalah Time dan Majalah Asiaweek telah ditarik balik dan permohonan maaf telah diberikan kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik;
Kami kini menyedari asas dakwaan yang telah kami buat terhadap Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam buku dan poster tersebut tidak lagi wujud dan berdasarkan ini, tuduhan yang disebutkan kini adalah tidak berasas.

3) Kini, kami telah kesal di atas perkara-perkara yang telah terjadi yang melibatkan kesemua pihak, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Thamby Chik dan keluarga, yang mengalami keperitan dan tekanan disebabkan oleh peristiwa ini.
(21st October 2003)
-------
Adalah jelas majalah Asiaweek dan Time telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik.
DAP juga menarik balik dakwaan rogol dan membaca kenyataan tersebut di dalam mahkamah.

Maka, apa yang berlaku lepas itu adalah Lim Guan Eng terbukti bersalah menyebarkan berita palsu dan mencetuskan kemarahan rakyat dengan dakwaan rogol (yang telah ditarik balik dan permohonan maaf oleh pelbagai pihak telah diterima) - maka penghakiman mahkamah pada waktu itu terbukti tepat.

Walaubagaimanapun, sama ada perkara ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan atau hanya sekadar denda adalah perkara yang lain tetapi itu hanya boleh ditentukan oleh hakim dan mahkamah.

Lim Guan Eng tidak masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis melayu yang telah dirogol (memandangkan dakwaan ini tidak lagi wujud) tetapi kerana menyebarkan berita yang palsu dan cuba menghasut rakyat berdasarkan dakwaan yang tidak benar.

Sudah tentu, Lim Guan Eng sebagai ahli politik DAP, akan menggunakan apa sahaja isu untuk menentang kerajaan - tetapi malangnya bagi mereka isu ini terbukti tidak berasas pada mata undang-undang dan telah diakui oleh DAP sendiri di dalam kenyataan terbuka mereka di dalam mahkamah.

Tetapi sudah semestinya, DAP akan menyambung menyebarkan dakwaan yang mereka banggakan ini iaitu Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan gadis melayu yang telah dirogol walaupun ianya tidak benar.

Source - Lim Sian See


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ