PENJELASAN POLIS VIRAL KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN VAN PUTIH



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki Cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/10/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak dikenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah.Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut.Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Sumber: Polis Selangor

0 comments:

Post a Comment

LIMA NAMA TEMPAT TERPANJANG DI DUNIA

Tahukah Anda, didunia ini terdapat nama tempat yang sukar disebut dan terpanjang. Informasi ini memang menarik kerana ramai yang tidak tau wujudnya nama - nama tempat ini.

Pertama - Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (167 huruf)




Maksud nya "Kota para malaikat, kota yang besar, kota permata yang abadi, kota yang tidak dapat dikalahkan milik Dewa Indra, ibukota dunia yang terbesar, dikurniakan dengan 9 permata yang berharga, kota yang bahagia, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar yang menyerupai tempat tinggal syurgawi dimana para dewa yang berinkarnasi berkuasa, kota yang diberikan oleh Indra dan dibangun oleh Vishnu karma."




Nama kota yang panjang ini adalah nama lain bagi Kota Bangkok (Krungthep) dalam bahasa Thai. Nama tersebut diberikan oleh Raja Buddha Yodfa Chulaloke dan disunting oleh Raja Mongkut.


Kedua - Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 huruf)




Nama ringkasan = Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu (57 huruf)

Lokasinya di bukit di North Island, New Zealand. Penduduk di situ berbahasa Maori. Disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai nama tempat terpanjang secara rasmi di dunia.




Nama pada tanda yang menandai puncak bukit ini dieja Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu, yang dapat diertikan Pundak [atau puncak] bukit [atau tempat], di mana Tamatea, lelaki berlutut besar, yang meluncur [ke bawah], memanjat [ke atas] dan menelan pergunungan, [untuk berjalan melalui darat], [yang] dikenal sebagai pemakan tanah, memainkan [pada] seruling [hidung]nya untuk orang yang dicintainya. Dengan 85 huruf, ini merupakan salah satu nama tempat terpanjang di dunia.



Ketiga - Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 huruf)




Nama ringkasan = Llanfairpwllgwyngyll (20 huruf)

Maksudnya "Gereja Saint Mary dalam relung hazel putih dekat pusaran air berpusar gereja Saint Tysilio dengan gua merah" Terletak di sebuah kampung di pulau Anglesey, Wales, United Kingdom. Penduduknya berbahasa Welsh.


Keempat - Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 huruf)






Nama ringkasan = Chaubunagungamaug Lake (17 huruf)

Juga dikenali sebagai Webster Lake. Terletak di tasik dalam bandar Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat. Penduduknya berbahasa Nipmuc (Algonquian).



Kelima - Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein (44 huruf)




Adalah nama sebuah ladang ternak yang terletak di Afrika Selatan.

Maksudnya "musim bunga (secara literal Fountain) di mana dua kerbau bersih dibunuh dengan satu pukulan"
Ladang Peternakan ini berlokasi sekitar 200 kilometer sebelah barat Pretoria, Afrika Selatan bahagian barat laut.








1 comments:

Post a Comment

PAGAR BRA TERPANJANG DI DUNIA




Ini bukan cerita dongeng... tetapi ia telah pun menempa sejarah...

TERDAPAT sebuah pagar di New Zealand yang dikenali sebagai THE CARDRONA BRA PENCE OF CENTRAL OTAGO. Sebenarnya pagar ni tiada apa yang ajaib atau pelik. Pagar ini hanya pagar yang memisahkan tanah-tanah pertanian dan penternakan di kawasan tersebut. Tetapi, pada tahun 1999, semua itu berubah apabila 4 bra wanita telah di jumpai tersangkut di pagar tersebut. Tiada siapa yang mengetahui kenapa pemilik 4 bra berkenaan melakukan perkara tersebut.

Berita mengenai kejadian itu telah mendapat liputan meluas. Semakin hari, bilangan bra yang di gantung di pagar tersebut bertambah. Tempat itu juga telah menjadi satu kawasan tarikan pelancong. Ada segelintir penduduk yang berasa tidak senang dengan perlakuan menggantung bra di pagar tersebut telah berusaha untuk mengalihkan bra-bra tersebut dengan alasan ianya akan menggangu tumpuan para pemandu lelaki yang memandu di kawasan tersebut. Tetapi dengan bilangan bra yang bertambah dari sehari ke sehari, usaha para penduduk untuk mengalihkan bra-bra tersebut tidak berhasil. Malah satu rekod dunia untuk menjadikan pagar tersebut sebagai pagar bra terpanjang didunia telah di lakukan tetapi gagal. Cuma sejumlah USD 10 000 telah berjaya di kumpul untuk tujuan amal.





0 comments:

Post a Comment

SOPAK GARAM CARA MERAWATNYA




SOPAK GARAM..sejenis penyakit yang sering menyerang kita..dalam waktu yang singkat. Timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk. Semakin di garu semakin besar tompokan kemerah merahan. 

Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang orang lama menyebutnya kena ludahan jin. Walaupun orang lama berkata seakan melucukan tetapi ada kebenarannya. Saya pernah melihat jin sopak garam ini. Bentuknya seperti asap yang bergerak, tiada berwarna, ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk seperti kita bergesel dengan obor obor di lautan.

Cara merawatnya mudah sahaja. Sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis. Sekadar 7 biji limau dan setimba air garam sekadar segenggam garam. Mulakan dengan membaca ayat ruqyah seperti surah Al Fatihah, ayatul Kursi dan 3 Qul. Hakikatkan air doa itu sebagai pelebur kejahatan penyakit bawaan jin. Mulakan dengan mandian air garam di jirus dari kaki hingga ke bahagian kepala, biarkan kering seketika. Selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih dan yang terakhir mandian dengan air campuran sintok dan limau. Dijirus dari atas kepala ke bawah hingga kaki, biarkan juga sehingga kering di badan tanpa di lap. Kemudian bahagian yang kena sopak ini di sapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam. InsyaAllah mudahan dengan ikhtiar ini kita mendapat kesembuhan dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna....amiin..


Sumber: Rawatan Aura Syaafi A'lami Facebook

0 comments:

Post a Comment

KAGUMI KEHEBATAN PALMA DE MALLORCA SPAIN

Palma De Mallorca berkilauan bak sebutir permata di Laut Mediterranean. Bandar bersejarah ini yang terletak di pulau Mallorca di pantai Sepanyol menawarkan perbagai daya tarikan yang mengujakan.

Terokai gua-gua yang luas terbentang di sepanjang pinggir lautnya. Rasai kegebuan pasir pantai yang sungguh cantik sambil menikmati suasana matahari terbenam yang romantik.

Namun begitu Palma de Mallorca bukan hanya tentang luncur air dan keindahan pasirnya, kunjungilah sebuah gareja Gothik yang tersergam indah yang menempatkan jendela awan ros yang terbesar di dunia. Singgah ke Bellver Castle, sebuah kubu yang menakjubkan dengan pemandangan bandar raya dari atas yang menarik. Untuk lebih mencabar, jelajahi gua Caves of Drach untuk melihat stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan.

Dengan sejarahnya yang kaya dan landskapnya yang indah, Palma de Mallorca menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelawat yang menjejakkan kaki di pantainya.






Gareja Gothik



























 Bellver Castle




Plaza Mayor, Palma de Mallorca




Caves of Drach

0 comments:

Post a Comment

Asal Usul Istana Negara Lama





BAGI kebanyakan orang, memasuki Istana Negara lama yang dibuka kepada orang awam buat pertama kali pada 1 Februari 2013, akan memberikan satu pengalaman yang mengujakan. Bagaimanapun, bagi segelintir mereka, ia akan menjadi sebagai satu ziarah seorang sahabat lama. Bagi Dr Mubarak Chan Chin Cheung, 79, yang mana kehidupannya yang tidak gembar-gemburkan, bermula dengan rumah agam yang sangat cantik yang terletak di atas cerun bukit.

“Saya dilahirkan di sini pada 1934, yang paling muda di antara 22 adik-beradik. Rumah agam ini merupakan kediaman keluarga terutama ia dibina oleh ayah saya yang mahukan seluruh ahli keluarga tinggal di tempat yang sama,” katanya.

Rumah agam itu dibina oleh arkitek Swan dan McLaren, yang memiliki firma seni bina yang tertua di Singapura setakat ini dan turut bertanggungjawab terhadap pembinaan di Rumah Bok Jalan Ampang dan Hotel Raffles di Singapura.

Ia mempunyai beberapa bilik tidur, dua perpustakaan, dua bilik permainan kad, dua bilik muzik, sebuah bilik ‘altar’, sebuah bilik tukang gunting rambut, dua dapur dan sebuah dewan makan yang besar yang boleh memuatkan 10 meja.



Kenangan lama: Kediaman keluarga Chan mempunyai sebuah kolam teratai yang besar di taman kawasan itu. 

“Kami juga mempunyai sebuah kolam teratai yang sangat besar di taman dan berdekatan dengannya terdapat rumah sekolah.

“Ia turut juga mempunyai sebuah dusun dengan beberapa pokok buah-buahan,” kata Chan sambil menambah bahawa beliau dapat melihat Batu Caves dari tingkap bilik tidurnya.

Hartanah di atas tanah berkeluasan 5.26 hektar itu bertentangan dengan Sungai Klang dan Chan diingatkan acara-acara yang meriah sering diadakan di rumah agam itu.

“Bapa saya biasanya menghiburkan para tetamu dalam satu majlis besar-besaran dengan tarian singa semasa Hari Tahun Baru China. Perabot-perabot istimewa disusunkan dan rumah akan dihias begitu indah,” katanya, sambil menambah bahawa mereka sering menjemput kumpulan kontinjen Polis Selangor untuk bermain muzik.

Beliau turut mengenangkan seekor patung harimau yang diawet, dengan panjangnya kira-kira dua meter berada di kedudukan utama di bawah salah satu tangga, yang diletakkan di dalam sebuah kotak kaca.

Haiwan itu telah ditembak di salah sebuah ladang getah di Johor, yang dimiliki oleh bapa beliau, Chan Wing.

Keturunan Chan berasal dari wilayah Guandong di China semasa zaman remajanya bagi mencari peluang yang lebih baik pada 1889.



Berdiri megah: Gambar Istana Negara lama pada 1945, yang menunjukkan bangunan rumah agam dengan balkoni di tingkat dua dan kubah kecil di atas bumbung.

Beliau bertuah apabila Syarikat Hong Fatt Mining yang diasaskan olehnya bersama beberapa yang lain menjadi lombong timah secara terbuka yang terbesar dan terdalam di dunia. Ia kini menjadi tapak bagi The Mines Resort City.

Ini mendorong kepada beberapa lagi kejayaan usaha beliau termasuk mengasaskan Bank Kwong Yok Kuala Lumpur secara usaha sama.

Chan menjejaki tanah istana pada 1977 bagi menerima pingat Johan Mangku Negara, saat terakhir beliau memanggilnya sebagai kediaman pada 1941, sejurus sebelum keluarganya terpaksa melepaskannya apabila peperangan tercetus di Tanah Melayu.

Keluarganya menyelamatkan diri dengan pelbagai cara, dan akhirnya menyebabkan masing-masing terpisah di seluruh dunia, di mana bapanya dan seorang abang di Perth Australia dan beberapa ahli keluarga yang lain di India. Semasa ketiadaan mereka, rumah agam itu dirampas dan banyak barang telah hilang.

Akhirnya, ia menjadi kediaman rasmi bagi Gabenor Jepun di Tanah Melayu dari 1942 sehingga 1945 dan, selepas perang berakhir, Pentadbiran Ketenteraan British menggunakannya dari 1946 sehingga 1951 sebagai kuarters bagi para pegawainya bagi pangkat Brigadier ke atas.




Individu di sebalik rumah agam: Mendiang Chan Wing tiba di Tanah Melayu pada zaman remajanya dan mencipta kejayaan dalam bidang perlombongan timah dan perbankan.


“Kemudian dari 1952 sehingga 1956, rumah agam itu disewakan oleh kerajaan negeri Selangor sebanyak 5,000 Straits Dollars dan selepas itu, pada 1957, kediaman kami dijual kepada kerajaan persekutuan dengan 1.4 juta untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong,” kata Chan.

Salah satu perubahan besar terhadap hartanah itu sejak keluarganya menetap di situ adalah kedudukan pintu masuk utama.

“Pintu masuk sekarang dibuat semasa pendudukan Jepun. Apabila ayah saya membina rumah ini, pintu masuk adalah di mana pintu belakang sekarang. Ia dilihat sebagai ‘feng shui’ yang lebih baik,” katanya.







Sebagai sebuah istana, bangunan itu melalui beberapa pengubahsuaian, termasuk satu perubahan pada 1980 untuk membina Balairong Seri Utama yang digunakan buat pertama kami semasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh.

Chan begitu kesal apabila orang ramai seolah-olah melupakan pembina bagi istana lama itu, dan tiada satu pun jalan yang mengambil bersempena dengan nama pembinanya.

“Malah beliau (pembina) merupakan ahli lembaga pengarah bagi Sekolah Cina Confucian bersama dengan beberapa individu seperti Chan Sow Lin dan Loke Chow Kit,” katanya, sambil menambah bahawa pendidikan adalah amat penting untuk Chan Wing dan 15 ahli keluarganya yang belajar di Universiti Cambridge antara 1920 dan sekarang, termasuk dirinya sendiri.




(Oleh CHOONG MEK ZHIN @Mstar)

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ