Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MAJLIS PERASMIAN KEM ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR



MAJLIS PERASMIAN KEM ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang ditubuhkan pada 1886 iaitu 130 tahun yang lalu telah mempunyai kem baru yang terletak di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berangkat mencemar duli merasmikan Majlis Perasmian Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru pada 8hb April 2016. Turut bersama baginda ialah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) yang hadir menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Kem ATSNJ ini yang dilengkapi dengan prasarana yang jauh lebih selesa dan persekitaran yang lebih kondusif ini menjadi salah satu mercu tanda kepada negeri Johor dan kewujudan Institusi Raja yang melambangkan kedaulatan dan pelindung rakyat. Luaskan Kuasamu Johor.
























0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ