Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Adam & Fiza - Masih Ada Cinta Antara Mereka!

Adam & Fiza - Masih Ada Cinta Antara Mereka!

HASIL persetujuan bersama, kes cerai Fiza dan Adam selesai secara baik.


30/4/2014: SEHINGGA ke dalam dewan mahkamah, mereka masih duduk bersebelahan. Itu sebagai bukti tiada masalah serius di antara mereka. Malah ketika air mata Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, laju mengalir, Fiza dengan lembut turut menyerahkan tisu (sebelum lafaz cerai) kepada bekas suaminya itu.

Itu merupakan bukti hidup bahawa kasih sayang masih abadi. Ia tersimpan jauh di sudut hati kedua-dua mereka, tanpa sengketa besar. Pun begitu, sayang seribu kali sayang, kasih itu tidak cukup kuat buat Fiza dan Adam mempertahankan rumah tangga yang baru dibina selama tujuh bulan ini.

Itu yang berlaku di ruang legar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam kelmarin, lewat kes perceraian pasangan ini. Adam melafazkan talak satu terhadap Fiza, sekaligus menamatkan spekulasi perkahwinan ‘sementara’ mereka yang baru sahaja berusia tujuh bulan.

Ironinya bangunan yang menyaksikan perpisahan ini bersebelahan dengan bangunan yang pernah menjadi lokasi mereka disatukan. Walaupun hanya sekejap bibit manis diciptakan bersama, ternyata suasana pilu kekal menyelubungi hati dua insan terpilih ini.

Sebelum mahkamah memulakan prosiding, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, meminta izin agar hakim mengelakkan perbicaraan tersebut didengar secara terbuka. Dengan alasan tidak mahu masalah rumah tangganya didengar orang luar, pihak media yang hadir seawal pukul sembilan pagi, menghormati permintaan itu.

Apa juga yang diperkatakan Fiza dan Adam di dalam ruang kamar mahkamah tersebut biarlah menjadi rahsia antara mereka. Bagaimanapun ada perkongsian tulus yang sempat dirakam Hits dari mereka sejurus selepas Adam melepaskan Fiza sebagai isterinya.

Mengapa memilih jalan ini, jawab Adam tiada yang mudah untuk dia sendiri melafazkan cerai. Merasai tekanan yang ada, bagi Adam cukup untuk dia katakan tiada persefahaman sebagai punca perpisahan sehingga membawa perceraian ini. Ikuti temubual wartawan Hits beberapa minit selepas mereka bercerai secara sah.

Adam boleh terangkan apa yang berlaku hari ini?

Adam: Saya sudah melafazkan cerai, talak satu pada Fiza. Sebenarnya, bukan mudah buat keputusan ini, tentunya saya rasa berat hati. Tetapi akan daya tiada jodoh antara kami.

Ada yang mengatakan punca perceraian ini terjadi kerana masalah kewangan Adam, boleh jelaskan?

Adam: Perpisahan kami bukan atas dasar pergaduhan mahupun pihak ketiga. Tetapi lebih kepada tiada persefahaman semata-mata. Memang ada juga sebab-sebab lain, tetapi tidak perlu saya kongsi di sini.

Berapa lama sebenarnya Adam dan Fiza dalam masalah?

Adam: Agak lama, empat bulan. Kami ambil masa yang lama juga untuk mengambil keputusan ini bersama.

Adakah sewaktu itu kalian masih lagi tinggal sebumbung?

Adam: Masih, kami masih sebumbung.

Melihat apa yang berlaku, adakah Adam masih menyimpan harapan untuk kembali bersama?

Adam: InsyaAllah, masih ada masa untuk memulihkannya. Saya harap orang di luar sana terus doakan saya dan Fiza. Terus terang saya cakap, saya masih sayangkan Fiza dan berharap untuk kembali bersama. Lagipun, saya dan Fiza berada dalam keadaan baik, malah perpisahan ini juga berlaku dalam keadaan yang baik. Saya tiada masalah.

Bagaimana perancangan karier Adam kini?

Adam: Macam biasa, masih mengambil semua kerja kalau ada kesempatan. - Utusan





1 comments:

Semoga tabah ....

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ