Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Antara Arak, Bunuh Dan Zina

Antara Arak, Bunuh Dan Zina
Gambar hiasan


KERUNTUHAN akhlak masyarakat pada masa kini dilihat semakin menjadi-jadi dan kian parah apabila setiap hari pelbagai berita, yang sememangnya melanggar hukum Islam mahupun undang-undang, dilaporkan media cetak mahu pun elektronik.

Berdasarkan hukum Islam mengikut hadis riwayat Az-Zuhriy, menjelaskan, Usman bin Affan RA mengingatkan umat Islam perlu berhati-hati dan wajib menjauhi arak atau khamar (benda yang memabukkan).

Ia kerana di dalam Islam itu sendiri menjelaskan, meminum arak antara dosa besar, sama seperti membunuh dan berzina, dan ia kunci kepada kejahatan serta perbuatan keji lain.

“Khamar dan arak adalah kunci kepada segala kejahatan dan dosa di dunia. Iman dan arak tidak sesekali akan bersatu di dalam tubuh manusia, di mana apabila masuk arak ke dalam tubuhnya, keluarlah iman dari hatinya.

“Orang yang meminum minuman memabukkan akan mengeluarkan perkataan kufur, tidak tahu menjaga lidahnya, tidak tahu menjaga aib sendiri atau aib orang lain dan hanya mengikut kata nafsunya tanpa boleh berfikir secara waras.

Antara Arak, Bunuh Dan Zina


“Apabila dia menjadikan arak serta khamar sebagai kebiasaan, pasti dia akan kekal di neraka.” Diriwayatkan, ketika zaman kepemimpinan Usman bin Affan RA sebagai khalifah, hidup seorang ahli ibadat yang sentiasa tekun menjalankan perintah Allah SWT dan masjid bagaikan rumah keduanya.

Ditakdirkan pada satu hari, lelaki berkenaan bertemu seorang wanita cantik yang mempunyai seorang anak yang masih kecil tanpa menyedari wanita itu adalah pelacur.

Selepas beberapa ketika, perkenalan itu mencetuskan perasaan cinta lelaki soleh itu terhadap wanita berkenaan yang mengaku baru kematian suami hinggalah akhirnya dia memaklumkan isi hatinya secara terang.

Namun, lelaki itu terperanjat apabila wanita itu kemudian memintanya memilih melakukan satu daripada tiga kejahatan yang dilarang di dalam Islam iaitu meminum arak, berzina atau membunuh manusia sebagai membuktikan perasaannya.

Oleh kerana berasa dosa minum arak adalah paling kecil padanya berbanding dosa berzina dan membunuh, lelaki itu memilih untuk meminumnya.

Antara Arak, Bunuh Dan Zina
Gambar hiasan


Namun selepas beberapa kali meminum arak yang diberi wanita itu, lelaki soleh itu mula mabuk dan lupa diri hinggakan dalam keadaan tidak sedar, dia berzina dengan wanita terbabit.

Malah, ketika berzina itu juga, dia turut membunuh anak wanita berkenaan dengan menghempasnya ke lantai setelah tidak tahan mendengar bunyi tangisan bayi berkenaan.

Berdasarkan kisah ini, adalah dapat disimpulkan apabila seseorang itu mula meminum arak, dia menjerumuskan dirinya untuk melakukan dosa lain.

Rasulullah SAW, dalam hadis Ibnu Majah dan Tarmidzi, berkata ada 10 orang yang akan dilaknat Allah SWT apabila ada arak di sisi mereka, iaitu orang yang membuat arak, yang membantu membuatnya, peminum arak, pembawa, orang yang menghidang arak, mereka yang menuangnya, yang menjual, yang menawarkan harga, mereka yang membeli dan yang menyimpannya.

Sabda baginda: “Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk daripada bangkai, sedang botol khamar itu dikalungkan di lehernya dan gelas di tangannya, sedang di antara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala jengking dan mereka memakai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir’aun dan Haman.” - myMetro


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ