Berang Diekori, Jennifer Lawrence Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Paparazi
30/4/2014: Rasanya ini bukan kali pertama aktres cantik, Jennifer Lawrence menunjukkan isyarat lucah kepada umum terutamanya golongan paparazi.
Tahun lalu ketika dia diumumkan sebagai Best Actress menerusi filem Silver Linings Playbook di Academy Awards ke-85, pelakon berusia 23 tahun ini menunjukkan isyarat lucah kepada para wartawan yang ingin menemurahnya.
Tindakan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak yang rata-rata mengkritik tindakan kurang sopan tersebut. Namun Jennifer tampil memohon maaf secara terbuka dan memberi alasan berada dalam keadaan mabuk sebelum bermulanya majlis berprestij itu.
Terbaru menerusi laporan portal E! Online, pelakon kelahiran Louisville Amerika Syarikat ini sekali lagi menimbulkan kontroversi yang sama apabila dengan tanpa rasa bersalah menunjukkan isyarat lucah terhadap paparazi yang mengekorinya di sekitar Kota London.
Kejadian berlaku pada Khamis minggu lalu apabila dia dan kekasihnya, Nicholas Hoult baru selesai menikmati makan malam besama. Akibat terlalu berang, dia menunjukkan isyarat lucah tanda marah terhadap paparazi yang tidak henti-henti mengambil gambar mereka berdua.
Namun, Nicholas dengan segera menenangkan Jennifer. -
1 comments:
Amboi
Post a Comment