TIPS MENJAGA HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Jika anda selalu alami hubungan seks yang suram atau inginkan sesuatu yang baru dalam dunia seks anda, anda boleh cuba tip di bawah untuk mengubahnya.
1. Sentiasa berbuat baik pada pasangan anda, beri ruang untuk anda berdua lebih menikmati hubungan seks. Marah akan menghasilkan perasaan benci di mana ia akan merosakkan hubungan seks anda berdua.
2. Sentiasa saling menggoda menggunakan sms. Tidak salah anda sebagai suami isteri untuk saling menggoda supaya anda berdua lebih terangsanga antara satu sama lain. Apabila bertemu, lunaskan semua perasaan yang terpendam dengan pasangan anda.
3. Tutup semua gangguan luar seperti tv, radio dan sebagainya kerana gangguan seperti ini akan menganggu anda dari semasa ke semasa . Tanpa gangguan, anda akan lebih fokus apabila bersama dengan pasangan anda.
4. Pasang muzik yang romantik untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta anda berdua. Muzik yang romantik boleh merangsang anda berdua untuk lebih hayati hubungan seks.
5. Jangan terlalu serius ketika melakukan hubungan seks. Seks adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Jangan takut untuk mencuba perkara baru. Tambahan lagi jika perkara tersebut boleh memuaskan anda berdua.
6. Sentiasa rangsang pasangan anda sehingga mereka bersedia untuk lakukan hubungan seks. Jika zakar suami tidak cukup tegang, jangan mulakan persetubuhan. Begitu juga jika isteri tidak cukup terangsang, jangan mulakan persetubuhan.
7. Sentiasa cuba posisi baru dari semasa ke semasa. Pertukaran posisi baru akan memberi sensasi yang berlainan.
8. Keluarkan suara seperti arahan, kata – kata rangsangan dan kata – kata lucah boleh menjadikan hubungan seks anda berdua lebih nikmat.
9. Jangan hanya ingin sedapkan nafsu anda sahaja. Sebaliknya anda fokus untuk puaskan pasangan anda dahulu, kemudian barulah diri anda.
10. Sentiasa ucapkan perkataan terima kasih setiap kali anda habis lakukan hubungan seks. Perkataan terima kasih boleh memberi semangat pada pasangan anda untuk adakan lagi hubungan seks dengan anda.
0 comments:
Post a Comment