Didera Oleh Bapa Kandung
Tanjung Pura, Indonesia - Sungguh menyayat hati, Ega Priliya(gambar) sejak berusia 4 tahun lagi telah dipukul tanpa kasihan oleh bapanya sendiri, Edy Syahputra (45) . Kini Ega berusia 8 tahun, dua adiknya, 6 dan 2 tahun turut menjadi mangsa keganasan bapa sendiri meski tidak separah kakak mereka. Sering kepala dihantuk ke dinding, belakang dipukul dengan batang buluh. Kejadian ini disahkan oleh jiran2 mereka. Ibu mereka berada di Malaysia kerana mencari rezeki.
Lebih menyayatkan bila ditanya tentang bapanya, Ega menjawab: "Ega sayang ayah. Tapi Ega takut sama ayah kerana sering marah dan memukul Ega. Ega nggak mau pulang ke rumah lagi." - Begitulah sumber yang Ida ambil dari sini. Luluh hati Ida bila melihatnya, sungguhpun kejadian ini berlaku di negara jiran Indonesia, namun ia boleh saja berlaku di negara kita bila mana syaitan mula menguasi diri lantaran tiada ilmu agama dan iman.. masyaAllah kenapalah manusia sekejam ini? Apabila segala batas-batas dan sifat kemanusiaan telah di ganti dengan sifat-sifat syaitan. Binatang pun tahu sayang anaknya...
8 comments:
Ya allah....mereka ni patut di sygi..bukan jd mangsa dera mcm ni...zalim betul la..
tak kisahlah di negara mana pun..penderaan kanak-kanak ini suatu kekejaman..sedihnya PC..
astagfirullah, sedihnya, sampai hati dera anak macam ni sekali :(
Ya Allah, kesiannya. Seram tengok muka budak perempuan tu. Sampai macam tu sekali.
kasihannya.. zalim betul bapanya.. :(
:'( mcm ni la nanti ayah dia kene balas..setiap perbuatan pasti ada balasannya
Entahlah kadang-kadang tu saya terfikir juga, bapa apakah dia ni. Tidak layak dia menjadi seorang lelaki atau bapa kalau tidak ada kasih sayang.
terima kasih telah berbagi info Sayang ANAK BERIKAN HAK MEREKA
Post a Comment