Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret

1). Brand pakaian dalam, Victoria Secret (VS) sering memperkenalkan pakaian dalam khusus untuk wanita dan telah membalut tubuh jutaan wanita di dunia sejak tahun 1977 lagi. Terbaru mereka akan mengeluarkan produk terbaru mereka pada awal Disember 2013 yang akan datang iaitu sebuah coli yang diberi nama "Royal Fantasy Bra" yang dinobatkan sebagai coli termahal di dunia dianggarkan bernilai USD$8 juta (RM30 Juta) manakala tali pinggang yang berpadanan pula dianggarkan bernilai USD$2 juta. Coli yang dibentuk daripada 4,200 batu-batu delima yang dipilih secara spesifik berwarna biru dan kuning nilam serta set berlian set yang disalut emas 18-karat di salutkan ke badan Candice Swanepoel iaitu seorang model terkenal. Hiasan di tengah coli tergantung sebiji batu delima 52-karat berbentuk pear.

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
Bra keluaran terbaru yang akan diriliskan pada 10 Disember depan


Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
2013 - Royal Fantasy Bra bernilai $8 Juta - Model Candice Swanepoel


2). Pada tahun 2012 Victoria Secret mengeluarkan "Fantasy Bra" yang bernilai USD$2.5 yang disalutkan ke badan Alessandra Ambrosio sebagai model utama . Coli yang bertaburan berlian ini di rancang dengan corak Floral oleh perusahaan Berlian London Jewellers. Terdiri dari Kristal Amethysts, Batu Sapphire, dan Rubi, ditambah Berlian 20 Karat. Ia juga dilengkapi aksesoris ekstra berupa tali pinggang perut yang terbuat dari 5.200 Batu Kristal.

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
2012 - Fantasy Bra bernilai $2.5 Juta - Model  Alessandra Ambrosio


3). Inilah salah satu bra termahal dari Victoria’s Secret yang diperkenalkan pada tahun 2011. Memadukan keindahan berlian "Fantasy Treasure" berwarna aqua dan 3.400 batu mulia, coli yang dihasilkan dengan tangan (handmade). Kecantikan coli bertabur berlian 142 karat ini semakin bertambah dengan menawan dengan wajah Miranda Kerr, sebagai model.

“Benar-benar karya seni yang luar biasa. Saya merasa seperti seorang puteri duyung dan tidak sedar sedang memakai berlian seharga USD$2.5 di dada saya,” - Miranda Kerr.

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
2011 - Fantasy Treasure Bra USD$2.5 Juta - Model Miranda Kerr


4). Tahun 2010 coli "Bombshell Fantasy Bra" bernilai USD$2 Juta  sedang diperagakan oleh seorang model, Adriana Lima di Victoria's Secret Soho Store, New York. Coli yang diperbuat daripada butiran 3000 berlian putih, permata dan batu nilam hasil rekaan Damiani Jewelers merupakan antara yang termahal di dunia ketika itu.

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
2010 - Coli bernilai USD$2 Juta - Model Adriana Lima

5). Tahun 2009 - "Harlequin Fantasy Bra" bernilai USD$3 Juta  dilapisi oleh berlian Damiani yang memadukan warna putih dengan nuansa ala-ala champagne dan cognac yang kononnya untuk menghasilkan suasana yang memabukkan. Coli dengan lilitan berlian 16 karat ini keluarkan pada tahun 2009 lalu dengan Marissa Miller sebagai modelnya.

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
2009 - Harlequin Fantasy Bra USD$3 Juta - Model Marissa Miller



1 comments:

Huhu bra pun semahal tu

16 November 2013 at 14:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ