Pembunuh Norazita Abu Talib Berjaya Ditangkap
Bila dah tengok gambar baru puas hatikan?? Sepandai-pandai tupai melompat....sila lah sambung..
SUSPEK yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.
Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,” katanya.
Kalau nak tahu Kampung Belungkor ni berhampiran dengan persisir pantai Kota Tinggi, memang dah dekat dah untuk suspek ni memboloskan diri untuk lari ke Indonesia, negara asalnya. Syabas pada PDRM dan juga rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang kejam ini.
5 comments:
baguslah sudah berjaya ditangkap. moga dikenakan hukuman setimpal.
Alhamdulillah dah kena tangkap..semoga dia dapat hukuman yang setimpal!!
Alahamdulillah...Alfatihah.
Setiap masalah yang berlaku pasti ada jawapan dan penyelesaiannya.
rasa nak tembak2 dia balik, biar dia rasa, tak suka tengok muka dia huh! kejam~
Post a Comment