Kebebasan Berinternet Boleh Jejas Keselamatan Negara
Gambar hiasan dari google |
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya untuk isi kandungan internet ditapis memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan itu.
Dr Mahathir berkata ini kerana, melalui internet penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantasnya tanpa disekat oleh mana-mana pihak.
"Jika dahulu kanak-kanak serta masyarakat muda tidak berpeluang melihat gambar serta video lucah tetapi dengan adanya internet mereka dapat melihat di mana sahaja," katanya dalam ucapan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke-16 di sini hari ini.
Tambah beliau penyebaran bahan lucah juga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak serta meningkatnya kes rogol dan jenayah lain. Dr Mahathir juga tidak menafikan terdapat segelintir individu yang menggunakan internet untuk belajar melakukan jenayah berat seperti membunuh serta merompak. - Baca selanjutnya di sini.
Ida amat bersetuju dengan pendapat Tun, kerana penggunaan internet masa sekarang sudah sampai tahap yang membimbangkan. Ida juga pernah mengalaminya di zaman remaja dahulu, perasaan ingin tahu itu membuak-buak.. Ida berinternet seawal usia 10 tahun. Masa tu ayah membeli komputer dengan perisian Window 95 pada tahun 1996. Bila di sekolah menengah Ida dah pandai join mana-mana groups yahoo kebanyakkannya luar negara yang menyediakan gambar-gambar lucah. Tetapi pergerakan Ida terbatas apabila Ida dihantar sekolah berasrama penuh di Kedah.
Ida pernah terbaca entah di mana pada bulan Mac 2013 yang lalu, kerajaan Iran yang kita anggap Syiah itu telah pun mengambil langkah awal dan berjaga-jaga demi keselamatan negaranya dengan menghadkan penggunaan internet di kalangan rakyat kemudian menghalang Google dan aplikasi-aplikasi web milik Google termasuklah Gmail serta YouTube. Kerajaan Iran hanya mengekalkan internet di negara mereka khusus untuk kegunaan domestik sahaja bukan untuk mendapat maklumat serta berkomunikasi dengan pihak luar. Akses ke laman sosial seperti Facebook juga dihalang dengan alasan untuk mengelak gerakan anti kerajaan dari merebak pantas di kalangan rakyat Iran. Langkah ini juga telah lama di pratikkan di Negara China dan Korea Utara.
2 comments:
Sangat bersetuju. Kemajuan teknologi internet sekarang terlalu mudah diakses sehingga tiada tapisan buat anak-anak muda. Yang gunakan untuk kebaikan, bagus. Yang tak tu, itu jadi masalahnya.
ya, betul tu, ada dengar juga masa tun berucap berkenaan isu ni, memang patut ditapis. Sebab internet merupakan salah satu punca kerosakan moral remaja, bukan saja remaja tapi semua sekali, tak kira umur. Memang sokong sangat kebebasan berinternet tersebut disekat sedikit.
Post a Comment