Jolly Shandy Arak Alaf Baru Yang Mengelirukan!
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat semua rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..
Perhatian semua!! Carlsberg telah mengeluarkan produk minuman tin terbarunya bernama Jolly Shandy berperisa Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan “Contains alcohol” hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM….JANGAN LUPA SEBARKAN KERANA JIKA BUKAN KITA YANG MEMBANTU UMAT ISLAM, SIAPA LAGI? RENUNG-RENUNGKAN…
Tadi di facebook Ida terjumpa notis ini (bawah) memberitahu Jolly Shandy ni hanya ada dua prisa iaitu Lemon dan Orange yang dikeluarkan pada tahun 2007. Ida pun cubalah search ke google dan mendapati ada tiga lagi perisa tambahan iaitu Lychee, Apple dan Pineapple.
6 comments:
Dr dulu ada kan jolly shandy ni..mmg dulu tok sya pnh terbeli air ni..dia ingat air bergas biasa
masyaAllah..alhamdulillah..terima kasih ida atas perkogsian ni..moga kita lebih prihatin dan peka pada setiap makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari..halalan toyyiban..
Senang cerita, yang nampak pelik-pelik, tak perlu cuba.
Oh, perkongsian yang sangat baik ni Moga lebih ramai yang tahu.
Yup...dia diperkenalkan sejak tahun 2007 lagi tetapi hanya 2 perisa saja iaitu lemon dan orange, sekarang dah tambah 3 lagi perisa lcyhee, apple dan pineapple...
terima kasih kak share info ni,
selamat laa memang tak pernah minum air bergas, dalam tin ke can bagaii macam ni,
semoga ramaii peroleh info ni dan berhati-hati,
sekarang ni nak pastikan apa yang kita makan dan minum tu halal sepenuhnya sangat susah dah sebab banyak kandungan yang kita sendiri mungkin tak jelas tahu~
Post a Comment