Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 Makanan yang membuatkan anda kelihatan letih



Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...
Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, kita akan berasa sangat letih di penghujung hari. Kadang-kadang ia berpunca daripada makanan yang  makan yang diambil tanpa kita sedari. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, kemungkinan besar ia berpunca daripada makanan anda. Jom semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih.


Garam
Walaupun garam merupakan makanan wajib setiap hari, tetapi kandungan garam yang berlebihan boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih alternatif natrium lain atau kurangkan pengambilan garam ialah jalan penyelesaiannya.



Pemanis tiruan
Gula biasa boleh menggalakkan keradangan tetapi pemanis tiruan boleh menjadi lebih teruk jika tidak di kawal. Jika tidak, ia akan membuatkan wajah anda seakan membengkak. Pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan boleh membuatkan anda ketagih dengan gula atau minuman/makanan manis. Seeloknya, pilih gula semula jadi daripada buah-buahan atau sayur-sayuran.



Alkohol
Tiada yang lebih teruk daripada segelas alkohol ketika makan malam. Alkohol membuatkan anda dihidrasi lebih cepat dari garam.



Makanan bergoreng
Makanan bergoreng adalah musuh ketat anda! Makanan yang bergoreng penuh dengan minyak dan lemak yang bermakna ia akan membuatkan arteri kulit anda tersumbat dan mengeraskan sel-sel darah sekitar wajah. Hasilnya, kulit anda kelihatan kusam dan letih.



Makanan pedas
Makanan pedas memang baik untuk metabolisma, tetapi tidak sesuai untuk kulit muka. Makanan pedas membolehkan kulit anda menjadi gatal-gatal dan kulit anda akan menjadi tidak sekata dan nampak sedikit lebih tua dari usia. - sumber


5 comments:

Makanan bergoreng dan pedaslah yang sedap. Huhu.

10 November 2013 at 21:11 comment-delete

Cili adalah antara penyedap makanan.

10 November 2013 at 22:14 comment-delete

yang last tu is paling suka tu cili padi lagi best.

gosok gigi dulu dengan darlie

iskandarx.com

11 November 2013 at 00:34 comment-delete

nice share..

11 November 2013 at 20:57 comment-delete

jadi, kena kurangkan makanan seperti ni :)

12 November 2013 at 02:31 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ