Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey

Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey


IPOH: Seorang wanita memohon maaf secara terbuka kepada pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey Green Town, Ipoh di atas perbuatannya sehingga menjejaskan reputasi dan imej restoran berkenaan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, beliau sebenarnya tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey menerusi Facebook sehingga tersebar di internet secara meluas.

Menurut Ze Aida, kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran berkenaan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet.

“Pihak pengurusan restoran Nasi Vanggey berasa terkilan dan menuntut saya membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan pihak media dan kami mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak. Sehubungan itu bagi memenuhi permintaan pihak Nasi Vanggey saya dengan ini memohon maaf sekali lagi kepada pihak pengurusan restoran tersebut atas kesilapan saya dan amat menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya. - Baca selanjutnya di  astroawani

Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey
Report Polis yang dibuat oleh Pemilik Restoran Nasi Vanggey

Semalam Ida cuba nak update kisah ni sebab naluri Ida berkata ini adalah berita tidak benar dan fitnah semata-mata apabila Ida melihat Ze Aida telah menutup akaun facebooknya. Semalam kosong tetapi hari ini selepas membaca berita permohonan maaf dari wanita tersebut di astroawani dan Ida cuba search lagi dan melihat sudah ada 3 fren di facebook beliau. Satu saja Ida terkilan mengapa orang melayu ni suka sangat membawa fitnah sehingga menutup periuk nasi orang?


Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey




4 comments:

hati2 dalam berbicara, itu paling penting....

17 November 2013 at 00:35 comment-delete

Periuk nasi... periuk nasi... periuk nasi... :)

17 November 2013 at 01:57 comment-delete

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya.

17 November 2013 at 08:33 comment-delete

Tp restoran tu memang kotor yg amat, wlwpn xpasti betul atau tak kisah pakai tahi tu

Anonymous
20 November 2013 at 01:04 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ