Daging Orang Utan Lebih Sedap Dari Daging Lembu
PENDUDUK di sebuah perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan.
Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.
Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.
"Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi," ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.
Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.
Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui rupanya hanya satu helah.
Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.
Orang Utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Kini Orang Utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja.
6 comments:
tiba-tiba rasa loya :O
macam-macam orang makan ish2
aish, tak lalu. macam manalah dia boleh makan. semua benda nak dimakan.
Takutnya...
Ergghhhhh. Orang utan pun nak dimakan. Pelik-pelik betul. Kesian orang utan tu. Terasa macam kanibal pulak.
gelinya.. orang utan tu mamalia macam manusia juga..
Selagi saya masih waras dan tidak terdesak mana mungkin saya akan makan orang utan.
Post a Comment