Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu


KUANTAN - Seramai 12 pengikut kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' diburu pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk sebutan kes dan siasatan lanjut.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun.

Katanya, mereka dikehendaki hadir ke pejabat JAIP segera bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

"Mereka yang dikehendaki merupakan isteri ketiga ketua kumpulan berkenaan, Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu dan empat anak 'Tuhan Harun' iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, beralamat di Shah Alam, Selangor dan Muhammad, 21, (Ketereh, Kelantan).

"Selain itu, Khairul Amir Akasah, 34, (Port Dickson, Negeri Sembilan); Mohd. Tirmizi Othman, 17, (Sungai Petani, Kedah); Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, (Shah Alam); Norhairi Harun, 41, (Skudai, Johor); Norhafizah Mohd. Azam, 28, (Shah Alam) dan Farhaien Othman, 22, (Sungai Petani, Kedah).

"Turut diburu adik ipar 'Tuhan Harun', Shuzliana Mokhtarudin, 29, (Slim River, Perak)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

Pada 24 April lalu pula, seorang lelaki, Harun Mat Saad, 47, dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Syariah di sini atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.

Menurut Raflie, beliau percaya kesemua mereka masih berada di dalam negara dan berharap segera menyerah diri bagi membantu JAIP melengkapkan siasatan.

"Kita turut mendapatkan bantuan daripada jabatan agama Islam seluruh negara, pasukan polis dan agensi kerajaan bagi membantu mengesan lokasi terakhir mereka berada.

"Ini berikutan mereka gagal dikesan atau dihubungi selepas dibebaskan dengan dua orang penjamin pada 5 Mei lalu," jelasnya sambil memberitahu, terdapat seramai 312 ahli kumpulan berkenaan di seluruh negara.
Tambah Raflie, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memanggil beberapa orang penting dalam masa terdekat yang dipercayai dapat menyelesaikan kes berkenaan.

"Beberapa nama telah dikenal pasti dan kita akan mohon waran untuk memanggil mereka kerana merupakan antara individu penting dalam gerakan tersebut.

"Dalam masa sama, pihak berkuasa sentiasa memantau premis yang digunakan mereka sebelum ini iaitu di Taman Tas, Indera Mahkota 16 dan Jalan Bukit Ubi di sini," katanya. - Utusan

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu








4 comments:

Live Streaming Astro Warna Link >>> http://dalicasts.blogspot.com/2013/11/astro-warna-streaming-online-malaysia.html <<<<

Anonymous
16 November 2013 at 16:16 comment-delete

ramainya yang sesat --'
semoga diberi hidayah olehNya...

17 November 2013 at 00:40 comment-delete

Tak baca pula surat khabar dua tiga hari ni.

17 November 2013 at 01:58 comment-delete

Kenapalah masih ada lagi yang terpesong.

17 November 2013 at 08:34 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ