Batman Bin Suparman Dihukum Penjara Tiga Tahun
Seorang lelaki muda warga Singapura yang mempunyai nama seperti watak adiwira terkenal sehinggakan dia popular di media sosial ekoran nama itu, telah dijatuhkan hukuman selama hampir tiga tahun pada Isnin 11 November 2013 di atas kesalahan mencuri, pecah rumah dan dadah.
Batman Suparman berusia 23 tahun yang dikenali sebagai “Batman anak kepada Suparman” ditangkap pada 19 Ogos lalu selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memasuki sebuah kedai pada waktu malam di dua lokasi berasingan.
Selain itu Batman juga mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan lain, termasuk mencuri kad ATM abangnya dan membuat pengeluaran berjumlah Sg$850 dan mengambil dadah jenis heroin. Terdahulu, Batman pernah popular di laman media sosial selepas foto kad pengenalan dengan namanya seperti “superhero” itu dimuat naik di internet sekali gus mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. - Sumber
Lihat laporannya di sini
8 comments:
Nama bukan main lagi..Batman.
whoaaaaa, ada juga nama camtu ea, muka skema je, sekali ada record jenayah pula --'
rare punya nama.. rasanya mesti datuk suparman punya nama atromen ha.ha.
Famous cerita ni harini, terutama dekat forum-forum Mat Salleh. :)
macam macam.hahaha
Nama yang cukup menarik. Tetapi tindakan dia pula tak menarik.
Wah dasyatnya nama dia..
Haha ada org kata abg dia bernama Spiderman!
Post a Comment