SUAMI SAMAN ISTERI KERANA MELAHIRKAN ANAK HODOH
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakain-rakan yang dirahmati Allah swt.
SUAMI SAMAN ISTERI KERANA MELAHIRKAN ANAK HODOH
Begitulah orang yang tidak punya agama yang sebenar....setiap kejadian itu adalah pemberian ALLAH... Marilah kita muhasabah diri. Biarlah wajah hodoh asalkan perangai tak hodoh...
BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.
Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.
Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng.
4 comments:
tak bersyukur dengan nikmat Allah, orang lain yang susah dapat anak tu punya laa teringin nak ada anak, ni sampai sanggup nak saman isteri pulak, haihhh
Hai... Macam2. Org lain susah nak dpt anak. Yang ni pulak tak bersyukur. Tak boleh terima anak hodoh. Apalah!
Macam-macam sekarang ni, demi kepentingan dan kepuasan diri sanggup lakukan apa saja.
Pelik betul dunia sekarang. Semua perkara diambil tidak serius.
Post a Comment