Pemfitnah Mohon Maaf... Restoran Guna Najis Sebagai Pelaris
Sebelum tu boleh baca entry Ida yang awal di sini Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey
- Berita permohonan maaf dari Astroawani
- Report polis yang di buat oleh pemilik Restoran Nasi Vanggey
- Pencarian nama Ze Aida di facebook - berikut akaun facebooknya ditutup serta merta setelah menyebarkan fitnah.
Laporan polis dibuat pemilik restoran. Pemfitnah tampil mohon maaf. Pemilik akaun Facebook Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Dimaklumkan wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.
“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini. Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya kepada Sinar Harian.
Dia juga memohon maaf secara terbuka atas permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey dan kesal tuduhannya.
“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya.
Jom saksikan videonya dibawah:
Nota Kaki: Kepada semua termasuklah diriku sendiri, berhati-hatilah bila menyebarkan sesuatu di alam maya ini. Bimbang kita membawa fitnah. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
3 comments:
semoga semua ambil iktibar....
Bahayanya alam internet ni. terlalu mudah tersebar dan terlalu mudah ditokok tambah ceritanya.
Inilah yang dikhuatiri apabila kita terlalu taksub dengan laman sosial ni.
Post a Comment