Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mayat Atas Bumbung Kereta

Seorang lelaki pengsan apabila terlihat mayat seorang lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di Georgetown.

Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,” jelasnya. – Bernama

Mayat Atas Bumbung Kereta

Mayat Atas Bumbung Kereta



6 comments:

ya rabbi... terok nya. mesti kes bunuh diri ni.

14 November 2013 at 14:07 comment-delete

eee..ngeri pulak rasa..
*akak pun dah masukkan blog Ida dlm bloglist akak..:)*

14 November 2013 at 14:18 comment-delete

Ya Allah..

14 November 2013 at 14:42 comment-delete

hmm.. smua pakat dok tanya pha is pasal kes ni since pha is kat penang.. tapi tak tahu apa2 pun.. hehe

14 November 2013 at 15:17 comment-delete

Woah. Mengerikan.

14 November 2013 at 19:19 comment-delete

yaAllah, ni mungkin jatuh daripada tempat tinggi ni

14 November 2013 at 19:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ