CUKUPLAH BERDIAM SAHAJA...
Ketika engkau sudah berlaku jujur namun sering di dustai,
maka CUKUPLAH BERDIAM SAHAJA
tidak perlu membalasnya dengan keburukan
Ketika engkau sudah setia namun sering di kecewakan
maka CUKUPLAH BERDIAM SAHAJA
tidak perlu membalasnya dengan sebuah kekecewaan.
Namun jika dengan BERDIAM membuat hatimu lebih tersiksa
maka katakanlah kepadanya dengan sebaik-baiknya dan sejujur-jujurnya..
Jika ingin menangis..menangislah..
cucurkanlah air matamu di dunia yang fana ini..
Dan jangan memendam air matamu di dalam hati..
kerana tangisan di dalam hati sangat sukar untuk diubati..
Dan harus percaya dan diyakini,
bahawa sebesar apapun rasa sakit itu
pasti suatu saat nanti Allah SWT akan menggantikannya
dengan sebuah kebahagiaan yang terindah..
7 comments:
Ada baiknya berdiam. Tak perlu kata apa2... Senyum je. Hehe.
senyum je...
Diam tu kadang-kadang dah cukup menceritakan segala-galanya.
kadang2 diam itu lebih baik daripada berkata-kata..diam juga tak bermakna kita bersetuju...hehehe
p/s: follow sini
Regards,
-Strider-
Berdiam... bersabar... bukan bermakna kita tak lakukan apa2...
Sometimes less is more.. :D
senyum, x perlu kata apa2.. :)
ada perkara lebih baik jika kita diamkan daripada kita banyak berkata :)
Post a Comment