Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kenali Penggodam (hackers) Wanita Terhandal Dunia.



Tahukah anda bahawa penggodam bukan hanya terdiri dari golongan Adam sahaja? Dan tahukah anda bahawa walaupun jarang-jarang kedengaran mengenai penggodam wanita, tapi mereka ini lebih berkemahiran daripada penggodam lelaki? Melalui artikel ini, jom kita kenali siapa 5 penggodam wanita yang hebat sehingga ke hari ini.


5. Kristina Svechinskaya

Diakui sebagai penggodam wanita yang paling seksi, Kristina Svechinskaya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di New York dan namanya cukup dikenali di kalangan penggodam di seluruh dunia. Beliau yang berasal dari Rusia pernah ditahan pada tahun 2010 atas dakwaan memecah masuk beberapa sistem bank di Britain dan Amerika yang mengakibatkan kerugian sebanyak berjuta dollar. Dia juga ditahan atas dakwaan menggunakan beberapa passport palsu. Atas kesalahan-kesalahan tersebut, dikatakan beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun dan denda sebanyak 3 Juta Dollar US.


4. Joanna Rutkowska

Berasal dari Poland, Joanna Rutkowska merupakan seorang yang berkemahiran dalam bahagian keselamatan komputer. Dia cukup dikenali melalui kajiannya mengenai tahap keselamatan komputer yang rendah dan tangkas mengesan serangan malware. Beliau juga dikenali kerana sumbangannya terhadap Window Vista. Popularitinya memuncak selepas dia menghadiri persidangan mengenai Black Hat pada tahun 2006 bertempat di Las Vegas. Beliau membuka mata ramai pihak dengan mendemostrasikan kaedah untuk menggodam bahagian keselamatan Window Vista Beta 2. Beliau seorang penggodam yang mencapai taraf elit. Dengan kebolehan dan kepakaran yang ada padanya, beliau telah membuka syarikat keselamatan komputer miliknya sendiri Warsaw,Poland.

3. Ying Cracker

Cantik bukan? Dikenali sebagai Ying Cracker, beliau merupakan antara penggodam yang paling cantik. Berasal dari Shanghai,China, beliau banyak mencurahkan ilmu mengenai asas untuk menggodam seperti menukar IP atau memadamkan kata laluan anda bagi tujuan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh pihak berwajib selepas menggodam sesuatu laman web.

Hasil kerja beliau yang menakjubkan telah menyebabkan beliau mendapat perhatian dunia. Ying Cracker merupakan seorang pakar dalam menggodam software. Dengan kebolehan yang ada, Ying menjana pendapatan dengan mengadakan kelas untuk penggodam amatur. Kata pujangga, "If you're good at something, don't do it for free."

2. Raven Alder

Genius. Tamat sekolah tinggi pada umur 14 dan tamat kolej pada umur 18. Si bijak pandai ini dikenali sebagai Raven Alder. Beliau merupakan wanita pertama yang membuat pembentangan di DefCon iaitu satu majlis pertemuan para penggodam. Beliau menulis beberapa buah buku, majalah, seorang jurutera, pakar dalam keselamatan komputer dan selalu berucap di dalam apa-apa majlis yang membabitkan aktiviti  penggodaman. Beliau juga berkhidmat untuk beberapa agensi besar. Selain itu, beliau pernah bekerja sebagai Arkitek dan Konsultant di syarikat keselamatan teknologi. Keghairahan beliau dalam bidang ini telah banyak menyumbang kepada pembangunan keselamatan laman sesawang dan telah berjaya meningkatkan standard keselamatan dalam bidang IT.

1. Xiao Tian

Jangan terpedaya dengan kecantikan. Kadang kala kecantikan wanita boleh membunuh.

Mungkin itu sudah cukup untuk menerangkan tentang kemahiran Xiao Tian. Remaja dari China ini telah mengecapi dunia glamour dalam bidang penggodaman setelah beliau menubuhkan China Girl Security Team.

Satu kumpulan yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada wanita. Sehingga hari ini, kumpulan ini telah melebihi 2000 orang ahli.

Sebab utama beliau menubuhkan pasukan ini adalah selepas beliau merasakan faktor jantina menyebabkan golongan seperti beliau ditindas dalam bidang IT.

Beliau ingin memecahkan dominasi kaum lelaki dalam bidang IT ini.

Sumber


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ