Asyiknya Mengumpat Dan Memfitnah
Gambar dari google |
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...
Semoga bermanafaat...
Mengumpat itu Asyik pada awalnya namun berpotensi besar menimbulkan keretakan hubungan persaudaraan.
Mengumpat itu Asyik pada awalnya….tapi Kecelakaan pada akhirnya…baik di Dunia dan di Akhirat
Mengumpat itu Asyik pada awalnya..namun kalau orang yang diumpat tahu….pasti sakit hati dan menjauhi kita……Jangan bergaul dengan orang yang suka mengumpat dan memfitnah kerana suatu ketika kejelekan kita pun akan diumpatnya juga…..Rasulullaah shallallaahu 'Alaihi Wasallam menerangkan tentang Umpatan atau Ghibah dalam sabda Beliau:
“Yaitu menyebut saudaramu dengan apa-apa yang ia tidak suka disebutnya....ada yang bertanya; "bagaimana jika itu memang yang sebenarnya??.....Rasulullaah menjawab; "Kalau memang sebenarnya itulah yang bernama Ghibah..tetapi jika engkau menyebut apa yang tidak sebenarnya….berarti engkau telah Menuduhnya dengan Kebohongan" (Fitnah). [H.R. Muslim]
"Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain…dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain….Apakah ada diantara kamu yang suka memakan Daging BUSUK saudaranya sendiri yang sudah mati?? Menghirup nanah busuk…Menjilat kudis bagaikan langau najis….Tentu kamu merasa jijik bukan? maka lebih baik kamu menghindarkan diri dari orang yang suka mengumpat"
Mengumpat (Ghibah)….adalah perbuatan yang sangat hina dan tercela dan ini sangat dilarang oleh ALLAH Subhaanahu Wa Ta'alaa……Mulai sekarang mari jaga LIDAH dan PERCAKAPAN dan jangan berkumpul dengan orang yang suka MENGUMPAT agar kamu Selamat didunia dan diakhirat…..Aamiin Yaa Allah Yaa Robbal'aalamiin…Azab ALLAH kepada orang-orang yang begini amat menakutkan selagi tidak mendapat kemaafan orang yang diumpat dan difitnah.
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Awaslah daripada Mengumpat dan Memfitnah kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina.....Sesungguhnya orang yang melakukan Zina, apabila dia bertaubat, ALLAH akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Lihat apa kita baca dan masa yang digunakan di alam siber untuk ALLAH atau nafsu yang tidak baik….Gunakan FB untuk kebaikan.....Malu lah kepada ALLAH. Jaga tutur kata kita dan amalkan sunnah Rasulullah Saw dalam segenap aspek kehidupan kita….Alangkah rugi nya kita jika kita tidak mahu merapat kan diri kita dengan ALLAH
Mari lah kita saling berpesan dan sentiasa muhasabah diri kita kearah kebaikan....Disini untuk kita merapatkan silaturrahim sering bertanya khabar dan berbaik sangka...bertukar Ilmu dan menambahkan Ikatan Persaudaraan.
5 comments:
terima kasih dia tas peringatan ini ida..
setuju..jauhi orang yang suka mengumpat takut kita pun terjebak sama..hindari daripada suka mengumpat kerana diri kita pun tidak sesempurna mana.. salam jumaat..
Senang cerita, mulut kena dijaga. :) Salam jumaat!
harap2 dpat lah kita berenti mengumpat sebab kadang2 kita memang terlepas pandang benda mcm ni
satu entri yang menarik, kerana lidah umpama pisau yang boleh membunuh...
Post a Comment