Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Broadband Ada Kuota Malam?

(Auto Publish) Assalamualaikum wbt..
Salam ceria buat semua rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Betul ke broadband ada kuota malam?


Al-kisah, Ida selalu merungut dengan seorang kawan Ida bahawa kuota broadband Ida selalu kehabisan sebelum masanya atau sebelum sampai tempoh tamat. Ida melanggan 6GB setiap bulan tetapi 10 atau 15 hari kuota broadband Ida sudah habis. Jadi apabila kuota broadband sudah mencecah hadnya dan kelajuan untuk berinternet akan semakin berkurangan serta Ida juga tidak boleh lagi mengupload gambar-gambar di blog ataupun di facebook.

Sebaik sahaja mendengar rungutan Ida, Si kawan pun memberitahu  bahawa setiap broadband akan diberi kuota siang dan kuota malam. Bermakna apabila Ida melanggan 6GB, Ida akan memperolehi 6GB siang dan 6GB malam. Beliau menyarankan Ida agar melayari internet selepas jam 1 atau 2 pagi dan kelajuan internet akan pulih seperti biasa. Sekarang sudah 3 hari Ida melayari internet dan update entri selepas jam 1 pagi. Memang benar kelajuan internet Ida pulih seperti biasa. Sebab itu kadang-kadang anda akan mendapati setiap entri Ida tertulis perkataan 'Auto Publish'

Ada sesiapa kawan-kawan yang boleh mengesahkan ini, bahawa pelanggan juga diberi kuota malam? Jika benar ada, alangkah ruginya jika ada sesiapa yang tidak mengetahuinya.


5 comments:

Saya tak pasti pula hal kuota ni. Agaknya betullah tu.

25 October 2013 at 22:10 comment-delete

betul tu.. Kak Erin pakai Digi tapi hanya laju pada waktu siang sahaja.. malam slow.. Kat rumah ada wifi TM.. :-)

26 October 2013 at 00:07 comment-delete

Tak tahu tentang ni. Sebab di rumah saya, guna wifi 'unlimited' punya. Itupun selepas hampir setahun guna 'broadband' yang asyik tertakluk kepada kuotanya.

26 October 2013 at 02:13 comment-delete

Yup, nampaknya Ida pun kena guna wifi unlimited lepas ni..

26 October 2013 at 03:10 comment-delete

tak pasti pula ida.. tapi bb akak kalau dah melebihi kuotanya pasti akan slow tak kira siang atau malam..

26 October 2013 at 10:21 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ