Pulau Lengkuas Indonesia
(Auto Publish) Pulau Lengkuas adalah salah satu pulau kecil dari ratusan pulau yang mengelilingi Pulau Belitung. Pulau yang luasnya kurang dari satu hektar ini posisinya berada di sebelah utara Pantai Tanjung Kelayang, Kecamatan Sibuk, Kabupaten Belitung. Untuk sampai ke Pulau Lengkuas, para pelancong boleh menyewa sebuah perahu dari Tanjung Binga atau Tanjung Kelayang untuk setengah hari perjalanan. Dengan menggunakan perahu sewaan berdaya tampung 30-40 orang tersebut. perjalanan menuju tempat ini dapat ditempuh hanya dalam waktu 30-45 minit saja.
Faktor lain yang membuat Pulau Lengkuas layak untuk dikunjungi adalah keberadaan sebuah mercusuar tua yang didirikan tahun 1882 oleh pemerintah kolonial Belanda. Mercusuar tersebut masih berfungsi hingga saat ini dijadikan sebagai rumah api panduan kepada kapal-kapal yang keluar masuk di wilayah Belitung. Para pengunjung pulau ini bebas keluar masuk menara tersebut yang memiliki 17 tingkat ini dengan terlebih dahulu membersihkan kaki dari air laut dan pasir. Tujuannya adalah agar tidak mempercepat proses perkaratan menara. Meski melelahkan menaiki ke 17 tingkat, namun saat sampai di atas, kita akan terpegun dan terpesona melihat pemandangan indah keliling pulau.
Waktu terbaik untuk mengunjungi Pulau Lengkuas adalah antara bulan Mac hingga November kerana pada ketika itu ombak lautan tidak begitu besar dan memudahkan untuk berlayar, berenang, snorkeling, dan berbagai aktiviti air yang lainnya. Di pulau ini juga ada beberapa buaian yang dipasang di bawah pohon-pohon besar dan kamar mandi juga disediakan. Apabila ke sini, anda dinasihatkan agar membawa bekalan air minum dan makanan secukupnya kerana tiada chalet ataupun restoren yang disediakan. Jommm!!!
6 comments:
cantik... sejuk mata memandang.
Cantik! Cantik! Suka tengok gambar-gambar cantik ni.
unik pulau ni =) sies cantik pemandangan disekeliling pulau
Wah cantiknya pulau ni.. Nice sharing Ida..
nampak cantik.. first time nama pulau lengkuas..
Macam best je pulau ni.
Post a Comment