5 Pulau Cantik di Kedah (Selain Langkawi) Yang Ramai Orang Tak Tahu!




5 Pulau Cantik di Kedah (Selain Langkawi) Yang Ramai Orang Tak Tahu!



Sebut saja pulau cantik di Kedah, pasti ramai yang akan terus teringat pada Pulau Langkawi, atau Taman Laut Pulau Payar. Namun tak ramai yang tahu Kedah juga mempunyai beberapa buah pulau lain yang tak kalah pesonanya. Berikut dibawakan 5 buah pulau indah selain Langkawi yang terdapat di perairan negeri Kedah.


1. Pulau Songsong



Terletak di perairan daerah Yan, pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu. Pulau yang merupakan salah satu daripada gugusan pulau indah di utara Selat Melaka itu menyimpan khazanah laut unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karang cantik. Pulau ini sangat terkenal bagi kaki diving.

Sebelum 2008 para nelayan dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi perairan Pulau Song Song berikutan ia digunakan untuk tujuan latihan menembak peluru berpandu oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia. Tentera Udara Australia mengambil alih pulau tersebut daripada Tentera British sejak 1940-an dan menjadikan pulau tersebut sebagai lokasi ujian menembak peluru.

Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau terbabit diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan. Kini Pulau ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai tanpa sebarang halangan.














2. Pulau Bidan




Pulau Bidan merupakan salah satu dari gugusan kepulaun di daerah Yan, Kedah. Perjalanan ke Pulau Bidan memakan masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.

Pulau ini turut terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, lautnya berwarna biru kehijauan dan lambaian pepohon nyiur yang mendamaikan. Antara spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.










3. Pulau Telor




Pulau Telor merupakan pulau paling kecil di antara gugusan kepulauan yang terdapat di perairan daerah Yan ini. Namun keindahan yang dimilikinya tidak kalah bandingnya dengan pulau-pulau lain di sini.










4. Pulau Bunting



Jangan terkeliru dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi. Ini adalah Pulau Bunting yang terletak di Daerah Yan, Kedah.

Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilahat dari pekan Yan ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting.

Pulau ini dihubungkan dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk setempat.











5. Pulau Sayak




Pulau Sayak terletak di daerah Kuala Muda berdekatan dengan tempat pelancongan popular di sini iaitu Pantai Merdeka. Selain dikelilingi oleh pantai yang indah, kawasan ini turut popular dengan hidangan 'Mee Udang Pulau Sayak'.























Sumber: billyinfo.blogspot.com


2 comments:

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

8 February 2017 at 14:38 comment-delete

Assalamualaikum.
Saya mohon untuk share artikel ini.

13 April 2017 at 08:58 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ