Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SALURAN PANCUR EMAS DI ATAS BUMBUNG KAABAH YANG UNIK

Pancur Emas Kaabah




Anatomi Kaabah - PANCUR EMAS

+ MIZAB - Bahada Arab
+ PANCUR EMAS - Bahasa Melayu
+ TALANG EMAS - Bahasa Indonesia

1. Ini lah bahasa yang diberikan kepada saluran pemancur air yang terbuka di bahagian atas bumbung Kaabah yang menghala ke Hijir Ismail. Terletak di tengah-tengah antara Penjuru Iraqi dan Penjuru Syami (di bahagian atas).

2. Pancur Emas ini dibuat sesudah pembinaan Kaabah oleh Arab Quraish dan ini merupakan "Binaan-Binaan Kaabah yang penuh Kemuliaan" di perbuat dengan menggunakan logam EMAS TULIN.

Pancur Emas Kaabah


3. Dari Sudut Engeneering, Pancur Emas ini adalah untuk membuang takungan air yang terletak diatas bumbung Kaabah bila hujan. Di Pancur Emas (dalam Hijir Ismail) ini juga salah satu tempat-tempat Mustajab untuk berdoa.

4. Di bahagian depan Pancur Emas ini ada tertulis "Bismillahirrahmanirrahim -Ya Allah" (bermaksud, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Wahai Allah"

5. Di bahagian sisi kiri Pancur Emas ini ada tertulis "Jaddada Hadza Al-Mizab Khadim Alharamain Al-Sharifain Al-Malik Fahd Ibn Abd Aziz Ali Saud, Maliku Al-Mamlakat Al-Arabiyyah As-Saudiyah" yang bermaksud " Pancur ini diperbaharui oleh penjaga dua Tanah Suci, Raja Fahd ibn Abd Aziz dari keluarga Saud, (Raja Arab Saudi).

6. Jika diamati, di bahagian atas Pancur Emas ini ada paku-paku kecil yan g bertujuan bagi menghindarkan burung Merpati dari bertenggek.

Pancur Emas Kaabah



7. Dari UKURAN:-

I. Panjang Keseluruhan Pancur Emas ini 2.53m,

II. Jumlah bahagian tertanam dlm dinding Kaabah 58cm.

III. Panjang Pancur Emas 1.95m

IV. Tinggi 23cm

V. Lebar 26cm

Ada juga pendapat yang mengatakan air yang turun dari Pancur Emas ini jika diminum boleh menerangkan hati, mencantikkan wajah dan menyembuhkan sakit kulit.. apa2 pun saya boleh katakan itu semua boleh jadi dengan Kuasa Allah sekiranya diperkenankan.. Wallahualam Bissawab...

Sekian, selamat membaca.
Nota Anatomi Kaabah (PANCUR EMAS) ini saya buat adalah utk rujukan saya dan Khadam Haramain yg lain ketika kami membawa jemaah umrah.

Kredit :
Azrul Zabani facebook


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ